Assalamualaikum...
Salam bertemu kembali di Ramadhan ke lima...
Di pejabat ni nampaknya macam ada banyak waktu terluang & kurang sibuk sedikit.. dan kerana itulah MaDiHaA sempat selongkar semula simpanan gambar2 lama & resepi2 yang pernah dicuba dulu untuk dikongsikan dengan teman2 sekalian di blog kesayangan MaDiHaA ni. Tiada niat lain selain sekadar berkongsi & mungkin dapat memberi idea & inspirasi pada kawan2 sebagai juadah berbuka puasa di hari2 mendatang. Lagipun.. semua gambar2 & resepi2 yang dipaparkan semuanya belum pernah dikongsi di blog ini... maka rasanya tak salah MaDiHaA kongsikan di sini walaupun hanya dengan gambar2 lama yang diambil ketika itu seadanya.. hehe..
Jika di pejabat tak begitu sibuk, berbeza pula dengan keadaannya bila pulang ke rumah sejak2 masuk bulan puasa ni.. agak kesuntukan masa nak menyiapkan juadah berbuka. Hari2 pun terkejar2 & memang tak sempat nak bereksperimen langsung! Mujurlah suami memahami keadaan & bertolak ansur serta sering bantu membantu dalam menyiapkan juadah berbuka sementara beliau berkerja shift malam ni ( sebab siang2 dia ada kat rumah). Mujur juga anak2 tidak cerewet & menerima saja apa yang terhidang di atas meja. Alhamdulillah dengan rezeki dari Mu ya Allah... sesungguhnya aku bersyukur...
Oklah untuk resepi yang nak dikongsi hari ni rasanya sesuai juga dijadikan juadah berbuka selain juadah2 yang lain. Apam Span ni memang sedap sekali dimakan dengan kelapa parut yang dicampurkan garam. Apamnya sangat lembut.. berongga2 di bahagian dalamnya... dan memang patutlah diberikan namanya sedemikian rupa. Tapi kalau kawan2 ingin mencuba.. wajiblah kawan2 menyediakan tapai nasinya dahulu ye...
Terima kasih kepada sahabat cyber iaitu Wila rakyat Malaysia yang berketurunan Siam yang sangat rajin berkongsi resepi2 tradisi yang sedap2 belaka. Masih banyak resepi2 beliau yang belum sempat MaDiHaA cuba walau hati meronta2 ingin mencuba...
Apam Span
Resepi : Wila ( Resepi pembaca Majalah Sedap)
Resepi : Wila ( Resepi pembaca Majalah Sedap)
Sumber : Mamawandiha Fotopages
Bahan2nya
150 gm tepung beras
100 gm gula
2 gram yis mauripan (½ s/k) ~ dibancuh dengan 50 ml air yg di ambil dari 300 ml air di bawah)
300 ml air
½ cawan tapai nasi
½ biji kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam (kukus sebentar utk tahan lama)
Cara2nya
1. Campurkan tepung beras, gula, tapai nasi & 250 ml air ke dalam jug pengisar & kisar hingga halus lalu ditapis. (MaDiHa tak tapis pun..)
2. Masukkan bancuhan yis dan gaulkan rata.
3. Perapkan selama 50 minit.
4. Panaskan periuk pengukus. Sapu loyang dengan sedikit minyak & panaskan sebentar di dalam periuk pengukus.
5. Tuangkan adunan tadi lalu kukus selama 25 minit.
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong. Hidang bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
Cara membuat tapai nasi
3 cawan nasi sejuk
½ biji ragi
Caranya:-
1. Deraikan nasi sejuk.
2. Ragi dihancurkan di dalam penapis dan ayakkan ke atas nasi sejuk tadi lalu digaul rata2.
3. Masukkan nasi dalam bekas bertutup (eg. bekas aiskrim kosong) dan simpan selama 2 ~ 3 malam.
150 gm tepung beras
100 gm gula
2 gram yis mauripan (½ s/k) ~ dibancuh dengan 50 ml air yg di ambil dari 300 ml air di bawah)
300 ml air
½ cawan tapai nasi
½ biji kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam (kukus sebentar utk tahan lama)
Cara2nya
1. Campurkan tepung beras, gula, tapai nasi & 250 ml air ke dalam jug pengisar & kisar hingga halus lalu ditapis. (MaDiHa tak tapis pun..)
