Assalamualaikum semua....
Apa khabar kalian semua? Hari ni masuk kerja terasa macam hari Isnin pulak.. baru cuti sehari dah terasa lain.. hehe.. Oklah.. hari ni nak kongsi resepi yang agak panjang... berjela2 resepinya.. hehe.. Sebenarnya.. panjang bukan hanya satu resepi.. tapi ada 4 resepi yang dimasukkan sekaligus kali ni... Dah malas nak buat entry berasingan.. lagipun.. lebih mudah nanti bila nak rujuk... semua ada dalam satu entry...
Kali pertama masak Nasi Dagang versi Kelantan ni sebenarnya. Sebelum2 ni memang dah kerap sangat masak nasi dagang.. tapi versi Terengganu... maklumlah kan.. kita lahir kat sana.. jadi resepi Terengganu tu macam dah sebati dengan jiwa & dah boleh hafal resepinya pun.. hehehe... Sebenarnya ada sedikit kelainan & perbezaan antara resepi nasi dagang Kelantan dengan Terengganu ni.. bukan saja lain kerana penggunaan berasnya yang berbeza.. tapi resepi gulainya juga berbeza. Resepi gulai nasi dagang versi Kelantan tidak menggunakan sebarang serbuk rempah seperti gulai nasi dagang Terengganu. Lebih mudah nak sediakan sebab tak perlu membuat kerisik & tak perlu susah2 nak dapatkan serbuk rempah cap bunga rose yang memang susah nak dapat kat Lembah Klang ni.. Tetapi yang pasti... rasa antara kedua2 gulai ini memanglah berbeza... sebab yang satu ada masukkan rempah & yang satu lagi tidak ada rempah. Kedua2nya pun sedap..! Gulai nasi dagang Kelantan ni pada pemerhatian MaDiHAa... terasa sikit2 macam gulai kunyit lengkuas versi Terengganu.. tapi adalah lagi bahan2 lain yang dimasukkan yang tiada dalam resepi gulai kunyit lengkuas seperti serbuk lada hitam & juga kelapa parut yang dikisar tu... itulah uniknya bila kita mencuba satu2 resepi dari negeri lain... kita boleh belajar cara yang berlainan dalam menyediakan menu yang sama... Antara lain perbezaan resepi nasi dagang Kelantan ni ialah... dengan adanya sambal ikan yang dihidangkan bersama2 dengan set nasi dagang.... rasanya kalau versi Terengganu.. belum pernah lagi terjumpa.. atau sebenarnya ada tapi aku yang tak tau.... wallahualam.. Kalau kawan2 tau.. tolong kongsi ye sebab aku ni nama je anak Terengganu.. tapi jarang2 dapat balik ke sana.. hehe...
Sebelum kita tengok resepinya.. MaDiHaA nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Kak Jie Jie yang telah sudi berkongsi resepi lengkap ini bersama2 kita di fotopages nya tak lama dulu. Dah lama dah MaDiHaA simpan resepi ni.. tapi oleh sebab kepayahan untuk mendapatkan beras nasi dagang dari Kelantan.. jadi keinginan untuk mencuba asyik tertangguh2 saja. Kebetulan hari tu.. kawan kepada adik ipar nak balik Kelantan.. terus kirim dia belikan beras tu. Untuk pengetahuan kawan2 juga.. Kak Jie Jie di kala ini di khabarkan tidak berapa sihat. Baru saja keluar dari wad kerana masalah jangkitan pada paru-paru (mengikut kata Mamasya). Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Kak Jie Jie segera sembuh (orang Kelantan cakap sembuh tu.. = siar) seperti sedia kala. Hari tu ada juga cuba telefon Kak Jie Jie.. tapi tak berjawap.. mungkin sedang berehat.. Rindu nak dengar gelak ketawa Kak Jie Jie macam selalu.. walaupun tak pernah berjumpa dengan beliau.. tapi terasa begitu mesra tiap kali berborak melalui telefon dengannya.
Kak Jie.. Na mintak halal ye kongsi resepi kat sini... Untuk pengetahuan semua.. cara memasak nasi dagang ini telah di olah oleh Kak Jie Jie dengan cara yang lebih mudah iaitu dengan memasaknya ke dalam rice cooker. Kalau ikut cara yang sebenarnya.. perlu mengukus & mengarong macam kita masak pulut kuning. Tapi Kak Jie dah memudahkan kerja memasak untuk ibu2 yang bekerja yang sentiasa nak cepat siap.. hehe.. Thanks bebanyak ye Kak Jie.. Okay.. jom kita tengok resepinya... Ini resepi nasinya yer....
