Assalamualaikum & salam Jumaat buat semua...
Minggu ni terasa cepat pulak masa berlalu.. mungkin disebabkan cuti sehari pada hari Rabu tu agaknya.. jadi bila mula kerja semula hari Khamis & Jumaat ni.. rasa macam cepat je dah nak cuti lagi.. Cuti pun hanya cuti ditempat kerja aje... kewajipan yang lain2 masih berjalan seperti biasa.. dah tanggungjawap kan... syukur sangat2 kerana diberikan kesihatan & kekuatan untuk melakukan segalanya... Terima kasih Ya Allah...
Okey.. hari ni nak kongsi menu yang dimasak pada hari cuti... entah minggu bila.. dah lupa.. hehe.. Dah lama sangat2 teringin nak mencuba masak Laksa Lemak Nyonya ni bila pertama kali nampak Che Mat Gebu tunjuk kat blog dia. Pastu tak lama.. nampak Ida pulak masak.. Tapi aku dok tertunda2 jugak untuk mencuba.. lagi2 bila kena guna udang tu... memang jarang beli udang kat rumah sebab Haziq alergi dengan udang. Takut tiap kali masak udang sebab kadang2 bila nak terkena tu.. habis semua satu badannya gatal2 timbul bintat2 merah gegata yang agak tebal. Kadang tu sampai berhari2 nak sembuh... memang kena makan ubat alahan & ubat tahan gatal.. doktor pun takde cara macamana nak elak dari terkena gegata sebab katanya.. memang sesetengah orang alergi.. alergi bukan saja sebab seafood.. tapi juga atas faktor2 lain seperti terlalu panas, terlalu sejuk. Bila doktor kata macam tu.. terus teringat yang Haziq pun selalu naik gegata kalau dia mandi kolam atau mandi sungai lama sangat bila balik kg. Memang betul sangatlah apa yang doc tu cakap...
Tapi hari tu.. tekak ni macam takleh nak tahan2 terasa nak makan sangat Laksa Lemak Nyonya ni.. Apalagi bial tengok udang kat kedai tu segar2 walaupun saiznya tak besar sangat.. jadi beli jugalah.. harap2 janganlah Haziq terkena gegata kali ni.. Lepas masak bagai.. dia sendiri tau yang dia tak boleh makan udang.. masa makan tu.. dia tak ambik pun udang tu walaupun aku kata makan jelah sikit.. jangan makan byk.. hehe.. Sebab apa aku kata macam tu sebab dalam kuah tu pun dah ada air udang.. jadi samada dia ambil atau tidak isi udang tu.. takde bezanya. Tapi sebabkan dia takut gatal2 lagi.. dia memang tak ambik langsung walaupun sebenarnya dia memang suka sangat2 dengan udang tu.. Kesiannya anak ibu.. Syukurlah kali ni tak kena gegata... betullah kalau udang yang betul2 segar kurang sikit alerginya kot.. Yang biasa terkena tu kalau aku beli udang pulang dari kerja.. petang2 tu mungkin udang pun dah kurang segar. Udang yang ku beli baru ni beli pagi2 lepas hantar Dini kelas tambahan hari Sabtu.. sebab tu masih segar lagi...
Oklah.. panjang pulak membebel... memang tak sah kalau tak keluar cerita berjela2 eik.. sapa2 yang tak suka baca.. abaikan ajelah ye.. heeee....
Ok.. pada Che Mat Gebu.. terima kasih banyak2 berkongsi resepi yang sangat marbeles ni.... semua ahli keluarga puji sedap. Satu hari tak masak nasi.. santap laksa ni jer. Tapi dak bambam Alin tak makan pun laksa ni... dia bedal makan udang jer... haishhh.. bertuah betul anak ibu yang sorang ni... hehe... Mintak izin ye Mat.. akak kongsi resepi kat sini pulak. Sodapppp... Terbaikk..!! Tapi benda yang sedap2 gini... tak boleh masak kerap2 sangat kan Mat.. bahaya!! hehehe...
Laksa Lemak Nyonya
Sumber Resepi : Che Mat Gebu
Sumber Resepi : Che Mat Gebu
BAHAN KUAH LAKSA
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
MaDiHaA tambah sikit air lagi untuk kuah
BAHAN LAKSA
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa) (MaDiHaA lebihkan)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis (MaDiHaA lebihkan)
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok") (MaDiHaA lebihkan)
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis
BAHAN SAMBAL TUMIS
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
MaDiHaA tambah sikit air lagi untuk kuah
BAHAN LAKSA
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa) (MaDiHaA lebihkan)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis (MaDiHaA lebihkan)
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok") (MaDiHaA lebihkan)
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis
BAHAN SAMBAL TUMIS
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. (MaDiHaA tak alih rempah dalam bekas lain sebab MaDiHaA masak terus dlm periuk (tak guna kuali).. lepas rempah dah harum tu.. tuang terus stok udang, santan dll ke dalam periuk & tambah bahan2 lain seperti biasa..)
UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain. Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2...Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah segera.
Selamat mencuba!
tak pernah makan tapi tengok mmg terasa nakmencuba...
ReplyDeletewah..wah..wah...nie kena gi rumah Madihah nie..lengkap hidangan nyer..rasa nak ngap jer skrin akak nie..sedapppppppnyer!!!!
ReplyDeletememang nak cuba buat biler2 nanti..
tgk pon dah tau sedap...list dah panjang nie..
ReplyDeleteAs'salam Ratna
ReplyDeleteMengancam menu hidangan penuh satu meja, kenapa tak cakap awal2 boleh ct terbang kesana tumpang habiskan..hehehe
ct ni bab2 laksa atau apa2 mengenai laksa memang suka sangat Ratna, suka makan tapi nak buat tak rajin sangat sebab ct sorang aje yang gemar :)
Assalam kak, sedapnya tgk laksa lemak ni saya tak pernah buat lagi ni...betulx3 terliur nanti kena cuba ni..hehe
ReplyDeleteassalam kak
ReplyDeletesy alergik kt telur udang...ssh btul nk detect alergik tu...sbb kalau makan udang slalu ok je...sampai da kene bape kali baru terperasan alergik kat udang yg ade telur...huhu...same la akn gatal2 gegata tu n lagi teruk sy akan nk muntah n sakit perut...mcm nk kene buang toksin tu dlu baru ok...smpai skang agak takut kalau mkn udang even yg xde telur...hehe..btw laksa ni npk sedap sgt...
salam Madiha wah sangat mengiurkan lah tengok laksa nyonya tu makcik2 ni pun macam dah tak sabar nak mencuba kena cari cukupkan bahan2 dulu la ni gamaknya...
ReplyDeletenak nangis tgk, wpun blm mkn,
ReplyDeletetp memg dh tahu sedap sgt!!
salam kak madiha
ReplyDeletesedapnya kak..sy x pernah makan laksa nyoya..pernah dgar nama tpi x pernah jumpa org jual kt kaw sy nie..klu nk cuba makan mmg kena buat sendiri la jwbnya..:)
Assalamualaikum Madiha,
ReplyDeleteadeeehhhh...sedapnya! Terliur Amie tengok, nak minta pun benda dah tak ada! Minta izin pinjam resepi ajelah ya Madiha, ada masa senang nanti nak buat juga sebab rasa tak tertahan nak meleleh air liur ni ha...
Salam kak...nampak sedap laksa tu.Iza x pernah makan laksa nyonya ni,klu laksa penang..selalu..
ReplyDeleteadeh.. teringat kat laksa lemak ganu.. tun kurang sket mkn laksa2 negeri lain, tp kalau laksa ganu yg kuah putih tu, 2mangkuk pun habis sekali hadap.
ReplyDeletewa.. ngacamnya..
ReplyDeleteteringin lak nak cuba.bila ada masa nanti.
walaupun g tak makan laksa...tp tgk laksa lemak ni rs kecurr air liuurr...huhu
ReplyDeleteSalam Madihaa...
ReplyDeleteAnak sulong mama pun allergy kat udang jgk..
tapi mama bedal jer jgn sampai dier mkn sudah lah hehehe
laksa nyonya nie mama dh pernah msk.. mmg terbest!!!
Assalam Ratna....waaahhh laksa lemak nyonya pulak...laksa sarawak pun akak x buat lgk..ni nampak nyonya punya pulak...adeeeii, x tau mana satu nak buat nih! Nampak semua sedap...hehe
ReplyDeletesedapnye...buat muka xmalu la...minta sikit bleh...nak isi2 tu semua bnyk yer...tgh lapo ni...hihi
ReplyDeleteSalam Ratna.laksa nyonya mmg sedap....dg aroma daun kesom dan bunga kantan.tengok Ratna hidangkan nipun dah terliur dibuatnya. laksa nyonya ni mula suka sejak kwn2 office perkenalkan...mkn di kantin salah sebuah pejabat.laksanya guna ayam + kerang dan mkn dgn bihun.sypun dah beberapa kali juga masak buat tp resepi campur dg ayam....
ReplyDeletesah sah sedap. tetibe teringat amkan kat laksa shack. pehhh bestnyer... nanti2 nak buat gak ah. tapi kene tunggu kot2 ada tetamu dulu. baru berbaloi..
ReplyDeletewallaaa...droooling depan laptop ni haaa...
ReplyDeleteaduss terliur tengok laksa akak ni....sedapnya tengok...huhuhu
ReplyDeletekiter suker laksa nyonya.. aritu buat kuahnyer terlebey merah bukan kuning sbb terlebey cili... hikhikhik
ReplyDeleteNak try sebagai juadah berbuka.. Laksa ni a sekali makan memang layan
ReplyDelete