2. Masukkan bancuhan yis dan gaulkan rata.
3. Perapkan selama 50 minit.
4. Panaskan periuk pengukus. Sapu loyang dengan sedikit minyak & panaskan sebentar di dalam periuk pengukus.
5. Tuangkan adunan tadi lalu kukus selama 25 minit.
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong. Hidang bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
Cara membuat tapai nasi
3 cawan nasi sejuk
½ biji ragi
Caranya:-
1. Deraikan nasi sejuk.
2. Ragi dihancurkan di dalam penapis dan ayakkan ke atas nasi sejuk tadi lalu digaul rata2.
3. Masukkan nasi dalam bekas bertutup (eg. bekas aiskrim kosong) dan simpan selama 2 ~ 3 malam.
Nota MaDiHaA : sukatan resepi tapai ni mungkin dapat lebih tapainya nanti.. MaDiHaA main agak2 aje.. so boleh buat kuih lebih dari sekali atau boleh doublekan resepi.. Lagipun.. resepi di atas memang dapat sikit je.. untuk family besar elok buat double recipe.
Selamat mencuba!
kuih kegemaranku, yatie mmng suka kuih apam..leh cuba resepi ni plk..tq kak Madihah..
ReplyDeletemmg nmpk sedap!
ReplyDeleteAssalamulaikum Madiha
ReplyDeletenampak sedap apam tu akak pun buat entri apam jugak
tapi masih dlm proses mmg sedap mengepam ni kan tak jemu dimakan
sedap la kak dah lama x makan apam nie..:) teringin plak nk makan..:)
ReplyDeletesalam kak..nampak gebu n lembut sungguh apam spam ni :) sedp tu mkn ngan kelapa :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Madiha :)
ReplyDeleteMak Mertua Kak Lin suka buat apam yang dibubuh tapai nasi ni...tapi Kak Lin tak pernah nak tanya resepinya...Kak Lin pandai makan jer...
Bila tgk Madiha pulak teringin nak makan...apam ni sedap sangat...tapi mana nak cari tapai nasi?
Assalam ratna,
ReplyDeleteapam span ni macam rupa pak thong koh apam orang cina tu ke?
tengok kejadian dia serupa apam tu..gunakan tapai nasi juga..akak dulu buat sendiri tapai nasinya from scratch..first trial buat pak thong koh rasanya masam(itu kira tak jadilah tu..heheh)..then 2nd trial menjadi pulak sebab beli tapai yang dah siap aje..memang sedap apam tu..
Salam kak madiha!!! salam ramadhan buat akak sekeluarga di sana, moga diberi kesihatan yg baik hendaknya insyaAllah! Kita ni dr td ngendap dapo akak buat cendol durian tuuu sbb tengok kat rumah kak TTM ehehe... dah siap dahhhh sbb kita tak puasa baru dpt cuti 2 hari kikiki... sedappppp! nanti kopipes resepinya kak, macehhhh! salam rinduuuuuuuuuu jugakkkk!!! :D
ReplyDeletenak juga belajar buat apam....
ReplyDeleteramai kata juga yis sedap ...
sedapnya nampak.......
selamat berpuasa k.Madiha
ReplyDeletesedapkan apam ni,makan dgn kelapa bertambah-tambah sedapnya
suka makan apam span air tangan nenek.. memang sedappp :))
ReplyDeletesedapnya kak ratna apam ni..saya dah bertahun tak makan..paling suka apam tapai..bau dan rasa dia tu tak leh lupa la..hehehhe
ReplyDelete