NASI DAGANG KELANTAN (CARA MUDAH!)
Resepi : Kak Jie Jie
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
1 kg beras lembut (beras nasi dagang dari Kelantan)
Santan pekat (RM2.50) + air (sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari) (MaDiHaA ukur guna jari macam kita masak nasi putih.. tetapi santannya dikurangkan 1 cm dari ukuran memasak nasi putih)
1 sudu garam halus (MaDiHaA guna 2 sudu kecil)
sejemput halba (MaDiHaA letak dalam 1 1/2 sudu kecil)
1 1/2 in halia ~ dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
Cara:
1. Bersihkan (basuh) beras hingga bersih & tos sebentar. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker.
2. Masukkan santan pekat + air & garam. Gaul rata semua bahan.
Santan pekat (RM2.50) + air (sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari) (MaDiHaA ukur guna jari macam kita masak nasi putih.. tetapi santannya dikurangkan 1 cm dari ukuran memasak nasi putih)
1 sudu garam halus (MaDiHaA guna 2 sudu kecil)
sejemput halba (MaDiHaA letak dalam 1 1/2 sudu kecil)
1 1/2 in halia ~ dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
Cara:
1. Bersihkan (basuh) beras hingga bersih & tos sebentar. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker.
2. Masukkan santan pekat + air & garam. Gaul rata semua bahan.
3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak.
4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.
4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.
Ini pula resepi gulai ikan khas untuk nasi dagang versi Kelantan...
Bahan2
9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalaman (MaDiHaA guna ikan tongkol anggaran 1.3 kg seekor.. rebus dengan 2 sudu kecil garam & 6 keping asam gelugur & 1 cawan air)
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (MaDiHaA guna anggaran 5 cawan santan)
2 biji cili merah dibelah dua (MaDiHaA ganti dengan 10 biji cili padi hijau)
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka
1 keping asam keping
garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (MaDiHaA guna anggaran 5 cawan santan)
2 biji cili merah dibelah dua (MaDiHaA ganti dengan 10 biji cili padi hijau)
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka
1 keping asam keping
garam secukup rasa ( sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)
MaDiHAa tambah 1 cawan air rebus ikan rebus (jadi garam perlu dikurangkan)
MaDiHAa tambah 1 sudu besar gula merah
Bahan kisar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air
Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air
Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.
Resepi sambal nasi dagang seperti di bawah... kalau versi Terengganu sambal ni takde yer...
Sambal Nasi Dagang
Resepi : Kak Jie Jie
Resepi : Kak Jie Jie
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
1/2 biji kelapa parut
3 ulas bawang putih dihiris
4 ulas bawang merah dihiris
4 batang serai dihiris
4 ekor ikan rebus diambil isinya saja (ikan kembung/selayang)
garam & gula secukup rasa
1/2 biji kelapa parut
3 ulas bawang putih dihiris
4 ulas bawang merah dihiris
4 batang serai dihiris
4 ekor ikan rebus diambil isinya saja (ikan kembung/selayang)
garam & gula secukup rasa
cara:
1. Sangai kelapa parut bersama bawang putih, bawang merah dan serai sehingga garing dan kekuningan.
menjadi kerisek
2. Blend kerisek bersama garam dan gula.Ketepikan
3. Blend isi ikan dan campurkan bersama sambal kerisek tadi. siap.
Nota MaDiHaA : MaDiHAa rasa lebih mudah kita mencampur-gaulkan dahulu isi ikan & kerisik kemudian baru dikisar bersama. Sebab jika kisar isi ikan berasingan.. ia seakan2 melekat2 gitu.. so disarankan digaul dahulu bahan2 tersebut kemudian barulah dikisar.
Ini pula resepi acar mentah timun.... sempoi jer..
Acar Timun
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
3 biji timun
1 biji bawang besar ~ belah 2 & hiris
2 biji cili merah ~ hiris serong
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan cuka
Cara menyediakan
1. Timun dikerat 1 1/2 inci panjang. Belah dua & buang empulurnya. Potong memanjang sehingga habis. Cuci & tos.
2. Gaul bersama bawang besar, cili, gula, garam & cuka sehingga rata. Pastikan secukup rasa & biarkan selama 15 minit sebelum dihidangkan.
