Assalamualaikum....
Tiba2 mood suam2 kuku jer nak update blog. Dah berjangkit dengan Izah & Kak Ummi ke? hehehe....
Takdelah.. sebenarnya bukan berjangkit ke apa.. tapi lately ni mood nak bereksperimen agak merudum sikit. Sejak2 anak tak sihat, diri sendiri pun tak sihat.. rasa malas sangat nak bereksperimen melayan anak tekak ni... jadi masak pun yang ala kadar saja... Masak yg mudah2.. takde buat kuih muih sangat especially kek2 bagai (walau dlm hati teringin sgt nak makan kek!) takmau bagi perut bekerja keras mencerna pelbagai makanan yang rich2, lemak2 & berminyak2 sangat.. (padahalnya malas.. hehe)
Oklah hari ni kongsi resepi ulangan jer... dah lama pun buat ni.. resepi ulangan tapi ada ubahsuai sikit je dengan tambahan bahan coating/salutan tu jer... Masih menggunakan resepi Donut Kentang (Cakcibur)... kemudian disaluti dengan mayonis & dilekatkan dengan chicken floss. Sedapp!!
Sebenarnya ini kali kedua ku beli chicken floss. Dah lama dah dulu pernahla beli sekali & guna utk salut roti. Dah sedap2 makan & bila dah abis.. tiba2 terfikir & rasa was2 adakah chicken floss yang terjual tu halal? Sejak tu tak berani dah nak beli chicken floss sebabnya yang terjual tu biasanya di re-pack & memang takde tanda halal. Tak lama dulu.. Kak Anymz buat roti chicken floss terus tanya kak Anymz dia beli kat mana chicken floss tu sebab teringin plak nak makan sbb dah lama tak makan.. Pasti yg Kak Anymz beli tu halal kan.. tp kak Anymz tak jawap atau tak perasan kot soalan ku ittew.. hehe.. then selang beberapa ketika semasa pegi ke kedai bakeri berhampiran ofis ni ternampak kat rak di kedai bakeri tu ada chicken floss yg re-packing di susun2 & ada satu pack bersaiz besar (packing asal) yang ada tanda halal Jakim.. Wahhh... ini sudah baik! hehe... Jadi tak syak lagilah yang chicken floss tu halal & boleh dimakan. So... belilah daku dengan senang hati... (terlupa plak nak amik gambor tanda halal Jakim pada packing besar chicken floss tu...)
Ok jom kita buat Donut Chicken Floss! Don't worry.. halal punya okay!
Donut Chicken Floss
Adaptasi dari resepi : Cakcibur aka Rohana Shahdan
Idea dari : Ummizzkitchen
Bahan2
1 biji kentang saiz sederhana - kupas kulit
1 cawan air suam
5 g yis segera
1/3 cawan minyak masak
1/3 cawan air suam
1/4 tin susu pekat manis (ku guna 1/4 cawan je)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
500g tepong gandum
Minyak secukupnya
Mayonis secukupnya
Chicken floss secukupnya
Cara menyediakan
1. Rebus kentang hingga empuk. Kisar kentang bersama dengan 1 cawan air suam. Tuang ke dalam bekas menguli.
2. Campurkan yis, 1/3 cawan air suam, minyak masak, susu pekat, garam ke dalam bekas berisi kentang & campur sebati.
3. Tambahkan tepong sikit demi sikit sambil gaul sebati. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Lagi lembut doh.. lagi lembut donut yang terhasil! Perap hingga doh naik sekali ganda.
4.Gunakan tepong extra ketika hendak membentuk donut supaya doh tak melekat di tangan.
5. Susun donut yang dibentuk di atas dulang yang telah ditabur tepong atau disapu sedikit minyak. Biarkan ia naik sekali lagi.
6.Panaskan minyak masak & goreng donut hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat & tos.
7. Sapu donut dengan mayonis di sebahagian donut kemudian salut pula dengan chicken floss secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
Nota
MaDiHaA : Semasa bermain dengan doh perlu celup jari2 ke dalam tepong
gandum supaya doh tak melekat di tangan kerana doh ini agak lembik
sedikit. Jika kurang mahir.. boleh tambahkan sedikit lagi tepong..
insyaAllah.. ianya tetap lembut!
