Assalamualaikum....
Isnin menjelma lagi... syukur hari ni aku sedikit sihat & dapat bangun awal pagi siapkan anak2 untuk ke sekolah & bersiap diri untuk ke pejabat. Ahad semalam.. menjelang tengahari tiba2 rasa tak sihat.. kepala berdenyut, tekak terasa mual & badan rasa seram sejuk macam nak demam. Bihun yang dimakan masa sarapan habis keluar balik... tengahari langsung tak berdaya nak memasak untuk makan tengahari.. terpaksa baring je sebab bila cuba bangun kepala makin kuat berdenyut & rasa nak munta#. Mujurlah paginya aku goreng bihun lebih sikit.. jadi bolehlah Haziq & Alin makan bihun tengahari tu. Kakaknya semalam ikut aktiviti sekolahnya ke Taman Tema Desa Waterpark.. jadi hanya tinggal kami 4 orang jelah kat rumah.
Dalam dok terbaring.. 3 kali juga munta# sampai dah takde apa yg keluar... Tengahari langsung tak lalu nak makan atau minum... bila dah masuk petang baru perut terasa pedih & lapar... yelah.. apa yang mkn waktu pagi semua dah keluar.. tengahari pun tak lalu nak makan atau minum... maunya tak lapar! Akhirnya cuba juga untuk makan sebiji buah tin/zaitun kering (nak mkn lebih tp tekak dah rasa lain macam... cepat2 baring semula) syukur dengan hanya sebiji buah tin/zaitun tu dpt bertahan sampai ke malam... Lepas telan paracetamol yang abang bagi sebelum dia pegi kerja malam... barulah lega sikit malam tadi... bolehlah makan nasi & lauk yang abang masakkan...tapi selera takde.. makan sikit je.. Syukurlah pagi ni boleh bangun & sihat seperti sediakala... syukur ya Allah...
Oklah.. untuk resepi hari ni.. nak berkongsi lauk yang sempat dimasak minggu lepas iaitu Ayam Laksamana. Nama resepi ni agak klasik kan? hehe... inilah resepi ciptaan Che Mat Gebu yang tak asing lagi... rasa masakan ini seakan2 ayam masak merah... tapi ada kelainannya sedikit... kalau nak rasa silalah mencubanya sendiri ye. Terima kasih Che Mat Gebu & terima kasih juga pada Diana yang dengar khabar dah nak berhenti dari berblog? Sama2 kita doakan semoga Diana sentiasa dipermudahkan segala urusan sehariannya... Mintak izin ye Mat akak kongsikan resepi kat sini pula...
AYAM
LAKSAMANA
Resepi : Che Mat Gebu
Sumber : Diana@skybluekitchen
Bahan²
1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 camca besar gula melaka
1/2 cawan sos tomato
3 camca besar sos cili
1 senduk nasi cili kisar
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
1 genggam kismis
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar, potong kasar²
Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan
Bahan Kisar Halus
2 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 biji pala, diparut ( nutmeg ) MaDiHaA guna 1/2 sudu kecil nutmeg powder
Cara Membuatnya
- Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar² sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap² saja. Angkat dan tos, ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, tambah sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
- Masukkan ayam dan kismis, gaul rata² dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan...
Selamat mencuba!
Alhamdullillah.. kak.. syukur akak dah kembali sihat.. moga terus sihat ye kak.. kita ni kalau sakit.. mcm2 kena fikir.. kesian anak2.. nak bagi makan apa kat diorang ngan badan tak larat tu kan.. buah zaitun akak cakap tu.. betul2 mujarab.. sebiji leh bagi tenaga utk akak.. alhamdullillah.. itu lah kebesaran allah kan.. :) penuh vitamin utk sebiji buah.. :)
ReplyDeletesedappppnya ayam laksamana ni.. lom penah makan.. masak biasanya yg simple2 je.. :) tak bernama canggih cam akak wat.. eheheheh
Wa'alaikumsalam nani.. yelah nani.. bila tak sihat memang tak dpt nak buat apa2.. kesian kat anak2... tp mujurlah smlm ayahnya ada kat rumah sbb keje mlm.. & menjelang mlm akak dah mulai sihat sikit.. yelah nani.. buah zaitun tu kan makanan sunnah selain kurma.. memang banyak khasiat & memberi tenaga walau hanya dimakan sebiji... syukur...
