Thursday, January 31, 2013

Pulut Kuning Berhias 2 Tingkat *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Semalam dah mengomel panjang... hari ni pendek jelah ekk.. hehe.. Pagi ni nak kongsi gambar2 pulut kuning yang ditempah customer baru2 ni.  Pulut kuning 2 tingkat berhias seadanya.  Customer tak bagitau nak yang macamana.. cuma cakap nak pulut kuning 2 tingkat dan untuk majlis hari jadi kakaknya.  Terima kasih ye sudi order.  Pulut ni dibuat dalam 2 saiz iaitu 10 x 10 inci dan saiz 8 x 8 inci & kuantiti beras pulut yang digunakan ialah 4.5kg.  Memang tinggi pulutnya.. setinggi loyang yang digunakan. Masa ambik gambar ni tak dapatlah nak pasangkan kaki nya tu sbb pulut ni nak letak dalam kotak (dlm kotak kek jadi pulut lebih selamat & bersih gitu kan..) so.. customer kenalah pasang sendiri tiangnya tu (ada dibekalkan sekali).  Yang atas tu bahagian atasnya & gambar bawah ni untuk bahagian bawah :-)


Pada sapa2 yang nak order pulut kuning berhias seumpama ini bolehlah hubungi MaDiHaA ye.. terutama bagi yang tinggal berhampiran (lokasi di PJ).  Tapi kena self pick up atau boleh juga nak jumpa di mana2 meet point dengan sedikit cas kos penghantaran.  Harga di kira ikut kuantiti pulut yang digunakan. Jika nak pulut kuning dilapisi serunding daging atau ayam juga boleh diusahakan tapi dengan harga yang berbezalah ye sebab serunding pun harganya agak tinggi.  Kalau tanpa serunding macam dalam gambar ni.. harga lebih murah.  MaDiHaA boleh dihubungi di 019-3171150.  Terima kasih...




Jumpa lagi...

Wednesday, January 30, 2013

Double Cheese Delight Bun






Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Dah lama MaDiHaA tak meroti... bermakna BM tu pun dah lama jugalah mengganggur tak diberi kerja.. asyik tidor je dia.. hihi... Tak boleh nak salahkan BM sebab tuan dia yang malas... dulu waktu belum ada pembantu sibuk bagi alasan malas nak meroti sebab takde BM... Tapi bila dah ada BM... pun malas jugak.. apa cer? hihi...
Oklah.. harap2 tahun 2013 ni tuan dia lebih rajin dari tahun2 yang lepas.. yelah.. kalau beli roti kat kedai bakeri tu bukannya murah wehhh... takde dah kot roti yg harga RM1.  Semua seringgit lebih belaka... hingga ke harga dua ringgit lebih pun ada... ini harga roti jenis bun lah ye.. kalau roti jenis yg lain tu lagilah mcm2 harga ada...
Oklah cerita pasal roti ni.. sebenarnya bukanlah rajin sangat nak buat roti.  Buat roti ni pun kes nak perhabiskan lebihan topping creamcheese masa MaDiHaA buat Snow Cheese Cake tempohari.  Sebab apa tak habis tu? Tulah dia... sebabnya memang MaDiHaA sapu sikit2 jer pada kek & juga di tengah2 kek.  Sebab utama buat macam tu sebab kan dah cerita hari tu.. MaDiHaA kurang suka dengan rasa krim yang kuat sangat rasa susu.  Tambahan pula bila digandingkan dengan kek yang manis & cheddar cheese yang masin buat tekak MaDiHaA seakan nak menolak pulak... sebab tulah ada banyak lebih topping tu.  


Nak tau apa jadi pada topping tu bila MaDiHaA letak dalam peti sejuk? Ia mengeras & jadi kenyal2 gitu... mungkin sebab dah bercampur dengan susu pekat manis & tekstur dia jadi macam tu.  Bila tengok krim tu jadi macam tu.. terfikirlah nak buat apalah dengan topping ni.  Kalau dibiarkan lama2 dalam peti sejuk tu nanti semakin malas nak diapa2kan & akhirnya jadi habuan en. tong!  Sesuatu yang MaDiHaA paling tak suka bila sebut bab2 membazir ni..  pantang tauu... Mungkin sebab dah dibiasakan sejak kecil oleh arwah ayah dulu.. hingga kini MaDiHaA memang terikut2 cara arwah.  Arwah cukup pantang anak2nya membazir.  Kalau makan roti... kepala roti yang warna coklat tu pun arwah paksa suruh makan.  Roti slice dulu2 bukan macam roti sekarang, lembut & gebu. Roti dulu2 kalau bahagian kepala tu keraknya keras & terasa pahit sikit... itupun pantang anak2 dia buang bahagian kerak tu.. hehehe... Jadi sekarang ni MaDiHaA pun ajar anak2 macam tu jugak.  Kalau buat sandwich MaDiHaA guna je (di kapitkan sekali) roti bahagian tepi kiri atau kanan (bahagian end yang warna coklat tu) & bagi je kat anak2.  Roti pulak tak pernah la nak dipotong2 keliling roti konon nak bagi cantik padahal perbuatan begitu hanyalah satu pembaziran.  Ada sesetengah ibu2 suka potong bahagian keliling tepi roti bila sediakan sandwich atau roti planta kononnya anak2nya tak suka bahagian tu.  Yang anak2 tu tak suka sebab siapa? Bukan sebab awak sendiri yang dah ajar dia dari awal? Fuhh.. tiba2 lak emosional bila cerita pasal membazir... kekekeke... yelah.. kan ke bahagian tu pun boleh dimakan juga. Takde beza pun rasa dia..