Selamat mencuba!
sedpnyer
ReplyDeleteSalam, Kak Ratna, ada kelainan ni... tambah lemak dengan mayonis, tu yang sedapkan...
ReplyDeletesalam kak madihaa..alahai, kesiannye.. budak2 x sihat ye.. semoga cepat sembuh ye.
ReplyDeletesedapnyer donat! tun x jumpa lg chicken floss halal kat sini. mmg was2 betul nk beli roti yg letak chicken floss kat bakery tu.
sesekali dapat cuba yang baru orait juga...
ReplyDeletenampak menarik dan sedapppp.......
nyum nyum......sedapnya kalo dapat makan donut ni ;p
ReplyDeleteKreatif ni...
ReplyDeletesy pun byk kali gak jumpa chicken floss ni tp kes sama mcm kak long,ada rasa was2 tu yg tak beli klu tak dah lama dah rembat.klu nak mkn sgt wat sendiri aje hu..hu..itu yg jadi kemalasan.
ReplyDeletetp donut ni mcm best aje tiba2 teringin lak nak mkn donut yg ada spicy2 ni
salam kak..mmg sdp roti2 yg ada letak checken floss ni....akk beli kat kedai Anika Bakri tu ke,,,,...kalau ada jual nak lag beli..sbb dekat sangat dah tu....
ReplyDeleteasslm kak Madihaa...wah ni idea yg kreatif...donut letak chicken floss...mesti berdouble sedap rasanya ni...bleh tiru x...hihihi
ReplyDeleteperrhhhh masuk sini je lapa!
ReplyDeleteSalam Kak Ratna..wow kak..donut dh berchicken floss plak..2 bijik xckp nii..suka sgt klu roti ada chicken floss..nyumnyumm ^_^
ReplyDeleteWaaa..nampak menyelerakan! meh sini kak,tukar ngan kek lapis ni ha..akak kn nak mkn kek..hehe
ReplyDeleteSemoga anak2 akak cepat sihat sepenuhnya dan mood akak kembali meningkat tuk blogging yer..x aci la nanti kite berlemak sorg2.hihii
ADUIII TERUS lapor mak nengok....buke posa nak masak apa ekkk
ReplyDeletebetul tu kak.. kadang2 kita ni beli2 tapi tak perasan tanda halal tu.. tapi dah tahu tanpa was2 lagi kita yakin kan.. hmmm kedai bakery yg nani pegi ni pun ada chicken floss tu... re-pack juga, tak de tanda halal.. mgkn sbb di RE-PACK kan semula tu.. tu depa tak de chop.. hmmm ape pun yg pasti nani blom penah beli..
ReplyDeleteopssss.. terlupa nak komen donat..
ReplyDeleteakakkkkk)))) (cam panggil dlm gua) sedap la donat tu kak.. nani kadang2 suka singgah kedai bakery BERRY'S kat tepi Bdr Puteri ni sblm masuk keje, singgah beli bun chicken floss curry.. suka sangat..
salam kak ratna..sy dulu mmg was2 ngan ciken flos ni...siap ngintai kt kotak cr nm kompeni nk gogle status halal..kalo tanya budak kdai mmg le dia ckp halal kn..sy bli yg caf food..mmg ada cop jakim..wallahualam
ReplyDeletekak,
ReplyDeletesayapun tgh suam-suam susu nak ngapdet blog kak, nape ntah..mkn laju je..kalau makanpun suam2 katak puru kat beh, baru longgar sket tang pinggang yg tk berapa nk kerengga ni...heeee...sedapnya ciken floss, selalunya bun yg ada ciken floss ni boleh tahan mahal eh...dap...dap...
Sedapnyerrr,ada donut cchicken floss kat sini
ReplyDeleteSalam Kak Madiha janganlah suam2 kuku.. hehehe.. teruskan.. ini masih ramai yang nak singgah menggeledah bawah tudung saji akak tu... wahh donut chic floss sedap sungguh... tak payah beli lepas ni.. amik aje kat sini.. nak 3 biji boleh tak??
ReplyDelete