Assalamualaikum...
Sebelum sibuk... quick update dululah. Pepagi ni.. layan menu ulangan dululah ye... menu Daging Lompap ni dah menjadi menu kegemaran kami sekeluarga kecuali si kecik bam-bam tu jer yang belum boleh makan pedas-pedas. Haziq sekarang macam dah boleh makan pedas sikit2. Senang sikit kerja ibu.
Terima kasih pada Kak Chek untuk resepi yang marbeles ni yer... Suami memang berkenan sangat dengan resepi ni almaklum ada campuran cili padi... Digandingkan pulak dengan hirisan celery tu... memang elok sangatlah kan sebab boleh seimbangkan zat yang kita ambil. Daging merah memanglah tak elok sangat di makan sebab ikut kajian boleh buat tekanan darah kita naik (kalau ambil berlebihan). Celery pula... mujarab untuk merendahkan kadar tekanan darah dalam badan kita.. haa... kan seimbang tu.. hehehe...
Dulu2 cik abang memang kurang suka dengan celery... lepas suatu ketika dulu bila tekanan darahnya naik sikit masa berjumpa doktor... doktor sarankan suami minum jus berkhasiat yang menggunakan peria, celery & epal hijau. Ada pula sorang aso masa hubby beli celery banyak2 cakap boleh campurkan dengan buah kundur untuk menambahkan khasiat dlm jus tu (fungsi kundur kurang pasti pula elok untuk apa). Alhamdulillah selepas amalkan beberapa ketika... tekanan darah suami dah normal. Seboleh2nya suami taknak makan ubat.. sebab tu dia sanggup minum jus yang tak berapa nak sedap tu.. kikiki... jus tu pun dia sendiri yang buat.. mek dia bukan taknak tolong.. tapi mek dia ni kalau kat rumah tugasan lain pun dah melambak2 menunggu.. jadi apa salahnya suami buat sendiri kan... tu juga namanya saling bekerjasama...
Ok resepi Daging Lompap ni ku letakkan sekali lagi mudah untuk rujukan kawan2 nanti... TQ Kak Chek cayang.... hehe..
DAGING LOMPAP
Resepi : Kak Chek
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
BAHAN-BAHANNYA
500 - 600 grams...dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan.. (guna 500 gm je sebab nak lebihkan celery)
13 biji cili padi* (MaDiHaA lebihkan sikit)
3 biji cili hijau*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai dititik...
2 biji cili merah dipotong serong2.. (MaDiHaA tak letak)
1 batang celery dihiris2... (MaDiHaA letak 3 batang..)
1 ketul chicken cube (ganti dengan Tumix 1 sudu kecil)
Garam...sedikit gula secukup rasa
1 keping asam keping...
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air....
CARA-CARA PENYEDIAANNYA
1. Kisar sume bahan2 yang bertanda *
2. Panaskan minyak... tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
3. Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
500 - 600 grams...dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan.. (guna 500 gm je sebab nak lebihkan celery)
13 biji cili padi* (MaDiHaA lebihkan sikit)
3 biji cili hijau*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai dititik...
2 biji cili merah dipotong serong2.. (MaDiHaA tak letak)
1 batang celery dihiris2... (MaDiHaA letak 3 batang..)
1 ketul chicken cube (ganti dengan Tumix 1 sudu kecil)
Garam...sedikit gula secukup rasa
1 keping asam keping...
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air....
CARA-CARA PENYEDIAANNYA
1. Kisar sume bahan2 yang bertanda *
2. Panaskan minyak... tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
3. Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
4. Masukkan chicken cube, garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....
Selamat mencuba!
macam senang je. tapi saya kurang makan daging. tukar ayam bleh x
ReplyDeleteLya: boleh je dik.. kita yang buat dia.. tp tajuk tu pun kena tukarlah.. hehe..
ReplyDeleteok..dah ada menu untuk makan malam..TQ.. :)
ReplyDeletesaya suka nie..nie resipi org negeri sembilan nie..ayah saya sllu buat tapi versi lain sikit..hehehe
ReplyDeletewah senang betul nak masaknya kak ratna..boleh cuba nih..:)
ReplyDeleteSaya mmg suka masak lompap camni..teringat kat mak.. isk isk..lapa tgk hehe
ReplyDelete