Jemput makan..... bismillah...
Selamat mencuba!
Salam Kak..baru ura2 nak buat ujung minggu nie..sedap nampaknya set nasi dagang tu...Nyum..
ReplyDeleteSalam kak Ratna hehe ni npk cek abe saya ni sure suruh buat....kita pun lama x masak nasi dagang....biasa buat versi kelantan aje..ada kuah gulai ikan mmg sdp...
ReplyDeleteAssalamualaikum Madiha
ReplyDeleteamboi2 dari jauh dh buat kak Nur kecur semcm ini...betul2 nampak sedap erk...jeles kak Nur tau sebab Madiha tk kasi sepinggan..hehehe...mmg menyelerakan....rajin Madiha ini...tabik spring...toing...toing!!
resepi yg izan nak belajar sangat sbb my hubby sll suruh masak nasi dagang yg jdi kegemarannya ini..
ReplyDeletetq share esepi..
Saya peminat nasi dagang tapi jarang dapat makan (masak memang tak pernah) sebab husband tak minat, kalau dekat, sure kita ngendeng Kak Ratna jer ni.. hehe
ReplyDeletesedapnyer nasi dagang! tun xpernah lg mkn yg ada sambal ikan nih. beli kt kelantan pun xpernah jumpa yg ada sambal ikab. maybe org yg jual nasi dagang tu malas kot nk buat sambal ikan ni..
ReplyDeletesalam kak Ratna...sedapnya nasi dagang nie...
ReplyDeletelama dah xmake...Nasya kalau balik kelantan suka makan kat Lundang.
kedai nasi dagang tu bawah pokok ceri..sedap yang amat..
lap jap air liur yang menitik gara2 nengok set nasi dagang akak nie..
ReplyDeletemengeliurkan betoiiiiiiiiiii........
salam madihaa....peberet liza ni...haiiiyaa, nmpk gayanya mmg xjadi2 la diet liza ni lg...hihihihii
ReplyDeleteterliur sudaaaaaa... aritu membe ade bgtau klu nak bli beras yg kaler nih kene g pasar tani nunnnnn kat tgh bando... malas bebeno nak menapak pepagi subuh kat sinun... jd nyer tgk ajer la org buat.. tp penah makan membe tuh buat, mmg sedapppp!
ReplyDeletemmg pnjng pn resepinya kak tapi bestnya klu dpt mkn skali...hehehe...
ReplyDeleteSalam kak madiha...sedapnye...iza dan family
ReplyDeletememang suka sangat nasi dagang ni,kalau pegi kelantan/terengganu mesti cari nasi dagang,tapi kat penang ni mana nak cari...
Saya lebih gemar Nasi Dagang Versi Trengganu. Tadi ke Pasaraya HERO ternampak beras nasi dagang kelantan jenama FAIZA.
ReplyDeletesemoga kak jie jie cepat sembuh.. sedap nyer kak madiha makan gini. tak kesah la lauk apa pun asal nasik dagang tu mesti wangiii gitukan lawan halba ngan bawang n halia tu... haishhh sedap!!
ReplyDeleteSalam kak madiha! doa utk kak jie jie juga moga cepat sembuh walau tak kenal, harus masuk list, tp berasnyer tu pulak satu hal, nanti nak cuba carik kot2 ada kat siam maklomlah sebenrang ajerr kan siam ngan kelantan tuuu hihihi.... tgk gulai akak tuuu, aduhhhhh mana nak carik nasi dagang xpress niiii!! uuuwaaaaaa...
ReplyDeleteaduhaiii..apsal semua yg ada kat sini nampak sedap eh?..acar mentah tu biasa kita org letak carrot sekali.
ReplyDeleteAssalamualaikum Ratna...
ReplyDeleteAduhai Kejammnya..Tak pelawa Kak Lin makan pun...beras nasi dagang Kelantan ni ada kat rumah tapi tak buat2...
Selamat Menjamu Selera :)
MENGANCAMMMMMMM!!!! >___<
ReplyDeleteasslm Kak Madiha...QH suka mkn nsi dagang ni tau...nmpk sedap la akak buat...pekat betul kari ikan tu...QH suka cmntu...