Oklahlah kita berbalik pada tajuk asal ye.. mari MaDiHaA share resepi roti yang sangat istimewa ni.  Seperti yang MaDiHaA katakan dalam entry Snow Cheese Cake tempohari MaDiHaA kurang suka cheddar cheese digandingkan dengan kek yang manis tetapi bila digandingkan dengan roti sebegini... alhamdulillah tekak MaDiHaA boleh terima.  Alhamdulillah juga en. suami pun suka juga dengan roti ni.  Berketul2 jugalah dia makan sebagai sarapan setiap pagi sepulang dari kerja malam.   Senang kerja bini dia sebab tak payah sediakan sarapan lain dah bila ada roti ni.. hihi..  Roti ni dapat agak banyak.. jadi berhari2 jugalah jadi stok sarapan & minum petang kami berdua sebab anak2 MaDiHaA Haziq & Alin memang kurang sikit makan roti2 bun macam ni kecuali roti yang ada sosej baru laju.  Hanya kakak Dini je yang boleh geng dengan ibu dia... bila kakak Dini takde.. lambat sikitlah roti ni nak habis.. hihi..  Lepas ni kena godek2 lagi cari resepi roti atau lain2 resepi yang menggunakan cheddar cheese.  Masih berbaki lagi cheddar cheese dalam peti sejuk tu... bimbang pulak ia rosak..

Untuk resepi ini MaDiHaA dah kecilkan sukatannya dari resepi asal yang menggunakan 1 kg tepong.  MaDiHaA hanya buat 500 gm tepong je & dapat dalam 17 ketul bun.  Terima kasih pada kak Paty atau kak Fatimah Jasmen yang berkongsi resepi yang istimewa ni.  MaDiHAa mintak izin kongsi di blog MaDiHAa pula ye... Maaf sebab MaDiHaA dah kecilkan sukatan bahan2 untuk memudahkan kawan2 yang nak mencuba.  


Bahagian topping tu sedap & rangup bila kita makan roti ni time panas2 atau suam2.. memang sedaplah.. Bila dah sejuk.. topping tu jadi lembut tapi rasa tetap sedap.. 

DOUBLE CHEESE DELIGHT BUN
Sumber 1 : Patyskitchen
Sumber 2 : MaDiHaA aka Ratna
For The Dough
500 g bread flour
135 g sugar
6 g salts
15 g milk powder
50 ml egg yolk
6 g instant yeast
5 g bread improver
25 g cream cheese
50 ml fresh milk
215 ml water
50 g butter

Mix all ingredients till smooth dough, then fold in butter and mix again till smooth. (MaDiHaA uli gunakan BM)
Remove dough from mixture and shape into a ball.
Divide the dough into 55 g portions.
Roll each portion into a ball. Cover the balls of dough and leave to rest for 10 minute.


For The Filling (MaDiHaA guna lebihan topping cheesecream dari Snow Cheese Cake tempohari)
300 g cream cheese
150 g UHT cream
 
Mix cream cheese till smooth then fold in cream and mix well. Set a aside

For The Topping
75 g shortening
50 g caster sugar
75 ml water
50 g plain flour
25 g cornflour
125 cheddar cheese


Mix sugar and shortening until sugar dissolved. Add in water. 
Fold in flour and mix until it form into smooth paste





To shape the buns:.
Flatten a ball of dough with the palm of your hand.
Place a ball of filling in the centre of the dough.
Gather the edge and pinch to seal. (Be sure to seal well or the filling will leak out during baking.)
Pat into shape and place on a greased baking tray.
Repeat with remaining portions of dough.
Place each bun about 7.5 cm apart on the baking trays.
Grated the cheddar cheese on top of the bun. (MaDiHaA  letak/tabur cheddar cheese selepas roti diperap/naik)
Prove for 45 min in a warm place.
Pipe the topping on the buns in a spiral, starting from the centre.
Bake in preheated oven at 200 deg C for 12 to 15 min or until buns are lightly brown. 




Selamat mencuba!