Assalamualaikum & salam sejahtera...
Terasa badan sedikit letih hari ni sebab malam tadi baru sampai dari kampong kerana menguruskan segala hal berkaitan persekolahan kakak Dini di Raub. Alhamdulillah dah selesai bab bayaran yuran persekolahan dan lain2 yang berkaitan.. buku pun dah siap dibeli & buku teks pinjaman pun dah dapat. 1hb Januari nanti kami ke Raub lagi untuk hantar kakak Dini yang akan tinggal di asrama di sekolah menengah agama di sana. Harap2 semuanya akan berjalan lancar.. kecuali air mata ibunya yang cengeng ni tak payahlah lancar ye... hehe.. adeeii.. macamanalah ye nak hadapi berpisah dengan anak buat pertama kali ni.. Macam2 perasaan pun ada ni.. risau ada, sedih pun ada.. harap2 kakak Dini boleh bawa diri & pandai berdikari bila tinggal di asrama nanti & ibu harap kakak Dini dapat belajar dengan lebih baik & teratur di sekolah baru nanti. Yelah.. bila dah masuk sekolah menengah ni semua akan bersekolah baru.. tapi yang bersekolah berdekatan rumah tu masih tinggal di rumah bersama ibu bapa mereka jadi takdelah terasa sangat kan. Yang nak kena tinggal di asrama ni yang sedikit membimbangkan keluarga tambah2 lagi jarak yang agak jauh. Ibu hanya mampu berdoa semoga semuanya dipermudahkan & diterangkan hatimu untuk menimba ilmu dunia & akhirat di sana kelak.. amin..
Oklah hari ni sekadar nak berkongsi pencuci mulut atau kuih yang kakak Dini minta buat baru2 ni masa kami ber'gathering' iaitu Puding Kastard Jagung. Resepi ni dah acap kali dibuat. Alhamdulillah memang sedap. Terima kasih Ana Elianas yang berkongsi resepi di fotopages dulu.. katanya resepi dari makngahnya.. Makan sejuk2 memang best sangat puding ni. Nama asalnya ialah Puding Jagung.. tapi memandai MaDiHaA tambah perkataan kastard tu.. sebab tambah perkataan kastard tu untuk membezakan puding berasaskan kastard dengan puding berasaskan agar2.. sori ye Ana.. mintak halal Ratna share resepi di blog ni ye.. terima kasih..
PUDING KASTARD JAGUNG
Resepi : Ana Elianas
Sumber MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahannya:-
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad
Cara :-
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL (nak wat susu lain pun boleh...tapi jenama ni cam wangi jer puding tu)
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad
Cara :-
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
Selamat mencuba!
Amboi cantik berkilat puding jagung kastad ni... oleh cuba ni kak ratna.. anak2 suka sangat kalau berasaskan jagung ni :D
ReplyDeletepzah suka sangat puding jagung ni.pernah buat aritu tak jdai.huhu.nnti nk try lg la
ReplyDeleteIni my favourite sejak zaman kanak2x lagi.....until now saya suka jagung kastard!!
ReplyDeletealahai, berpisah sementara ya kak Madiha, mudah2an dipermudahkan Kak Dini menuntut ilmu dalam berjauhan dengan si ibu..
ReplyDeleteAslmkum Ratna.
ReplyDeletesuka tengok mcm2 makanan kat bawah.....seronok bila kumpul bergini.
kak Dini sek asrama kat Pahang ke....moga k.Dini cepat sesuaikan diri si sek baru.
salam madihaa, ni peberet Liza tp dah lama xmkn...Liza salin resepi dulu ye, thnx
ReplyDeletepestime mmg sedeyy kak..x per lps nie ok la tue..dulu2 zila nk masuk asrama pun sama..asik ingat kg jew..tp bila dh ada ramai kawan heppy..mak jew yg sedeyy..nie kita dh jadi emak baru tau..kesedihan tu..:)
ReplyDeleteassalam k.madiha
ReplyDeletelama x buat dan mkn puding jagung dulu rajin jg sb sil suka mkn.
oo kakak Dini duk asrama nanti, mesti sedih he he mcm sy dulu dkt sbln jg meleleh airmata teringat kat mak..
tp bagus sb nanti pandai berdikari, ank sy pun kalu blh nk tp kan lecehnya sb dia x mkn nasi emmm mcmna kan ..
Assalamualaikum dan salam perkenalan, saya ni baru masuk dunia blogging ni.. tapi saya nak cakaplah kan texture puding ni nampak 'spot-on' betul. Makan dgn teh pun sedap kan sbb kan campuran elemen sejuk dan panas..
ReplyDeleteAlhamdulillah mesti seronok anak berpeluang masuk ke asrama. Moga masa hadapannya akan sentiasa cerah Insha'Allah..
So shiny, mesti sedap! PH teringat zaman dulu masa first time masuk asrama. Sedih tau! Tapi itu pengalaman yang baik sebab boleh belajar berdikari untuk menghadapi cabaran pada masa depan. I wish your daughter all the best!
ReplyDeletesalam Madihaa..
ReplyDeletenampak cantik puding tu akak lama jugak tak buat mesti di try lagi ni, sebut pasal pperpisahan dengan anak2 biasa lah akak dulu pun mmg gitu jugak tpi lama2 dah biasa lah, lagi pun akak jauh sangat hanya doa je mampu mengiringi anak2 yg jauh semoga sihat walafiat dan didalam rahmat ALLAH hendaknya kan..
alahai kak, kuih pujaan ni,dah lama tak buat
ReplyDeletesy salin resipinya kak...insyaallah sy cuba merajinkan diri mlm ni, bhn semua dah ada...
ReplyDeleteresepi nie x pkai agar2 kew??? klu pkai agar2, pkai agar2 serbuk atau yg timbang tu?
ReplyDeletenampak cam sedap n simple jer..
ReplyDeleteNurain Mohd Laffi: resepi ni tidak gunakan agar2.. hanya tepong kastard bahan utk 'mengeraskan' puding ni.. dalam resepi pun tiada dinyatakan sebarang penggunaan agar2...
ReplyDeleteknp sy buat jadi lembik
ReplyDeleteMenjadi! Sedap! Saya takde susu ideal, pakai fresh
ReplyDeleteMilk pun ok jugak. Masak tu amik masa 15 minit. Berapa lama akak masak tu ya?
salam. akak, smlm saya buat kasted ni ikut resipi akak. menjadik ;-) mekasih ea share resipi. tp sy guna 1cwn tpg, 3/4 cwn gula sbb tanak manis sgt. bkilat mcm kasted akak. maceh.
ReplyDeletekak madihaa,
ReplyDeletethanks for the resepi..sy sempat buat pagi td lps sahur..
http://mytravelmyfood.blogspot.com/2013/07/puding-jagung-lemak-berkrim.html
Saya dah cuba memg jadi siap bawa gi niaga....sedap sgt
ReplyDeleteTpung kastard tu 1cwan stgah ke?
ReplyDeleteNak tnya tpung kastard tu 1cwn stgah ke?
ReplyDeleteSalbiah Azma : betul 1 cawan setengah.. maaf lambat reply sebab terlepas pandang..
ReplyDeletekak madihaa, nak tanye,klu jagung tu, kite pakai jagung yang biasa boleh tak?jagung mentah yang utk buat sweet corn tu?
ReplyDeletekak madihaa, nak tanye,klu jagung tu, kite pakai jagung yang biasa boleh tak?jagung mentah yang utk buat sweet corn tu?
ReplyDeleteSaya dah cuba alhamdulilah budak asrama pum suka :-)
ReplyDeleteSalam.akak minta share. Semalam menjadi.sedap sangat......terima kasih atas resepi..
ReplyDeletegoogle puding jagung ke bawak ke sini..mesti sedap dan senang jadi kan..TQ sesangat nak buat untuk berbuka kejap lagi
ReplyDeleteNak cuba buat mlm ni
ReplyDeleteSaya dh cuba ikut resepi akak. Tp x menjadik. Tak mengeras langsung. Xtau la slah kat mana. Hehe. Nasib baik la husband suka jagung., even tesktur mcm mushroom soup, dia still makan.
ReplyDeleteSaya dh cuba ikut resepi akak. Tp x menjadik. Tak mengeras langsung. Xtau la slah kat mana. Hehe. Nasib baik la husband suka jagung., even tesktur mcm mushroom soup, dia still makan.
ReplyDeleteSalam kak. Sy dh cuba resepi akak & menjadi. Suami kata sedapppp...tq for sharing ya
ReplyDeleteTq for sharing & nak share resepi ni... sedap & jadi elok je alhamdulillah.
ReplyDelete