ReplyDeletemintak resepi yer...nk cuba jugak...gerenti jadikan ni...hehehe
sedapnya tgk nasi dagang ni kak...saya tak pernah lagi buat nasi dagang ni..mkn pernah la.nk buat tak ada herba tu pula kena tunggu blk Msia la jawabnya nanti:)
ReplyDeletedidoakan semoga kak Jie Jie cepat sembuh.
Salam Madihaa,, nasi dagang yg complete sume ada,, K1 pun msk cara express gak guna periuk nasi dn sambal tu sedap juga dimakan ngan nasi himpit..
ReplyDeleteDoa untuk Kak Jie Jie mudahan cepat sembuh..
Serious sedap ni sis. Tp stakat 70 hr t x mkn ns dagang lg. Suka tgk sis susun makanan dlm pinggan. Ada seninye. Aritu masterchef sis x try masuk ke? Lain x ada pluang pglah uji bakat. Mana tahu rezeki sis slps ni!
ReplyDeleteTq wish bday t. Sayang sis!
Assalamualaikum Madiha,
ReplyDeletememang ada beberapa versi nasi dagang, kita boleh pilih nak yang mudah, cepat atau yang terpaksa ambil measa untuk menyiapkannya. Pernah sekali Amie belajar dengan kawan dari Terengganu, cara masak nasi dagang yang katanya asli, punyalah banyak masa perlu diambil, begitu begini dan sebagainya tapi memanglah ada kelainan rasanya. aspa pun untuk kita yang kena jimat masa, memang berbaloi dengan penyediaan yang ringkas, mudah tapi dijamin sedap macam hidangan Madiha kali ini!
salam kak madiha
ReplyDeletex pernah lg cuba buat nasi nie..selalunya klu teringin nk makan beli jer pagi2 kt warung kelantan..mmg suka mkn nasi nie..sedapnya kak...terliur pulak tgok tghari mcm nie..:)
Kak madiha, tak kiralah ada kelainannya tu. Ni kalau dah depan mata, mak mertua lalu pun tak toleh dah..hehehehe...
ReplyDeleteNak try utk open house ok kee
ReplyDeletePelik plak tgk cara masak nasi tu...biasa org kukus nasi tu kan...
ReplyDeletenasi dangang dlm gambar tu ore kelate guna istilah "pecah perut". seboleh2nya kita kukus supaya nasi tu masak sempurna dan peroi.
ReplyDeleteThanks for sharing, nampak sedap
ReplyDeleteANONYMOUS 1:50 PM, ANONYMOUS 12.22 PM :
ReplyDeleteItulah perbezaannya resepi ini berbanding cara tradisional (kukus) dengan CARA MUDAH! (tanak) yang ingin dikongsikan & diketengahkan oleh pencipta resepi (Kak Jie Jie [seorang guru BESAR yang berasal dari KELANTAN]) untuk ibu2 bekerja seperti MaDiHaA yang inginkan kerja mudah & cepat! Bak komen K1 (juga orang KELANTAN) kat atas tu.. ini cara EKSPRESS yang lebih MUDAH (seperti tajuk n3 ini)..
Lain kali MaDiHaA buat cara kukus.. penggunaan perkataan 'MUDAH' tu dah tak boleh digunapakai lagi.
TERIMA KASIH!
nasi dagang kelantan yg origenal di kukus. nasinya berkilat.gulai ikan tu x sama mengikut daerah. akak org kota bharu bila masak gulai ikan utk nasi dagang tak sama dgn gulai mak mertua yg asal dari daerah lain.Sambal kelapa kami pun lebih basah.
ReplyDeletetak kira stail mana, sebut jer nasi dagang, semua nya sedap!
Dah lama nak buat... Baru hari INI jumpa beras original dari Kelantan thanks for sharing...yg xsanggup bnyak sgt bhnnya
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletemohon saya salin resepi ini sebab nya teringin nk buat sendiri...
sebelum ni x pernah pn masak nasi dagang tau makan je..
Nasi Dagang nie salah satu kesukaan saya.
terima kasih atas pengkongsian ini...JASAMU AMAT DIHARGAI..
Mohon share..tq
ReplyDeleteterima kasih atas resipi yg sedap ni... rasa nak buat minggu ni.. xpenah masak guna rice cooker...harap menjadi la kali ni..
ReplyDeleteSaya suka nasik dagang dan acar versi tganu, tapi suka gulai ikan tongkol versi kelantan punya
ReplyDelete