Assalamualaikum semua....
Hari ni tiada menu canggih lagi hebat... hanya nak kongsikan dessert kegemaran keluargaku yang dibuat baru2 ni iaitu Pengat Pisang Bersagu. Sekali hadap je habis seperiuk pengat yang dibuat dari sesikat pisang.. hehe.. memang sedapp!!
Tulis jugaklah resepi walau semua orang pandai membuatnya. Sekadar untuk rujukan anak2 daraku dimasa hadapan..
Pengat Pisang Bersagu
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
1 sikat pisang (apa2 pisang yg sesuai spt pisang nipah, sematu, nangka, abu dll)
3 cawan santan pekat
1 cawan air/santai cair
1 1/2 sudu besar sagu biji halus ~ basuh di air paip menggunakan penapis sebelum digunakan
gula merah secukupnya (anggaran 1/2 cawan ~ ikut manis sendiri)
1 helai daun pandan ~ cuci bersih & simpul
secubit garam
Cara2
1. Masak gula merah bersama air/santan cair hingga larut. Ketepikan dahulu.
2. Pisang dipotong serong ikut kesesuaian.
3. Jerang santan bersama secubit garam & daun pandan. Pastikan sentiasa dikacau supaya tak membuak. Masukkan biji2 sagu yang dicuci dengan memperoikannya. Kacau sentiasa sehingga biji sagu nampak agak jernih sedikit.
4. Masukkan pisang yang dipotong dan terus masak hingga biji sagu jernih sepenuhnya. (pastikan tak berhenti mengacau2 kuah supaya santan tak berketul2). Akhir sekali tapiskan air gula merah ke dalam periuk & masak seketika. Jika nampak terlalu pekat boleh tambah air masak & terus masak lagi hingga mendidih. Sedia dihidangkan suam2 atau sejuk. Selamat mencuba!
dapat pengat pisang pun cukup sedappp...
ReplyDeleteni dessert kegemaran keluarga kita juga.. laku kalau dibuat.. suka buat byk2 pas tu simpan kat peti sejuk belennya. Makan malam2.. sebelum tidur, hehehe
ReplyDeleteWah sedap ni minum petang-petang.
ReplyDeletewaaa kak....lm x makan....keliur tgk...:))
ReplyDeleteakk..amboiii sedapnya..bak mai semangkuk..:)
ReplyDeletemakan sejuk2 sedap kan kak..
lamanya tak makan macam ni..selalunya kalau bulan posa baru buat..sedapnya!
ReplyDeletehidangan yg x mampu ditepis!
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletehuhuhu..lamanya tak makan pengat pisang, nampak akak punya pengat rasa ngidam le pulak nak mkn pengat pisang..
pssst akak, baru perasan akak ada komen utk kek black n white tu...hajar pun tak tau camna takleh copy...
akakkkk.. sedapnya pengat tu.. sya suke yang ada sagu sebab menambah pekat dan lemak.. ;-)
ReplyDeleteelok je pekat tu..terliur plak tengok =)
ReplyDeleteayooo... ni feveret kami sekelorga, berlapis2 geenrasi.. dari toknyang, atok, apak, mak & anak2...
ReplyDeleteAslmkum Ratna.pengat pisang gini antara favorit terutama bulan puasa...mudah nak sedia. tp kat sini tak da pisang yg boleh buat pengat/goreng....kena balik Msia baru dpt mkn...
ReplyDeleteSalam Madiha...alahai sedapnya pengat pisang tuuuu...memang kesukaan kak rus.....tadi dapat buah nangka....jadi esok kena buat pengatlah jawabnya...TQ bagi inspirasi.
Deletesape ckp semua org pandai wat kak..
ReplyDeletekite x pandai jenis pengat2 ni...
tp mmg suka gak mkn...
selalu beli kat kafe je...
nti boleh la cuba buat..tp rasanya en garpil x layan kot...
x best la buat mkn sorang je kan...
semalam terasa juga nak buat pengat ni.tapi tak jadi..
ReplyDeleteadihah...
ReplyDeletekalau pengat ada pisang ada sagu ada keladi..walaaaa akak mmg makan berulang2..sedapnyer...
dah lama saya x mkn pengat pisang ni
ReplyDeletememang betullah kamu ni peminat pisang..tapi orang kencing manis tak leh makan pisang banyak-banyak..bukan akak tapi encik suami
ReplyDeleteSedapnya pengat pisang.....
ReplyDeleteMemang sedap...tq perkongsian resepi yg sgt menarik
ReplyDelete