Bersua lagi...
Sebelum meneruskan coretan.. MaDiHaA nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan sekalong tahniah kepada semua adik-adik yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR baru2 ni. Semoga terus berjuang & terus sukses di masa mendatang yer adik2..
Oklah takmau membebel panjang2... masih ada tugasan yang menunggu. Kali ni nak kongsikan eksperimen terbaru yang dibuat hari selasa (mlm) baru2 ni. Sebenarnya pertama kali nampak Maltesers Square (MS) ni di blog Ita Masam Manis hati dah mula terpaut... terpegun betul! Selang beberapa hari terus mencari bahan2nya di Giant & kalau boleh nak mulakan eksperimen secepat mungkin... tapi apakan daya ada saja halangannya. Last2 bahan2 yang disimpan dalam almari terperap berbulan jadinya disebabkan terlupa.. hahaha... Pastu baru2 ni nampak Kak Ummi pulak dok tayang. Terus tersentap & barulah teringat balik kat bahan2 yang ku beli masih belum terusik dlm almari tu.. Mujur anak2 tak perasan.. kalau tak dah lama dah benda2 tu dikerjakan dek anak2... hahaha.. Jadi sebelum anak2 kerjakan.. malam tu juga aku kerja2kan! Maka kali ni tertunailah juga hajat hati nak membuat Maltesers Square ni... alhamdulillah.
Sebenarnya.. tarikan utama nak membuat MS ni bukan sebab nak tau rasanya macamana. Sebab aku sendiri dah boleh agak dah benda ni mesti manis punya! Seriau! Ita pun ada sebut pasal benda ni memang manis.. Kak Ummi pun ada sebut juga... (Memang manis meleting MS ni walaupun aku dah kurangkan sukatan golden syrup tu.) Tapi sebab utama aku nak buat sangat MS ni sebab rupanya yang sangat comel tu.. sooooo cute! Apa2pun.. dinasihatkan terlebih dulu yang MS ni sangatlah tak sesuai terutama bagi yg mengidap diabetes mellitus memang dilarang mencuba yer.. Kalau nak cuba juga.. try at your own risk! hehe.. MS ni pun anak2 berkongsi dengan anak2 jiran masa dorang keluar main kat depan rumah tu.. Bagi juga kat baby sitter so dapatlah budak2 kat rumah baby sitter tu merasa sorang sikit.. hehe.. Tak berani nak makan sangat & anak2 pun kurang juga benda2 yang terlampau manis ni..
Mintak izin ye Ita akak letak resepinya kat sini.. Thanks also to Dailydelicious for sharing this cute sweets titbits. Oh ya.. sebelum terlupa.. apa yang terjadi pada kak Ummi aritu sama gak jadi pada ku.. hehe.. iaitu maltesers hiasan sebanyak 100 gm tu memang tak cukup nak penuhkan loyang 8 inci. Jadi hanya separuh saja yang ada hiasan MS kat atasnya & selebihnya MaDiHaA cuma paipkan dengan coklat masakan perisa strawberry tu aje.. cun juga.. tapi yang ada hiasan MS tu lagi cun! hehe...
MALTESERS SQUARE
By : Home Bake by Eric Lanlard
Sumber 1 : Dailydelicious
Sumber 2 : Azlita Masam Manis
Bahan2
100 gm butter
200 gm coklat masakan di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan (MaDiHaA guna 2 s/b saja)
225 gm Digestive biskut - di kisar halus - ita guna biskut marie
225 gm Maltersers
Untuk Hiasan
100 gm maltersers (rasanya guna 200 gm baru cukup utk hias semua permukaan loyang 8 inci)
50 gm coklat masakan putih - ita gunakan warna pink
50 gm coklat masakan (yang ni MaDiHaA tak guna)
Cara2 menyediakan
1. Kisarkan biskut hingga halus.
2. Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
3. Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.4. Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hingga rata. Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair. Tuangkan dalam loyang & ratakan. Ita taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hingga beku.
5. Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan. Potong kecil dan siap untuk di hidangkan..Nota MaDiHaA: untuk pastikan penggunaan MS mencukupi.. sila beli MS sebanyak 3 peket besar. (150 gm x 3)
Selamat mencuba!
mula2 tgk Maltesers Square ni kat blog kak azlita tu. macam best je nak membuatnya maleh pulok. hehehe
ReplyDeletemmg manis..tgk pun dah tahu kan kak madihaa
ReplyDeletesalam..mintak seketul boleh..nak mintak byk tak berani..sbb akak ckp maniss hihihi...teringin nak buat..tp tuh laa byk sgt halangan.. :))
ReplyDeleteAssalamualaikum kak Madihaa..Haa dah sampai sini pun malterset ni...baru 2 3 hari lepas ia bersinggah ke rumah kak Ummi @ Kuantan...Turn saya bila lagi yaaaa..mcm tringin juga mencubanya....
ReplyDeleteSALAM kak.. maltersers ni manis kan.. makan macm tu pun da terasa manisnya.. :)..nmpak cntik sgt maltersers square akak ni...hehe..blog dailydelicious mmg kretif,.. dari 2009 sy follow, byk resepi menarik. cume x terbuat lg.. hehe
ReplyDeleteGorgeous...terliur tenguk..bolehlah rasanya macam nak cuba aje..
ReplyDeleteuwaaaa cantiknya...berangan gak nak buat..nak cari coklat mcm tu dulu...kalau nak cari tak jumpa je...kalau tak cari adalah pulak...ngeeeee...sabor jek..
ReplyDeleteNi menarik betul untuk party kanak-kanak. Tapi semua kena gosok gigi lepas makan.
ReplyDeletebestnya..akak nak seketul..:)
ReplyDeleteemmmm...selalu tgk resepi ni...buat je dak lagi...:)
ReplyDeletewohhoooo.. cekelats feveret saya..
ReplyDeleteAssalam madiha..acik pun teruja..cantiknya..tapi rasanya tak berani acik nak mencuba buat..takut tak menjadi..walaupun suka sangat tengok nya.makan pun dah tentu suka kalau coklat ni
ReplyDeleteRatna, sedap kaaannn....kanak2 riang, ibu pun riang bila makan...hehhee
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeletenampak sedap sangat.. kiranya ni mcm wat coklat sendiri lah ye.. sedapnya.. nak try... tapi tu lah, kang sama je kita, nak nak nak, tak tau bila nak jadi hasilnya.. cam akak tak per... dah jadi hasilnya.. nani ni hahahhaha.. potato cheese hari tu pun blom wat.. mira johar dah jadi...
assalamualaikum kak..
ReplyDeleteoooooooooiihhh, sedapnya.. ni sedap sangat la kalau dapat wat.. tu tak tau bila nak jadi.. nak kesah wat potato cheese akak tunjuk hari tu dulu..
Assalam. wow!!...menarik sungguh maltersers nie...warna dia fancy...creative sungguh pn. ratna nie ye...kagum saya! mesti anak2 suka mkn nie....
ReplyDelete