Assalamualaikum & salam Jumaat semua...
Hari ni nak kongsikan resepi Rainbow Cake atau Kek Pelangi yang sedappp sangat ni yer. Dah ramai bloggers yang dah buat kek pelangi ni. Kek ni juga sedang hangat di pasaran di mana tauke2 kek tak menang tangan ambil tempahan buat kek ni.. hehehe... Cuma.. mungkin ada yang gunakan resepi yang berbeza sedikit dari resepi yang ini. Sebab memang ada banyak versi juga kek pelangi ni.. hihi... Resepi yang ku buat ni ambil dari Kakzu@semanisgula yang sememangnya pakar membuat kek yang sedap2 & Kak Zu juga ada ambil tempahan kalau ada yang sudi nak merasa air tangan beliau. Bolehlah jenguk2 blog Kak Zu ye..
Asalnya... kek ini kami semua pertama kali merasa semasa sepupu ku Ida Marlida buat sempena majlis hari lahir twinnya pada hujung tahun lepas. Mr. Hubby yang bukan penggemar kek beraising ni boleh memuji2 kesedapan kek tersebut semetelah lagi kami yang tak memilih ni.. hihi.. Dan dengan tak segan silunya si dia siap mintak tapau bawak balik lagi! Mentang2lah kek pelangi yang Ida buat tu besorrrr... hahaha... (sebenarnya dia tak segan nak tapau tu sebab dengan sedara sendiri... kalau dengan orang lain sah2 la tak buat macam tu... ahakks!) Apa tak besarnya.. Ida kata dia buat sebanyak 3 adunan resepi untuk sebiji kek barbie doll tu... memang puas hati le tetamu makan. Pulak tu.. ada lagi sebiji kek lain iaitu kek utk besday boy (anak tiri Ida) abang kepada twin yang juga sambut birthday pada bulan yang sama.
Oleh kerana nampak Mr. Hubby suka sangat dengan kek tu.. jadi aku pun bertanyalah akan resepinya dengan Ida. Dia pun bagitaulah ambil resepi dari blog kak Zu. Walaupun dah lama aku simpan resepi ni.. hanya sekarang terbuka hati nak membuatnya sempena ulangtahun kelahiran anak teruna ku yang sorang itu. Jadi.. inilah dia hasilnya Rainbow Cake yang ku buat khas untuk anak teruna ku Wan Haziq Azhari sempena hari lahirnya yang ke 6 tahun pada 29hb Januari yang lepas.
Sebenarnya... aku buat kek ni agak lewat dari tarikh sebenar hari lahirnya sebab semasa hari lahir Haziq.. aku tak berapa sihat (a.k.a sedang menses) & memang takde mood pun nak baking membaking. Masa hari lahir dia tu.. kami hanya bawa dia pegi makan pizza je sebab itu je permintaan dia. Dia tak minta pun kami buat/beli kek2 bagai mahupun hadiah.. & lepas seminggu kemudian bila ku buat kek ini... boleh lagi dia kata... "ehhh! Kek besday abang ada dua???" Dia merujuk kepada kek yang dia potong dengan sepupunya Betty masa kat kampong tu sebagai kek dia juga... hehehehe... yelah.. bebudak ni fikirannya sangat telus & ikhlas... baginya.. kalau dah tokma/ibu kata itu kek Betty & Haziq (share).. jadi dia pun terima seadanya walaupun pada kek tu takde tulis nama dia pun. Cuma ibu dia je yang takut anaknya tak puas hati... & buat jugalah kek khas untuk anaknya walaupun agak terlewat dari tarikh sebenar. Tiada sambutan apa2... cuma potong kek dengan adik beradik je.... ayah dia pun kelam kabut nak pegi kerja shift malam masa dia potong kek tu.. Maafkan ibu ye Haziq sebab buat kek untuk Haziq terlewat seminggu.. tapi ibu tau Haziq suka dengan kek tu walaupun ibu deko kek tu ala2 kek untuk besday girl.... kekeke..