Deleteayam laksamana nama diberi oleh si pencipta resepi.. akak tukang tiru aje.. hehe...
slm Kak Madihaa...
ReplyDeleteAlhamdulillah akak dah beransur sihat...mgkn faktor cuaca skrg ni kot...kejap panas kejap hjn...bykkan berehat yea kak...
amboiii kemain lg nama resepi ni...ni ayam laksamana negeri mne yea ni...hehe...
nmpk sedap la pulak bile bkali2 pandang ni...leh buat utk raya haji nanti...hehe
W'salam QH..
DeleteTak taulah sebab apa.. tiba2 je tak sihat.. padahal pagi2 tu sempat hantar dini ke rumah kwn yg dia tumpang untuk ke taman tema desa waterpark tu.. balik tu pulak sempat bwk adik2nya ke playground.. masa tu yg rasa lain macam tu.. hehe.. tiba2 je tak tau apa punca.. nak kata kena hujan takde pulak kena hujan..
itulah tu.. namanya sgt klasik kan? hehe.. bolehlah cuba.. hidang dengan nasi minyak atau nasi tomato pun sesuai jugak tu..
Salam.....Madiha tak sihat sb apa ye? Ada isi kot...hehe....akk pun baru2 ni gastrik, tak lalu nk mkn bila dah muntah2 gitu.
ReplyDeleteTaktau pula Diana nak berhenti berblog.
Ayam ni mesti ramai peminat kan?
W'salam kak Zana...
Deletetulah kak.. tiba2 je tak sihat... aishh.. takde maknanya ada isi kak... dah tua2 ni nak tutup kilang dah kalau boleh hehe... harap2nya takde lah.. ni pun dah ada tanda2 nak dtg bulan.. kompem takde.. hehe...
a'ah kak.. entry dia yg terakhir kata itu mungkin entrynya yang terakhir... harap2 selepas dah selesai semua urusannya.. Diana akan berblog semula...
Syukur Alhamdulillah dah sihat seperti biasa ye Madihaa.
ReplyDeleteSedapnya nampak ayam laksamana tu,nanti bolehlah cuba resepi ni.
wishing you a speedy recovery madihaa!! nama masakan yg klasik...and suka i tekgok kacang peas atas masakan ayam itu....nice colour combo
ReplyDeletesalam kak ratna...alhamdulillah akak dh ok, skrg ni mcm2 nama resipi kan..
ReplyDeleteLama dah saya tak masak resipi ni. Terima kasih kak sudi mencuba..dan utk Diana juga moga Allah swt permudahkan segala urusa beliau...
ReplyDeleteAssalam ratna,
ReplyDeleteharap dah sihat dan bertenaga seperti biasa..
ayam laksamana nampak sedap dan menyelerakan..boleh masuk list ni..
akak semenjak dua menjak ni macam ketinggalan kapal selam gitu..
apa2 yang terbaru macam tak updated gitu..maklum ler anak tengah exam..:(
alhamdulillah akak dah sihat...dgr2 family lt malaysia pon ramai xsihat musim yerr kak......tgk resepi ni mcm sedapp plakk
ReplyDeleteUwaaa...banyak sedap woo...menggugat banget..konfirm laju meternya ni klu makan...hehe..
ReplyDeleteklu bt menu u aidiladha pasti family suka
ReplyDeletekak ratna..cmg pun dh puji tu.... hehee
Agaknya Madiha terlampau letih kot, ataupun perut masuk angin... biasanya kalau kurang rehat gitulah Amie... tapi syukurlah Madiha sudah okey semula... kesian anak2 kan, kalau kita jatuh sakit banyak urusan rumah tangga yang terbengkalai..
ReplyDeleteIngatkan ayam laksamana tu ada aksesori keris taming sari di sampingnya he he heh gurau aje ye Madiha.
Semoga dah sihat hendaknya :D
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Madiha..
ReplyDeleteDah beransur sembuh ye kak.. Baguslah.. Kalau kita ni tak sihat walaupun sakit kepala jer, rasa susah betul hati sbb bnyk kerja yg tertangguh rasanya...
Ayam laksamana ni klasik lah namanya..hehehe..Tapi tengok bahan2nya tu confirm sedap ni kak..