Friday, March 15, 2013

Hokkaido Chiffon Cupcake

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Apa khabar semua? Sempena hari Jumaat yang mulia ini mari kita sama2 titipkan doa buat perwira negara yang sedang bertugas di Lahad Datu sana.  Semoga mereka semua sentiasa di bawah lindunganNYA & dapat menjalankan tugas menjaga keamanan negara dengan selamat.  Moga segala kemelut yang berlaku segera berlalu & dapat diselesaikan tanpa perlu ada lagi pertumpahan darah.  Terasa sayu & sebak hati tiap kali menatap berita & gambar2 di akhbar saban hari... semoga keluarga perwira negara yang telah terkorban sentiasa bertabah hati & redho dengan pemergian suami2 yang mereka kasihi.  Begitu besar jasa mereka.. mempertaruhkan nyawa sendiri demi keamanan negara.. demi kesejahteraan penduduk di Lahad Datu khasnya... Ya Allah.. kau permudahkanlah segala urusan perwira-perwira negara di sana.. Amin...

Bercerita pasal resepi untuk hari ini...  kali ni nak tayang pula resepi yang tak kurang hebatnya menular di serata dapur blogger2.. MaDiHaA? Macam biasa sentiasa ketinggalan keretapi. hehe.. Godaan demi godaan.. boleh dikatakan dah berderet juga ambil & simpan resepi setiap kali kawan2 tayang kat blog mereka.  Akhirnya... tewas juga daku... hehe...



Terima kasih kawan2 yang pernah menggoda dengan kek Hokkaido yang menawan ini.. Seingat MaDiHaA orang pertama yang menggoda dulu ialah Ika@kurniaanmu.  Oleh kerana terlalu banyak resepi yang disimpan... MaDiHaA ambil keputusan untuk mencuba resepi yang paling latest MaDiHaA ambil iaitu dari Nuri.  Tak tahan melihat kegebuan kek yang Nuri buat.  Alhamdulillah.. dapatlah mak, adik2, adik ipar & anak saudara merasa semasa mereka datang berkunjung ke rumah MaDiHaA baru2 ni. Dapatlah rasa seorang satu buat pencuci mulut selepas menjamu selera dengan Ayam Panggang Lada Hitam yang MaDiHaA buat kali kedua... Kalau tak kerana ada tetamu.. gamaknya tak muncul2 juga kat Dapur MaDiHaA ni yer.. hehe... Kejadian ayam bakar tu pula.. kesnya MaDiHaA ada MMS gambar ayam yang MaDiHaA bakar guna pemanggang ajaib pada adik.. jadi teruslah ada request dari mereka sebab mereka dah terliur.. hehe... Tak kisahlah tu kan.. sesekali masakkan buat mak & adik2.. bukan selalu pun sebab masing2 tinggal berjauhan...

Ok jom tengok kejadian kek yang tak berapa cun ni.. hehe.. Disebabkan ramai tetamu.. tak tergamak nak possingkan kek ni elok2. Jadi hanya ambil gambar di atas oven sajalah.  Picit kastard pun masih ia masih suam2 & masih nampak cair.. Kalau tunggu krim kastard betul2 sejuk tentu nampak lagi cantik.. But it's okay... rasanya tak mengecewakan.  Terima kasih pada Nuri & Kak Yah untuk perkongsian resepi...







HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE

Sumber : Dapurkakyah, Nuri@Saranur & MaDiHaA


Bahan A
5 biji putih telur
1 sudu teh krim of tartar (boleh ganti dengan sedikit garam halus)
80 gm gula kastor



Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula.  Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)



Bahan B
5 biji kuning telur
30 gm gula kastor
40 ml minyak jagung
40 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60 gm tepung kek (sila rujuk di bawah utk campuran menjadi tpg kek)
25 gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan beking powder diayak bersama)


Cara penyediaan kek
Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang.  kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi.  Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)



Bahan Krim Kastard
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400 ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega


Cara penyediakan Krim Kastard

Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.

Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam paipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.



Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung


Campurkan kedua2 tepong dan ayak.  Dah siap tepung kek kita..tapi ini untuk secawan tepung kek..resepi di atas 60gm aje..jangan masukkan kesemuanya...


8 comments:

  1. kek nampak sedap bekas pun cute

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat kak,
    kek yang tersenarai tapi lom ada seru nak buat hu hu

    ReplyDelete
  3. kek + krim kastad?? uish...mcm sedap jer nih..

    ReplyDelete
  4. kak....mmg sodapp kapkek ni kan...tgk akk wt ni mcm nk wat lg lak...hihihih

    ReplyDelete
  5. tetiba cacing dlm perut nih menjerit2 nk mkn... terliur nengok cup cakes akak tuh

    ReplyDelete
  6. tun dh queue resepi hokkaido chiffon cupcakes ni dr tahun lepas..huhu..xtau nape susah betul nk membuatnyer..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak.. sedapnya tengok hokaido kek ni.. meleleh kat tengah tu.. tak tau nani pandai wat ke tak.. cam tak brani nak buat lagi.. hihihi.. tapi teringinnya nak makan..

    ReplyDelete
  8. salam kak..

    rajinnya buat HCC..sedapnya.. mesti nyaman je bila mkn kan.. may pun dah lama plan nak buat tp smpai ke hari ni xterbuat2.. hehe..

    ReplyDelete