Sebenarnya... aku buat kek ni agak lewat dari tarikh sebenar hari lahirnya sebab semasa hari lahir Haziq.. aku tak berapa sihat (a.k.a sedang menses) & memang takde mood pun nak baking membaking. Masa hari lahir dia tu.. kami hanya bawa dia pegi makan pizza je sebab itu je permintaan dia. Dia tak minta pun kami buat/beli kek2 bagai mahupun hadiah.. & lepas seminggu kemudian bila ku buat kek ini... boleh lagi dia kata... "ehhh! Kek besday abang ada dua???" Dia merujuk kepada kek yang dia potong dengan sepupunya Betty masa kat kampong tu sebagai kek dia juga... hehehehe... yelah.. bebudak ni fikirannya sangat telus & ikhlas... baginya.. kalau dah tokma/ibu kata itu kek Betty & Haziq (share).. jadi dia pun terima seadanya walaupun pada kek tu takde tulis nama dia pun. Cuma ibu dia je yang takut anaknya tak puas hati... & buat jugalah kek khas untuk anaknya walaupun agak terlewat dari tarikh sebenar. Tiada sambutan apa2... cuma potong kek dengan adik beradik je.... ayah dia pun kelam kabut nak pegi kerja shift malam masa dia potong kek tu.. Maafkan ibu ye Haziq sebab buat kek untuk Haziq terlewat seminggu.. tapi ibu tau Haziq suka dengan kek tu walaupun ibu deko kek tu ala2 kek untuk besday girl.... kekeke..
Oklah.. panjang pula celoteh hari ni... apa2pun.. nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada empunya resepi. Menurut kata Kak Zu.. resepinya dari Shuhairi Shuhaini. Tq bebanyak ye! Terima kasih juga pada Kak Zu & Ida juga kerana share resepi yang sedap ni. Terima kasih juga pada Kak Ayu Singapore yang share resepi creamcheese frosting yang best tu. Walaupun rasa kek tu kalau dimakan begitu saja mungkin rasanya biasa saja.. tapi bila dilapiskan dengan creamcheese frosting tu... keknya jadi sangat sedap!! Tambah pula dengan idea mewarnakan setiap lapisan sehingga menjadi warna pelangi terus membuatkan kek tersebut jadi begitu istimewa. Dengan warnanya yang ceria... memang sesuai sangatlah kita jadikan ia sebagai kek harijadi anak2...
Silalah mencuba kalau rasa teringin nak merasa yer..
RAINBOW CAKE
Resepi : Shuhairi Shuhaini
Sumber : Kakzu@semanisgula & IdaBAHAN BAHAN
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (MaDiHaA alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
CARA CARA
1. Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.
2. Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati n gebu .
4. Masukkan esen vanila
5. Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
6. Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.
7. Pastu bakar satu2 gune loyang 8 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..tinggal nak kasik mekap je.
8. Bole gune topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Bole jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suke )..kite yang buat die kan..taram je dik non. (MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, kemudian untuk decorating atas & keliling kek gunakan buttercream beli siap dari kedai bakeri)
Cream Cheese Frosting
Source : Kak Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredient
250g Philadelphia cheese
125 butter
1 cup icing sugar- (Ayu used 1/4 cup)
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon- (Ayu used 1 lime juice)
Method
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
Selamat mencuba!
Assalamualaikum Madiha,
ReplyDeletesihat ke?? Maafkan Kak Nur ya lambat benor nk reply comment Madiha tu...skrg baru kak Nur faham...terima kasih lah kerana masih ingat dgn kak Nur...kak Nur pun dh lama tk bw, sejak akhir2 nie agak sibuk.
Selamat hari jadi buat Haziq moga membesar dengan ceria dan sihatnya....sekejap masa berlalu anak2 Madiha semuanya dh besar...ok buat Haziq aunty Nur doakan Haziq berjaya dlm kehidupan seterusnya,jadi anak yg membanggakan kedua ibubapa dan yang penting sekali moga Haziq jadi anak lelaki yang soleh dan bertanggung jawab pada keluarga...insyaAllah.
Salam Madiha...akak memang udah reserve untuk anak bongsu akak Mac..nanti untuk sweet 15. Birthday boy hamsem la...
ReplyDeletePagi Kak Madiha.. cantik nya cake, pasti the bday boy suka sekali yah.. Happy belated bday for Haziq,wishing him all the best.. :D
ReplyDeleteSalam Madiha
ReplyDeleteHappy B'day buat Haziq
semoga menjadi anak yg salleh dan menjadi kebangaan ayah dan ibu..
Kek ni mmg sesuai buat haziq yg ceria..
Suka tgk anak madiha.. comel-comel semuanya..
Tgk anak Madiha yg kecik tu kan macam ita aje masa kecil tembam.. geramnya...
salam kak madihaa.. cantiknyer kek bday haziq.. happy belated bday haziq, muga menjadi anak yg soleh =)
ReplyDeleteada cream cheese frosting tu, mesti bertambah2 sedap kek nyer.
Selamat ualang tahun Haziq, moga jadi anak yang soleh ye sayang!
