Monday, October 15, 2012

Ikan Goreng Kerabu Mangga


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?  Semoga kalian semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dalam pelihraanNYA sentiasa. Sekejap aje dah pun berada di tengah2 bulan Oktober... Terasa masa berjalan begitu pantas sekali.. sedar2.. nanti dah masuk tahun baru.  Tahun depan nampaknya rutin harian MaDiHaA sedikit berubah.  Ini kerana kemungkinan besar anak dara MaDiHaA akan bersekolah berasrama.  Hanya anak kedua saja yang bersekolah (tahun 1) di sini.  Jadi tidaklah MaDiHaA terkejar2 balik dari ofis kemudian terpaksa singgah 3 tempat berbeza untuk jemput anak2 sebelum sampai ke rumah seperti sekarang.  Harap2 dapatlah sampai rumah awal sedikit berbanding sekarang.  Tambah2 musim2 hujan macam sekarang ni... hari2 sampai rumah pukul 7 lebih! Nak memasak pun terkejar2 dibuatnya... Tapi kemungkinan kekerapan untuk berada diluar kawasan di waktu cuti pula semakin kerap... yelah.. bila anak dah masuk asrama.. bermulalah sesi melawat anak di asrama pula.. tambah2 baru pertama kali berpisah jauh dengan anak.. faham2 sajalah.. hehe...


Hmm.. oklah cukup membebel yang tak berkaitan dengan resepi... jom MaDiHaA kongsi resepi pembuka selera ni!  Sangat berselera kami makan lauk ni untuk dinner beberapa hari yang lepas.. Sesekali rasa teringin nak makan yang masam2... jadi buatlah lauk 2 in 1 ni... lebih sesuai menggunakan ikan sekor2 yang bersaiz besar/sederhana mcm ikan siakap atau kerapu.. tapi kat rumah masa ni hanya ada ikan tenggiri potong... tekak dah nak makan.. buat sajalah!


IKAN GORENG KERABU MANGGA
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan
3 keping ikan tenggiri (lebih sesuai gunakan ikan seekor spt kerapu, siakap dll)

garam & serbuk kunyit
Minyak secukupnya

Bahan Kerabu mangga
2 biji mangga muda ~ disagat halus
2 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
4 biji cilipadi ~ dihiris halus
2 sudu besar sos ikan nampla
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa (hati2 sebab sos ikan dah masin!)
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris halus
1 biji tomato ~ dipotong dadu (kalau boleh buangkan bijinya)
½ cawan kacang tanah ~ disangai & buang kulitnya

Bahan ditumbuk halus
1 bj cili merah (kalau kecik cilinya letak 2 biji)
½ sudu kecil belacan

  1.   Ikan dibersihkan kemudian gaul garam & kunyit.  Panaskan minyak & goreng ikan agak garing & letak di atas pinggan hidangan.
  2.   Gaul semua bahan2 kerabu & bahan tumbuk & pastikan secukup rasa. Tuangkan kerabu mangga di atas ikan goreng & hidangkan segera.

  Selamat mencuba!

11 comments:

  1. sedapnyer kerabu mangga tuh... dana tak penah bt sndiri, hehehe tkt tak jd...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... kak..
    kejap je lagi dah cuti sekolah kan... :) anak2 plak sibok nak balik kg ni.. hehehe.. :)
    kak.. nani penah tengok resepi ni.. baba nyonya resepi.. kerabu mangga ikan ape tah.. dia goreng crispy2.. lepas tu tuang kerabu mangga atas tu.. sedapnya kak.. :)

    ReplyDelete
  3. salam madihaa, mmg liza suka mkn cmni, tp biasanya order kat kedai je....ekekekeke

    ReplyDelete
  4. salam kenalan kak madiha...baru last week zila wat juga kerabu mangga ni,,makan dgn ikan goreng, nasi panas jugak...selera...

    ReplyDelete
  5. cukuplah lauk ni Madiha... terliur kita tengok!

    ReplyDelete
  6. suka ikan tenggiri...
    bagus juga letak kerabu mangga atas ikan tuh..lagi berselera nak makan.....

    ReplyDelete
  7. kak .. saya x pernah terfikir nak buat kerabu mangga dengan ikan grg macam nie .. sedapp nyee kak ! ...
    mengiurkan !!! ;))

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Ratna...
    kalau hari2 hidang mcm ni konfirm badan sentiasa sihat..ahaksss

    ReplyDelete