Yok sarapan dengan Kaswi Kacang Hijau ni... rasa yang unik terbit dari aroma daun pandan dan tepong kacang hijau itu sendiri...
sila klik gambar untuk besarkan gambar..
KASWI KACANG HIJAU
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
100 ml santan pekat
480 ml air daun pandan (dari kisaran 6 helai daun pandan)
160 gm tepung beras
80 gm tepung sagu/ tepong ubi)
80 gm tepung gandum
70 gm tepung kacang hijau
½ penutup pewarna kuning
½ penutup pewarna hijau epal (jika perlu)
Bahan B
100 ml santan pekat
600 ml air
200 gm gula pasir
100 gm gula melaka
Bahan Tambahan
Kelapa parut (parut putih)
sedikit garam
Cara2nya
1. Masak bahan2 B (kecuali santan pekat) hingga gula hancur. Padamkan api dan tapis. Masukkan santan pekat dan kacau rata. Biarkan suam/sejuk sebentar.
2. Bancuh kesemua bahan2 A hingga rata. Kemudian masukkan bancuhan bahan B lalu ditapis.
3. Sementara itu panaskan acuan lompang (yang telah dilengser dengan sikit minyak) dalam periuk kukusan.
4. Masak sebentar bancuhan tadi (dlm kuali besar) sehingga naik wap & terus tutupkan api. (jgn sampai jd pekat)
5. Tuangkan dlm acuan lompang yg telah dipanaskan atau boleh juga di masak di dalam loyang besar dan kukus selama 20 minit bagi acuan lompang / 1 jam untuk acuan besar atau sehingga masak.
6. Sejukkan sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yg digaul sedikit garam.
p/s: adunan ni dapat agak banyak.. untuk keluarga kecil sila bahagi dua resepi yang diberi ye...
Selamat mencuba!
Assalamualaikum Madihah,
ReplyDeletenmpk sedap kaswi kcng hijau ni, Yatie ingatkan guna kacang hijau yg direbus..rupanya guna tepung kacang hijau..lagi senangkan....tq berkongsi resepi..leh cuba ni..
Wa'alaikumsalam Yatie..
Deletea'ah guna tepong je yatie... lebih senang kerja di dapur.. nanti leh la yatie cuba.. kot2 menepati citarasa..
Br 2 hari lps atie masak kuih kaswi..tp lam loyang jer xrajin nk pakai acuan(^_^)
ReplyDeleteguna loyang lagi senang kan atie.. akak pun kengkadang guna loyang je... bila tiba mood rajin sikit baru guna acuan kecik2 tu..
Deleteakak belum pernah buat lagi ni, wah banyaknya guna tepung 4 jenis tu kan, cuma yg takde tepung kacang hijau tu je, lebihan buat crepe dulu mmg masih ada segala jenis tepung, mesti nak kena try ni thanks Madihah kongsi resepi ...
ReplyDeleteBagels tu dah baca lagi sekali baru faham heee biasalah kelam kabut nak mengomen tak sempat nak membaca,insyaallah tunggu time santai akak cuba jugak tu..
a'ah akak.. 4 jenis tepong.. tp semua tepong tu mudah nak cari.. kedai runcit pasti ada.. dah cuba nnt bagitaula ye sedap ke tidak.. hehehe...
Deletere: ok.. dah study resepi nanti boleh la kak noor cuba plak.. hihi.. resepi diet tu kak...
mesti best kaswi kacang hijau nikan, taruk kelapa banyak2 lagi best!!
ReplyDeletekelapa parut lebih memang wajib! hehe...
DeleteAduh sedap nya kak ratna.. dah terliur ni... meleleh jer :D
ReplyDeletesabar sabar.. nanti yati buat ye...
Deletekaswi kacang hijau...sedapnya
ReplyDeletesuka letak banyak kelapa...
samalah akak pun suka kelapa lebih kalau mkn.. kalau dpt kelapa yg muda sikit lagi sedap!
Deleteuisshhh...kaswi kacang hijau...
ReplyDeletetak pernah mkn lagi..
tapi dah tergodaaa sangat...
nak cari tepung kacang hijau la...lalala
hehe... nanti bolela try ye mas.. harap2 kena ngan selera..
DeleteApa khabar Madiha? Lama tak jengah sini. Akk nk buat la kuih ni, brg pun ada. Alaaa...kelapa parut plak tkde:-(
ReplyDeletekhabar baik kak zana..
Deletetakpe kak.. nnt dah ada stok kelapa parut bolehlah cuba.. ;-)
snang la kan kak klu pakai tpg kacan g hijau..boleh dicuba jgk nnt nie..nnt nak cari tpg kacang hujau la:)
ReplyDeletea'ah zila.. senang kerja ada yang segera.. hihi..
Deletehem lezat sekali kaswi kacang hijau ini, makasih panduan dan resepnya.
ReplyDeletesama2 Krido.. slmt mencuba ya!
DeleteSedapnya! Lagi banyak kelapa parut, lagi best!
ReplyDeleteI pun suka kelapa parut lebih Phong..
Deletesedapp nie ..
ReplyDelete1st time dgr nie kak ;)
memang sedap ieda.. lain dari yg lain.. hehe..
DeleteTak pernah cuba kaswi kacang hijau ni. Kat mana nak beli tepung kacang hijau?
ReplyDeletekat kedai runcit pun ada jual Azian..
Delete