Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Seronoknya rasa dapat bercuti lama & rehat2 di rumah.. Rehat yang ku maksudkan ialah rehat & tak perlu pergi kerja macam biasa... tapi kerja2 dirumah ni masih perlu dibereskan seperti biasa... hehe.. Yang seronok sebab dapat mengatur tugas rumahtangga sebagaimana suri rumah yang lain contohnya.. cuci & sidai kain waktu pagi yang mana kebiasaannya MaDiHaA cuci kain sepulang kerja & menyidainya waktu malam... hehe... Gitu jugak memasak... biasanya sempat masak untuk sarapan & makan malam.. tapi bila cuti ni.. bolehlah masak untuk makan tengahari...
Oklah... hari ni nak share resepi Mee Hailam yang ku masak lepas cuti raya Cina tempohari. Mr. hubby cuti whole week minggu tu... sepulangnya kami dari kampong ku di Keratong.. Mr. hubby berehat sehari di rumah kemudian esoknya dia balik kg dia pula di Raub manakala aku & anak2 di PJ saja sebab anak2 dah masuk sekolah... tak dapatlah kami ikut hubby balik kg mertua... takkan nak ponteng sekolah pulak... Hmmm... disebabkan Mr. hubby takde kat rumah... aku pun masak le ikut selera sendiri & memang tak masak nasi semasa hubby takde.. hehe...
Resepi Mee Hailam ni dah lama aku simpan & memang selalu ikut resepi ni bila teringin nak makan mee hailam. Resepinya diambil dari Fotopages Kak Nur Singapore atau lebih dikenali sebagai Nurfikas masa zaman berFP dulu. Terima kasih ye Kak Nur mintak halal resepinya dikongsi dalam blog ni pula. Tapi MaDiHaA mohon maaf sebab tak dapat nak link ke FP Kak Nur sebab FP Kak Nur dah tutup. MaDiHaA cari2 juga di blog Kak Nur kot2 ada resepi mee hailam ni.. tapi tak ternampak la pulak.. tak taulah kot MaDiHaA terlepas pandang.. Apa2pun.. MaDiHaA link kan ke blog Kak Nur kalau ada yang nak melawat Kak Nur. Resepi ni memang sedap & kena dengan selera kami. Cuma adalah di edit sedikit sebanyak ikut selera kami & ikut bahan2 yang ada masa memasak.
Ok di bawah ni resepinya kalau ada yang nak mencuba..
Mee Hailam
Resepi : Nurfikas Fotopages (maaf tak dapat nak letak link sebab FP Kak Nur dah tutup)
Sumber : MaDiHaA Fotopages
Bahan Bahan
Minyak masak
5 cm halia di kisar (MaDiHa bubuh 3 cm jek)
4 ulas bawang putih di kisar
2 biji bawang besar di kisar
2 sudu besar cili kering di kisar (MaDiHa guna 6 biji cili kering)
200 gm daging lembu (tak letak kali ni.. )
200 gm sotong, di bersihkan dan di potong melintang
200 gm udang, di buang kulit dan urat (tak letak takde stok tp ganti dengan fish ball)
200 gm isi ayam, di hiris tipis (dilebihkan sikit)
2 sudu teh garam (rasa dulu sebelum bubuh yer.. kang termasin lak)
60 ml cawan kicap pekat
3 sudu besar sos tiram (MaDiHa tambah)
1/4 sudu teh serbuk perasa
2 sudu besar tepung jagung, di bancuh dengan 600 ml air (air MaDiHa tak sukat... tp main agak2 dan tengok kepekatan kuah yg sesuai)
300 gm sawi, di potong 4 cm (about 2 pokok sawi ~ takde stok pulak kali ni.. tp ganti dengan cauliflower)
150 gm kubis ~ di hiris lebar (MaDiHa bubuh 1/4 dari sebiji kobis)

1 biji carrot ~ hiris saiz kegemaran anda (ini MaDiHa tambah)
1 sudu teh lada putih serbuk
1 kg mee kuning
Bahan Tambahan
1 tangkai daun saderi/sup, di potong 1 cm (MaDiHa tak bubuh.. takde stok)
3 tangkai cili merah, di hiris
2 biji limau nipis ~ hiris & perah waktu nak makan (MaDiHa tambah)
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan bahan yang telah di kisar.
2. Tumis sehingga berbau wangi.
3. Masukkan daging, sotong, udang dan ayam.
4. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.
5. Perasakan dengan lada sulah, garam, kicap pekat, sos tiram dan serbuk perasa
6. Campur bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata.
7. Masukkan sawi, kubis dan carrot, kacau sehingga rata.
8. Pastikan cukup kuah.. jika terlalu pekat boleh tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah.
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya kerana takut mee akan mengembang..
8. Akhir sekali.. semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.

Selamat mencuba!
sedapnyer mee hailam. terliur tun nengok!
ReplyDeleteas-salam MaDiHaA a.k.a Ratna
ReplyDeletemmmm...malam2 tgk Mee Hailam rasa lapar.. terliurnye..macam nak cari mee hailam pulak....
salam madihaa...terliur pulak liza tgk mee hailam ni...salin resepi dulu yer...
ReplyDeleteRatna...Mee hailam satu...kechur dah kak cek tengok tau....kalau dapat mkn ni alangkah bestnya...:)
ReplyDeletesalam....wah menariknyer nie...terus rasa lapa...huhuhu
ReplyDeletemanyak best itu mi...ada karet munge-munge!
ReplyDeletetgk mee hailam sedap madiha terus perut berkreokkreok bunyi...lapar..hehe
ReplyDeletewah menarik sungguh mee hailam ni..terliur dah pepagi ni..:)
DeleteI just saw your recipe. Looks good, going to try tonight for dinner, will update my comments. Gouri Norton
ReplyDeletewah...terliur tgk...nak cuba esoklah...
ReplyDeletewww.mummysayf.blogspot.com
wah...terliur tgk...nak cuba esoklah...
ReplyDeletewww.mummysayf.blogspot.com
Nk wat la shur neh!!!
ReplyDeleteSedp nampk. Saya saya selalu mkn mee grg mamak aja abg yg msk
ReplyDeletekelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!
ReplyDeletekelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete