Thursday, December 15, 2011

Sepetang di Pantai Chedok, Rompin, Pahang - Nostalgia terimbau kembali....

Assalamualaikum...

Sempena negeri Selangor bercuti pada hari keputeraan Sultan Selangor pada 11 & 12hb Disember 2011 baru2 ni.. kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk pulang ke kampong ku di Keratong, Pahang menemui bonda tercinta.  Di samping itu.. kami juga ambil kesempatan untuk pergi ke Rompin, Pahang melawat tanah pusaka  arwah ayah berhampiran Pantai Chedok serta menguruskan hal2 yang berkaitan... Alhamdulillah segalanya dipermudahkan... Amin..

Sempatlah juga aku mengambil beberapa gambar sebagai kenang2an ketika meninjau2 tanah pusaka arwah ayah.  Tatkala meninjau2 kawasan persekitaran disitu.. nostalgia lama bermain2 kembali di mataku... segalanya manis bagi aku yang ketika itu baru berusia kira2 4 atau 5 tahun.. tapi bagi arwah ayah & ma pula ketika itu.. hidup di sini penuh ranjau & onak.. amat sukar ketika itu... umpama kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang... Syukur alhamdulillah.. segalanya telah berubah kini.. nasib seseorang tidak akan berubah seandainya dirinya sendiri tidak mahu berubah atau berhijrah ke arah yang lebih baik...

Jom aku kongsikan gambar2 tempohari.. nostalgia terimbau kembali  tatkala aku menjejakkan kaki semula ke sini setelah 35 tahun aku meninggalkan tempat ini...
Nekad berkereta meredah tepian pantai untuk ke destinasi... menurut ma pantai di sini pasirnya tak seperti pantai di Terengganu atau lain2 pantai.. insyaAllah tayar kereta takkan tenggelam maupun terbenam dalam pasir kerana pasir di sini jenis padat... cuma harus di ingat lepas pulang nanti hantar cuci & sembur bawah kereta kerana takut berkarat sebab dah merecik air masin.. hehe..

Kereta ma dah mendahului... kami lambat sikit sebab masih takut2 nak jalan atas pasir yang berair tu.. hehe.. Dulu2 pantai inilah tempat kami berjalan2 ambil angin petang sekiranya arwah ayah tidak sibuk di kebun...

Meninjau2 tanah pusaka arwah ayah... sana sini hanya semak samun yang memenuhi... maklumlah takde siapa yang mengusahakan tanah ni.. jadi terbiar macam tu saja walaupun tiap2 tahun hasil tanah di bayar..

Pokok mengkuang tak asing lagi bagi tanah yang berpasir... 
pokok ini pun banyak kenangan bagi aku.. dulu2 ma pernah mengayam tikar yang diperbuat dari mengkuang... sangat2 nostalgia.. daun mengkuang yang sudah diraut & dicelup pewarna berjemuran di tali ampaian.. baunya harum bila kita lalu tepi jemuran..

 Tumpang bergambar dengan perahu milik orang yang ditinggalkan di tepi pantai.. 
anak2 seronok naik perahu walaupun atas darat.. hehe..

Perahu fiberglass ini memang khas untuk dibawa ke laut.. kalau untuk digunakan di sungai muncung perahu tidak tajam seperti dalam gambar ni... itulah bezanya..

 Di belakang kami ada dua buah pulau kecil.. Kalau tak silap namanya Pulau Locong. Di Pantai Chedok ni juga pernah berlangsungnya pertandingan memancing pada tahun 2010 dengan hadiah yang lumayan telah ditawarkan..

Cucu2 tokma... yang kecik2 menunggu di kereta saja dengan mama2 mereka.. hehe..

Di tepi pantai ini 35 tahun yang lalu pernah kami (aku, ma & arwah ayah) mengutip bekas2 plastik (tumbler) yang mempunyai leaflet di dalamnya yang hanyut & bergelimpangan di atas pantai.. bekas2 plastik tersebut dipercayai sengaja di hanyutkan supaya orang di darat mengutipnya & mendapat info yang dikepilkan di dalamnya.. kalau tak silap aku.. bekas tu warna kuning & penutupnya warna oren.. aku tak ingat leaflet tu dari negara mana.. arwah ayah pernah bercerita tapi masa itu aku masih kecil...