ReplyDeleteCantik rainbow cake tu Madiha, siap dengan segala warna pelangi, dan dekonya yang menarik termasuk rumput nan menghijau di bawahnya tu...sungguh kreatif!
Memang sedap kek ni....selalu sgt dah buat kat rumah akak...nyum2...yummmyyyyy....Hbirthday Haziq...mesti happy kan dapat kek kaler2 lagi...:)
ReplyDeletehepi bufday buat haziq.....
ReplyDeletebukan luar je warna warni dalam pun sama...sedapnya rasa
Ya Allah, Alinnnnnnnnn, gebu dan comeynyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...eiiii geram!!! gigit-gigit badan dia.
ReplyDeletekek yg cantik dan sedap dimkn
ReplyDeletecantiknya kek haziq tu....mmg sonok la budak2 tu kalo dpt kek camni...
ReplyDeletehapt burthday haziq !moga panjng umur.nnti nk buat fory daugther birthday pulak
ReplyDeletehappy birthday haziq.
ReplyDeleteberpelangi di luar sampai dalam.sedap rupanya bukan sekadar mata memandang.sedap juga rasanya ye..
ermm... emaknya pandai buat kek.. anak2nya comel dan gebu macam kek jugak.. hehe
ReplyDeleteepy buf day 2 Haziq..wah kek sama la dgn Auni ari tu....baru je wat kek nie ari tu...memang sedap...actually warna dia tu ley menarik hati sesape yg melihat..rasa kek nie bese2 je...berbaloi kan dapat buat sendiri...
ReplyDeletemak oiii...selalu ngidam nk wat kek ni, tp lom ada kekuatan...
ReplyDeletecantik sgt bila tgk lapisan2 pelangi tu...
bestnya besday anak2, akak wat sendiri kek utk diorg...
akak ingat tak tarikh besday kite?
kalo x ingat nk sms bgtau...muahahahahahha!!!
hepi birthday buat anak madiha. Cantik kek tu nampak ceria.
ReplyDeleteAssalamualaikum Ratna, mmg cantik & nampak sedap rainbow kek ni, akak je yg belum try, nnt nak buat jugak la..
ReplyDeleteHappy belated birthday juga untuk Haziq...Comel2 anak2 Ratna ni, embam2...rasa nak cubit2 pipi tu.. :))
happy belated birthday haziq.. cantiikkkk nya rainbow cake ni..
ReplyDeleteAssalam Ratna, happy belated birthday to Haziq...amboiii cantiknya kek mama dia buat...puashati la Haziq yea...mesti bangga dengan kawan2 bila diaorg tanya Haziq...akak jek belum sempat nak tyr kek ni...tunggu birthday sapa la agaknya baru leh buat...hehehhe..
ReplyDeleteSalam Madiha......Happy Birthday....Happy Belated Birthday to Handsome Boy Haziq.....rajin sungguh maknya melapis....cantik sungguh dan pasti lazat rasanya dengan icingnya tu...
Deletewoooo..gojes laaaa rainbow diaaa!!!..kita sukerrrrr
ReplyDeletesangat shantek...dan menyelerakan...
ReplyDeleteas-salam sis..
ReplyDeleteterjumpa nama i di sini..sama2 ya sis..kek nih mmg dsukai kanak2..ibubapa kanak2 pun suke gak heheheh..dan salam kenal sis..
akak ..sy da try buat dah kek ni..sedap..
ReplyDeleteWah...cantek rainbow...kak pakai buttercreme jenama apa yg dah siap...boleh kongsi tak
ReplyDeleteAssalamualaikum kak..salam ramadhan and selamat hari raya..dah planning 2 syawal ni nk buat kek ni coz first time nk celeb bday anak yg baru msuk 1 thn.
ReplyDeleteTgk resepi ikut cawan kan tapi cwn besar mana ye...takut terlebih or terkurang pulak adunan nnt..and kalau blh xnk tggi2 sgt...
Harap akak boleh tnjukkan..
hai... i dh cuba resepi ni.. yups 2 cawan gula mmg jd sgt maNis.... tp kenAPa my kek setiap lapisannya x tebal, nipis sgt.. i guna loyanG saiz 8inci... pls hELp me...... (^_^)
ReplyDeletemohon share resepi :)
ReplyDeleteBoleh buat kek ni for my birthday juga
ReplyDeleteAnonymous : sukatan cawan standard dik.. yg beli kat kedai bakeri tu..
ReplyDeleteMr. & Mrs. Sallehudin: memang kek ni sangat nipis dik...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete