Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hari ni jalan begitu lengang! Keluar rumah jam 8 pagi sampai ofis 8.15 minit! Wahh.. kalau begini setiap hari alangkah bahagianya... Kebiasaannya dimusim cuti sekolah wajib keluar anggaran 1 jam sebelum waktu ofis 8.30 pagi. Kalau hari persekolahan pula.. wajib keluar rumah sebelum pukul 7 pagi.. atau awal 1 jam 45 minit. Kalau keluar lewat 5 minit dari biasa.. jawapnya anak2 akan lewat juga ke sekolah... tapi bukan lewat 5 minit.. silap2 boleh lewat 20 minit! Jem di waktu puncak dah menjadi kebiasaan.. itu belum lagi kalau ada kemalangan kecil atau kereta rosak di jalan raya... Tapi hari ni disebabkan ramai yang ambil cuti kerana esok adalah cuti hari krismas.. maka jalan tersangatlah lengang! Begitulah rutin hidup di bandar. Dah lali dengan lalu lintas sebegini. Kenyang makan jem tapi malangnya takde pulak roti... hehehe...
Oklah.. pagi2 dah membebel kan.. jom nak kongsi resepi harian yang mudah ni...
Ikan Goreng Pedas Bercuka
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
2 ekor ikan cencaru saiz besar (boleh guna apa2 ikan) ~ "dibuang jaket" cuci bersih & tos, gaul garam kunyit & goreng (MaDiHaA potong 3 tiap sekor)
1 biji timun saiz kecil ~ dipotong memanjang (bahagian biji dibuang)
Minyak masak secukupnya
garam & serbuk perasa (jika suka) secukup rasa
1 - 2 sudu kecil gula
2 sudu besar cuka makan
1/2 cawan air
Bahan tumbuk halus
25 - 30 biji cili padi (Ikut pedas)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cara Menyediakan
Panaskan minyak & tumis bahan2 tumbuk hingga garing & pecah
minyak. Masukkan air, garam, serbuk perasa, gula & cuka. Masukkan timun hiris. Kacau rata. Rasakan biar secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan goreng td & gaul mesra. Bi sebati & bolehlah matikan api & hidang.
Selamat mencuba!
Ye lah kak.. jalan raya hari ni lengang jer.. rasa seronok pula memandukan :D
ReplyDeleteBerasap makan sambal pedas... tapi itulah pembuka selerakan :D
kita pun laju jer sampai ofis hari ni. Seronokkan kalu selalu macam ni...
ReplyDeleteIkan goreng bercuka tu nampak selera kalau makan ngan nasi panas2.. mesti laju gak menyuap.. hehe
kalau menu ni, nani wat kan.. sekejap je kak.. abis selesai.. hakimi suka sambal ijau2 gini.. dia makan ngan nasi panas.. berkali2 dia tambah.. hehehehe.. :)
ReplyDeletehari ni pun tak jem.. best sangat bawa kete.. smooth and steady je.. :D ahakkksss..
time cuti sek mmg laju jew kak..kita pun suka..tinggal bbrapa hari jew nie lenggang..pasni jawab..h ehhe
ReplyDeletemkn dgn nasi panas ..uiiss sedappp nie kak..:)