Di tepi pantai ini juga suatu ketika dulu aku mengikut arwah ayah & ma mengutip kepah. Seronok sangat! Ma gunakan mata parang untuk menyucuk pasir bila ternampak 'mata' (kesan kepah tenggelamkan diri) atas permukaan pasir.. bila ada bunyi benda rapuh jer.. maknanya adalah kepah kat dalam pasir tu.. akulah orang yang paling happy sekali jadi tukang gali... hahaha.. hanya beberapa inci saja dalamnya dah jumpa kepah.. sedar tak sedar.. hampir penuh baldi kecik yang aku bawa penuh dengan kepah... aarhhh.... segalanya tinggal kenangan... kenangan manis dalam hidup ku walaupun ketika itu kami hidup susah....

Beredar beberapa meter dari tanah kami... terdapat chalet juga di sini.. Berehat sebentar sambil nikmati bekalan nasi kerabu & ubi rebus cicah sambal...

Sebelah chalet dari kejauhan ternampak kebun sawit.. sebelah kebun sawit itulah tanah yang kami lawat tadi...

Anak2 mencari anak ketam...

Sebelum pulang.. singgah pula ke Pantai Lanjut pekena otak2 udang & juga satar panas2...



Di belakang kedai ini terdapat muara sungai & juga chalet The River Mouth Chalet... sangat sesuai untuk kaki pancing bermalam di situ...

Gambar2 ini hanyalah dari kamera handphone... harap maklum.
Sekian!

4 comments:

  1. hye si cumil... jom join..contest... http://ehemsz.blogspot.com/2011/12/like-eisya-contest.html korang yang lain pon bleh juin tau.. jom join

    ReplyDelete
  2. Inilah yang membuatkan hati saya terpahat dengan FP & Blog Kak Madiha...terlalu banyak kenangan indah, kenangan duduk di kampung ketika susah, cara penyampaian Kak Madiha terus menusuk dalam hati saya, apa yang akak lalui, sama seperti yang saya lalui...sungguh indah kenangan tu kan? Walaupun masa tu kita kecik lagi, kita tak tau apa makna kesusahan, carik kayu api, sayur utan, pergi ke sungai carik siput, tapi kita seronok sangat..hanya orang tua kita je yang mengerti keadaan masa tu. Bezanya, saya dibesarkan dengan nenek...tak terkata indanya hidup di kampung..Setiap patah perkataan Kak Madiha, benar-benar menyentuh hati saya...seperti saya katakan tadi, kenangan kita sama, cara penyampaian Kak Madiha terlalu puitis untuk saya luahkan...terima kasih. Sayang selalu, abbot (dah jadi silent reader sekarang ni...rehat kejap)

    ReplyDelete
  3. wahh.. mmg betul2 nostalgia.. mmg paling best pekena nasi bungkus lepas jalan2 tepi pantai..
    tun kat kampung smp christmast,kalau balik dungun mai la singgah umah kt chukai ye =)

    ReplyDelete
  4. Assalam ratna...
    wah lama akak tak kemari ya..
    cuti2 pahang ..memang betul kata ratna..
    dulu kita kecik2 manalah tau susah nikan ratna..tau happy aje..
    akak faham benar situasi seperti yang ratna katakan tu..sebab mak akak pun asal orang kampung, dia pun pernah bercerita tentang kesusahannya dulu, yang mana baju kain bertampal..pergi sekolah jalan kaki, 2-3 batu..dan ada juga curi telur ayam dijual sebab tak cukup duit bawa kesekolah..hehe..sekarang anak2 memanglah beruntung kan ratna..kalau kita tak ubah cara jalan kita untuk berjaya, kita tak akan kemana dan akan masih ditakuk lama..pucuk pangkal..diri sendiri mesti ubah dulu..

    ReplyDelete