Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua....
Sebelum cuti tahun baru Cina baru2 ni.. bos MaDiHaA ada berikan seperdu daun pandan yang sangat subur. Selain MaDiHaA.. diberikan juga pada seorang lagi rakan sepejabat iaitu secretary big boss berbangsa Cina. Terfikir juga kenapa hanya kami berdua je yang dia bagi? Sebenarnya takde unsur2 negatif pun.. ni semua sebab hanya kami berdua je yang agak rajin memasak duduk rumah apartment (opss.. yang sorang lagi duduk kondominium.. hehe) jadi memang sah-sah la kat rumah kami takde tanam daun pandan.. hehe.. Sebelum ni pun memang pernah juga dia bagi. Motif? Bukan nak suruh kami buat kuih sedap2 & bagi pada dia.. hehee... tapi sebenarnya dia sayang nak buang macam tu je daun pandan tu masa operasi membersih kawasan rumahnya. Yelah kan... orang nak sambut tahun baru... mestilah kena bersih2kan rumah sikit. Serupa juga macam kita orang Melayu.. bila nak sambut raya puasa.. mesti semua orang sibuk membersihkan kawasan rumah, cantas2 mana yang perlu, hias laman rumah dengan tambahan pasu2 bunga, tambah gazebo ke, cat pagar & cat dinding rumah, ubah suai perabot & yang berduit lebih tu.. wajiblah tukar perabot baru mana2 yang perlu... itu belum lagi bab tukar langsir baru.. kalau itu.. org perempuanlah yang paling suka.. hehe.. ehh! jauh benor dah melalutnya..
Oklah berbalik pada daun pandan yang bos bagi tu.. terfikir juga nak buat apalah agaknya ye... dalam fikiran ni banyak juga yang dirancang.. tapi dah tau dah.. mesti tak semua menjadi.. heee.. Masa dok ronda2 berblog walking.. ternampak Kak Lin Rosly pos gambar & resepi Kek Santan. Memang dah lama juga teringin nak makan kek santan. Tiba2 pulak rasa teringin & teringat2 kek santan yang ma pernah buat masa zaman sekolah dulu-dulu. Bila tengok bahan2 pun mudah & semua ada dalam simpanan... dah tak tunggu lagi malam tu jugalah MaDiHaA godek.
Bila masak, En. hubby dah suruh potong masa ia masih panas2 tu. Beberapa potong jugak dia makan.. hehe.. Dia memang lebih suka makan kek yang panas2 atau suam2. Kalau dah sejuk memang dah tak berapa nak dilayannya lagi. Sebab tu kek sejuk atau kek yang beraising bagai tak berapa mendapat tempat dihatinya. heee...Owhh.. pasal kek santan ni pula.. memang terasa santan & pandannya. Cuma ianya agak padat sedikit & rasanya.. jika nak mencubanya lagi.. mungkin kena kurangkan sikit sukatan tepongnya. Semasa membuatnya baru2 ni, MaDiHaA telah menambah sebiji lagi telur (konon untuk bagi kek lebih lembut.. hehe) Nampaknya.. resepi ini sama sekali tak sama dengan kek santan yang biasa MaDiHaA makan dulu2. Mungkin belum rezeki MaDiHaA agaknya nak jumpa dengan resepi kek santan yang ma pernah buat. Ma pun dah lupa resepinya sebab resepi hanya ingat dalam kepala. Bila dah lama tak buat terus lupa dek kesibukan dengan macam2 hal lain. Apa2pun.. bak kata Kak Lin.. kek ni bila dimakan waktu panas2 meamng sedap. Nak pula digandingkan dengan teh o atau nescafe.. memang ngamlah. MaDiHaA nak ucapkan terima kasih pada kak Lin Rosly yang berkongsi resepi ini. Resepi asal adalah dari Puan Rohayati Omar Bakee. Terima kasih buat kedua2nya ye. Mohon izin MaDiHaA kongsi di blog MaDiHaA pula ye...
KEK SANTAN
Resepi Asal: Puan Rohayati Omar Bakee
Dicuba Oleh : Linrosly & MaDiHaA
Bahan-Bahan:-
400 gram tepung gandum360 gram gula pasir (MaDiHaA kurangkan sukatan gula takmo manis sangat)
350 ml santan
50 ml air daun pandan* Kak Lin guna perasa pandan dan pewarna hijau (MaDiHaA guna kisaran 10 helai daun pandan)
4 biji telur gred A (MaDiHaA tambah lagi sebiji & jumlah 5 biji)
4 sudu teh serbuk penaik
1 sudu minyak* disapu pada Loyang (MaDiHaA sapu dengan marjerin pada loyang kemudian taburkan sedikit tepong & ketuk2kan lebihan tepong tadi)
Cara:-
1. Pukul gula dan telur hingga kembang2. Masukkan santan, air daun pandan dan kacau sampai sebati
3. Masukkan tepung dan kacau lagi
4. Akhir sekali masukkan serbuk penaik dan gaul rata.
5. Sapu loyang dengan minyak dan masukkan adunan kek
6. Bakar pada suhu 180 darjah (MaDiHaa guna suhu 175C) selama 45 minit.
Selamat mencuba!
as-salam
ReplyDeletelook so yummy…
Nampaknya adalah gang kami ye Madiha... Amie & hubby pun suka makan kek yang baru keluar dari oven macam hubby Madiha juga... he he hehh! Belum pernah cuba kek santan ni Madiha, tentu lemak -pemak rasanya kan Madiha..
ReplyDeletesuka bau pandan...sedapnya tengok bahagian atas kek yang terbelah tu...itu yang dimakan dulu
ReplyDeleteterasa bau pandan tu kat sini....hehehe. Kek ke kuih ke....yg ada aroma pandan....saya suke!!!
ReplyDeletehhmmm.. terbau2 je sampai sini..
ReplyDeleteBaru teringat... hari tu balik kg ingat nak ambil daun pandan yg banyak kat rumah emak tapi terlupa pulak. Suka letak daun pandan semasa masak nasi.
ReplyDeletedaun pandan tu kalau letak dalam air tepi sinki mesti harum semerbak jer bau dapurkan...
ReplyDeletesaya pun suka makan kek panas2, berkeping2 boleh masuk perut.. hehe
salam madihah. Cakap pasal daun pandan ni, bundo tengah berkira-kira nak membuang beberapa rumpun pokok pandan yang merimbun di belakang rumah. Bila banyak sangat, nampak menyemakkan.
ReplyDeleteAnyway, your cake looks really good. Soft and spongy. Bak sepotong..
salam Madihaa
ReplyDeletesedap nmpak nya kek santan mesti rasanya berlemak2 gitu kan, belum pernah try kek yg ada santan ni mesti ada kelainan sikit dari biasa kan Madiha..
Salam bertemu kmbali disni..muahhh...bru blajar nk berblog wlking smula..menarik kek santan Madiha tu..
ReplyDeleteErmmmmm...wanginya aroma santan dan daun pandan... sedapnyaaa!!
ReplyDelete