Friday, January 4, 2013

Brownies Nougat

Assalamualaikum & salam Jumaat yang penuh keberkatan....


Apa khabar semua? Harapan MaDiHaA semoga semua pun berada dalam keadaan sihat walafiat.  Sudah 4 hari kita berada dalam tahun 2013.  2012 sudah pun meninggalkan kita dengan seribu kenangan manis dan pahit... segalanya akan tersimpan kemas dalam diari ingatan masing2 yang tak mungkin dapat dilupakan.  Apa2 pun marilah kita berdoa semoga tahun 2013 adalah lebih baik dari tahun2 yang lalu hendaknya... amin..

Awal 2013 bagi MaDiHaA pula suasana agak berbeza dari tahun2 yang lepas kerana seorang anak terpaksa berjauhan dari kami sekeluarga buat sementara waktu atas tuntutan menuntut ilmu.  MaDiHaA tahu MaDiHaA tidak keseorangan kerana sudah pasti ramai kawan2 yang lain juga lalui keadaan yang sama.    Cuma bagi MaDiHaA yang baru tahun ini merasai atau melalui pengalaman hidup berjauhan dari anak terasa agak sedih juga.  Biasalah kan.. 12 tahun dia bersama kita.. tiap2 pagi hantar dia ke sekolah.. pendek kata ke hulu ke hilir dia sentiasa bersama2 kita.. kini tup2 dia terpaksa berjauhan dari kita untuk meneruskan persekolahannya serta belajar hidup berdikari.  Hati manalah yang tak sedih...tambah pula dia baru saja nak masuk 13 tahun.. antara percaya dengan tidak percaya je nak lepaskan dia berdikari... harap2 dia boleh biasakan diri dengan keadaan di asrama tu... maklumlah kan banyak perkara harus dilakukannya sendiri...

Tapi alhamdulillah.. Allah s.w.t cekalkan hati MaDiHaA kali ini dan semasa bersalam buat kali terakhir sebelum meninggalkannya di asrama tempohari.. tiada setitik pun air mata yang menitik walaupun sebenarnya di dalam hati terasa amat sebak nak meninggalkannya.. begitu juga dengan kakak Dini.. dia nampak cool saja (tapi dalam hatinya kita tak tahu lah kan..) syukur alhamdulillah.  Tapi yang agak menghibakan kami selepas 5 minit kami meninggalkan perkarangan asrama/sekolah kakak Dini di Pahang... tiba2 saja adiknya Haziq menangis teresak2 hingga sukar nak dipujuk sebab terlalu sedih meninggalkan kakaknya.  Waktu tu barulah MaDiHaA tak dapat menahan sebak lantas pecah juga empangan yang ditahan2 sebelum itu.  Hingga ke hari ini.. sudah 3 malam kakak Dini tidor di asrama & 3 malam juga adiknya Haziq tidor dengan frame gambar kakak Dini.  Harap2 janganlah sampai adiknya demam gara2 terlalu rindukan kakaknya...


Oklah.. panjang pula berceloteh berkongsi cerita keluarga... Nak buat macamana kan.. blog salah satu medium untuk meluahkan rasa. Lagipun menulis di sini sedikit sebanyak boleh juga dijadikan kenang-kenangan...

Oklah untuk resepi hari ni MaDiHaA nak berkongsi resepi yang dah lama dicuba ni.  Resepi yang dikongsi oleh Za (maaf tak jumpa cari link) yang MaDiHaA ambil dari blog Kak Hajah Ummi Zaihadi iaitu Brownies Nougat.  Terima kasih buat kedua2nya ye.. Resepi kat bawah ni dapat sikit je tau... jadi pastikan gunakan acuan yang kecil.. MaDiHaA dah tersalah pilih acuan agak besar berbanding adunan jadi brownies jadi agak nipis.. Jadi terpaksa MaDiHaA stack jadikan 2 lapisan... maka begitulah hasilnya... hehehe...

Brownies Nougat
Resepi : Za

Bahan:-
150 ml putih telor
100 gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh ovallete
125 gm tepung gandum
100 ml butter (dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko


Topping:-
50 gm butter
25 ml susu pekat manis
almond nib (panggang)


- Pukul butter dengan susu pekat manis dan letak almond nib.


Cara Membuat:-
Pukul putih telor hingga kembang, kemudian masukkan butter, gula halus, cream of tartar, esen vanila dan ovallete. Pukul sebati. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat berselang seli. Didihkan air dalam periuk kukus dan kukus hingga masak.
Setelah diangkat dan sejuk, bolehlah disapu pada permukaan brownies dengan topping. Taburkan badam di atasnya. (selepas membancuh topping, MaDiHaA gaulkan terus badam di dalam toppingnya kemudian barulah disapukan di atas brownies)
Selamat mencuba!

13 comments:

  1. slmt thn bru Kak Madiha..

    alahai siannya Haziq..mereka bdua mmg rapat ker kak..syg sgt nmpknya Haziq kt kakaknya tu..

    brownies ni nmpk sedap la..QH nk amik resepi ye kak...tq

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak...

    kesian haziq.. sedih kan tengok suasana camtu... wah macamana la na hadapi nanti...

    kak..pahang kat mana?

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ratna...pertama kali nampak brownie nougat ni...memang menggiurkan...nanti nak try la...

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan,

    Teringin pulak nak cuba resipi ni. Madiha guna acuan apa?

    ReplyDelete
  5. Tabahkan hati Madiha... (alahai... Amie sendiri pun belum sampai hati lepaskan anak jauh dari mata..., tapi memang akan dilalui jua.
    Brownies nougat tu nampak sedap sangatlah Madiha, nak buat gtak larat, nak minta dengan Madiha jauh sangat...

    ReplyDelete
  6. arghhh...sedapnya, syg nak mkn tue

    ReplyDelete
  7. alahai sedapnyer kak, kalu dana berjiran ngn akak mmg senang tul, hari2 blh oder2 mcm2 makanan...

    sian nyer si adik tu rindu kt kakak dini nyer... sampai tido ngn frame lg, takde ke baju kakak dini nyer kak, cube di bg bt tido

    ReplyDelete
  8. salam Madihaa, akak harap Madihaa bersabar lah ya, begitu jugak dengan Haziq wlaupun tidur bertemankan frame gambar, insyaallah lama2 pasti trbiasa sebab demi anak2 kita mesti berkorban macam2 hati dan perasaan..

    berbalik pada brownies nougat tu mmg sangat menarik akak macam nak buat juga ni,tapi sayang tkde almond nib lah pulak yang lain dah ada ni,insyaallah pasti nak buat jugak dan izinkan akak copy resepi ya..

    ReplyDelete
  9. assalam
    betul tu luahkan je x salah sekurang-kurang lega sikit kan
    lama2 biasalah nanti anak2 kita
    kalu boleh ay pun nak hantar anak2 duk asrama tp keadaan x mengizinkan bukan apa dari pengalaman sy lah elok sebenarnya sb anak2 blh berdikari (mcm sy dulu he he)

    ReplyDelete