Tuesday, November 1, 2011

Kepala Ikan Kurau Masak Tauchu Pedass

Assalamualaikumm....

Berjumpa lagi... Cadangnya nak masukkan entry lebih awal. Tapi masa tak mengizinkan.. Terima kasih ye pada yang masih sudi berkunjung ke sini. Terima kasih juga pada follower & new follower.  Terima kasih yang tak terhingga pada yang rajin meninggalkan komen.  Mohon ampun kerana tak dapat nak mereply kesemua komen2 yang ditinggalkan.  Masa terlalu cemburukan daku.  Namun jika ada persoalan & pertanyaan silalah kemukakan ye.. InsyaAllah akan MaDiHaA cuba untuk menjawabnya.  Jika tiada di ruang komen Dapur MaDiHaA.. mungkin diruang komen blog anda yang bertanya. 

Ok berbalik pd entry utk hari ini.. dah lama tak masukkan entry lauk paukkan? Untuk seimbangkan koleksi Dapur MaDiHaA ni.. hari ni kita letak la entry lauk pulak ye.. Sebenarnya kat rumah memang hari2 masak untuk dinner. Kami memang jarang makan di luar.. Tapi adakalanya masak menu ulangan & adakalanya en husband yg memasak.. itu yg kadang2 buat malas nak ambik gambar.. hehe.. Macam minggu cuti Deepavali baru2 ni.. en. husband cuti dari hari Rabu sampai ke Ahad.. so.. sepanjang dia cuti tu.. dialah yg ambil alih tugas memasak.. hehe.. syukurlah sebab dia nak jugak masuk dapur & yang bestnya.. dia memasak tak pernah merujuk pada resepi.. ikut sesedap tangannya aje nak campak apa dalam kuali.. hihi.. Yang penting sedap & kami sekeluarga makan dengan seleranya.. TQ abang!

Oklah untuk resepi hari ni.. hanya resepi2 biasa saja ye.. Nak menghabiskan baki ikan kurau yang husband beli seekor tempohari. Bahagian isinya dah habis digoreng atau disambalkan. Hanya yang tinggal bahagian kepalanya aje.  Biasa kalau ada kepala ikan yang besar2 ni memang terfikir nak buat kari atau masak lemak. Tapi oleh kerana ikan kurau ni isinya terlalu lembut... terus batalkan niat nak masak berkuah sebab takut isinya hancur dlm kuah. (dah pernah kena sebab tu serik.. hehe). Fikir punya fikir.. ahhh.. dimasak tauchu & buat pedas2 mesti sedap jugak ni........ hehe.. Makanya.. keluarlah menu campak2 ni.. haha.. Untuk anakanda yg berdua tu mcm biasa kena masak menu lain utk mereka. Disamping tak boleh nak mkn pedas2.. kalau si Haziq tu memang tak suka betul dengan menu ikan.. entah kenapalah tak suka dengan ikan hairan sungguh! Nama jer cucu orang Terengganu... tapi ikan pun tak suka.. haishhh!!



Kepala Ikan Kurau Masak Tauchu Pedas
Resepi: MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
Kepala ikan kurau  (yg dibelah dua) ~ bersihkan & gaul sikit garam + serbuk kunyit
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar* (mayang bahan bertanda*)
1 inci halia*
2 biji cili hijau ~ hiris serong
10 - 15 biji cili padi (ikut kepedasan masing2) ~ dibelah 2/hiris halus
3 sudu besar tauchu kasar
2/3 sudu besar asam jawa berbiji ~ bancuh air jdkan pes
air secukupnya utk kuah (tak perlu byk.. ikut kemasinan)
1 biji carrot sederhana besar ~ hiris menyerong atau ikut citarasa sendiri
secubit aji & gula (jika suka ~ garam tak perlu ye)
minyak masak

Cara2
1. Kepala ikan digoreng hingga garing, angkat & ketepikan.
2. Dalam kuali lain panaskan sikit minyak lalu tumiskan bahan2 mayang yg bertanda* hingga layu. Masukkan taucu, air asam jawa & biarkan merenih.
3. Masukkan carrot, cili hijau, cili padi, aji, gula & air secukupnya. Bila mendidih bolehlah masukkan kepala ikan tadi & biar kuah surut sikit & sebati dengan ikan. Rasakan kuah jika termasin boleh tambahkan air panas & didihkan kejap lagi utk seimbangkan rasanya. Tak perlu tambah garam sebab taucu dah bergaram.

Takde rupa kepala ikan pun kan? hehe.. Memang suka letak bahan rampai byk2 sebab bahan rampai tu memang licin dimakannn.. kunyah2 cili padi tu sekali ngan nasi mmg heavenn!

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. Assalamualaikum.. kak...
    akak sihat? nani dah beransur baik.. dah hari ke-8 ni.. alhamdullillah, jalan pun terencot2 tapi lebih baik dari hari tu yg tak leh jalan langsung.. sejak jatuh sampai hari ni.. asben gak yang masuk dapur.. time cuti hari tu kinah la masuk dapur.. smntara tunggu abahnya balik rumah.. nasib baik kinah ada.. dia cuti sempena deepavali seminggu.. sempat dia jaga nani seminggu.. hari2 pepagi dia buat cucur.. tengok kat rumah LG dia buat pokaros.. kinah pun suka makan pokaros.. sedap gak.. tepung sikit, tapi banyak vegi.. nyummyyy.. hari2 wat.. sampai 3 hari je abis sekilo tepung.. kekeke.. orang laki memang camtu kak.. kalau masuk dapur tak yah refer mana2.. kari je asben nani tak pandai wat.. kalau dia nak makan kari cicah roti ke, paratha ke,, sure dia soh nani wat.. hari tu nani hari ke3 sakit kaki, dia soh bangun tunggu kat tepi dapur sbb dia ngidam nak makan kari.. so nani pun tunggu la, sampai dia siap wat kari.. alhamdullillah, menjadi sbb masuk tangan nani gak.. kalau idak selalu dia wat tak menjadi.. sian dia.. dah lama berguru ngan nani tapi sampai skrg tak pandai wat kari.. ehehehe.. tak per gak.. bleh nani nak wat kari kesukaan dia bila dia nak kan.. kalau semua dia leh masak. kita ni kena cuci mangkok je.. heheheheh

    ReplyDelete
  2. heheheheh mana kepalanye kak?
    sian dia tak dpt inteprem...bnyak sgt bhn2 lain yg obershadow

    ReplyDelete
  3. Wah! bestnya...kak cek suka lauk2 cam gini...nak join mkn....:D

    ReplyDelete
  4. hahaha...patutnya tajuk dia jadi kepala ikan kurau yang menyorok ;p.
    masak taucu memang terbaekkkk!!suka suka suka

    ReplyDelete