Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hari ini merupakan hari terakhir sebelum bermulanya cuti sekolah seminggu mulai esok. Tak sabar2 nak tunggu kepulangan anakanda sulung kami pulang dari asrama. Kami tidak menjemputnya di asrama di Pahang kerana sekolahnya telah menyediakan bas khas untuk pelajar asrama yang ingin pulang ke rumah masing2 terus dari sekolah terutamanya bagi pelajar2 dari KL & Selangor. Jadi takdelah susah hati sangat mengenangkan keselamatan anak-anak. Kami hanya perlu menunggu di stesyen bas ekspress di Kuala Lumpur. Biasanya bas dari Pahang stesyennya di Pekeliling. Itu yang MaDiHaA tahu la.. Tak pastilah pula jika di Pudu Raya atau lain2 stesyen bas ada juga bas dari Pahang. Maklumlah dah lama benar tak naik bas sejak dah kahwin ni.. Jika tidak.. dulu2 masa anak dara.. bas lah pengangkutan utama MaDiHaA jika nak balik ke kampong. Tapi waktu tu.. bas Maraliner yang MaDiHaA naik untuk pulang ke Keratong berhenti di hadapan bangunan Medan Mara. Macam2 kenangan pahit & manis serta cabaran setiap kali nak balik kampong naik bas. Terutama jika musim perayaan.. Tapi tu semua dah tinggal kenangan. Sekarang giliran anak dara sendiri pula belajar2 naik bas. Harap2 dia pandai menjaga diri & semoga perjalanannya selamat hingga ke pangkuan kami... amin...
Oklah kita teruskan dengan perkongsian resepi pulak ye. Resepi yang MaDiHaA dah simpan begitu lama untuk dicuba. Entah kenapa begitu lama hati baru terbuka untuk mencubanya. Padahal hati ni begitu terpikat sekali bila pertama kali melihatnya. Mungkin kerana langkah demi langkah nak menyiapkan puding ni bagi MaDiHaA rasa amat susah sekali... jadi resepi ni terbiar begitu lama. Baru2 ni.. MaDiHaA kuatkan semangat mencubanya selepas ternampak sagu yang en. suami beli begitu banyak sekali. Itupun baru perasan lepas buat Bubur Jagung tempohari. Rasanya lebih dari 1/2 kg... itu belum lagi sagu yang dah siap berwarna merah. Rajin sungguh en. suami ni beli stok sagu... tapi isterinya ni.. buat2 tak nampak aje.. hehe... Bila terpandang sagu yang dah lama terbiar tu.. MaDiHaA teringatkan resepi yang satu ini. Terus kuatkan semangat untuk mencuba.
Tak puas rasanya menelek2 keindahan kejadian puding ni. Puas rasa hati bila ia ada di depan mata.. hehe.. Terdetik pula dalam hati.. puding ni amat sesuai sekali dibuat sebagai buah tangan ataupun hantaran pertunangan atau perkahwinan. Jika disajikan waktu majlis2 tertentu pun tentu jadi daya penarik utama kerana warnanya yang cantik! Jadi.. bolehlah anda pula mencubanya sendiri ya.. Ia tidaklah terlalu susah. Hanya perlu sabar & ada banyak langkah yang perlu dibuat.
Untuk resepi ini.. terima kasih diucapkan pada Gert yang sangat kreatif menciptanya. Resepi ni MaDiHaA ambil dari blog Mat Gebu iaitu resepi yang telah dialih bahasa. MaDiHaA copy & paste dari blog cik Mat saja supaya lebih mudah difahami. MaDiHaA buat 1 1/2 dari kuantiti resepi asal kerana MaDiHaA nak buat dalam loyang bersaiz 10". MaDiHa campurkan santan dan juga susu cair dalam adunan jadi rasanya lebih sedap. Terima kasih juga pada Mat Gebu yang berkongsi di blog ye... Mohon diperpanjangkan di blog akak pula ye Mat. Pilihan warna puding yang MaDiHaA pilih ini pula adalah inspirasi dari LinaPg. Terima kasih ye Lina. Akak memilih warna yang sama seperti yang Lina buat.. begitu juga dengan susun aturnya. Cantik sangat di mata akak bila tengok puding yang Lina buat tempohari. Harap di halalkan ye akak meniru idea Lina..
Puding Sagu Mutiara/ Sago Pearl Pudding
Resepi :
Gert@mykitchensnippets
Sumber
alih bahasa : Mat Gebu@tiffinbiruIdea pilihan warna : LinaPg
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-Bahannya :-)
20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan (MaDiHaA campurkan santan & juga susu cair dalam adunan)
Pewarna merah, hijau dan kuning (atau ikut kegemaran)
Cara membuatnya :-)
20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan (MaDiHaA campurkan santan & juga susu cair dalam adunan)
Pewarna merah, hijau dan kuning (atau ikut kegemaran)
Cara membuatnya :-)
1. Rendam biji sagu rumbia selama 2
jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam
tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji
sagu melekat antara satu sama lain.
2. Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6
bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian
lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. (MaDiHaA bahagikan kepada 8 bahagian kerana MaDiHaA buat 1 1/2 adunan dari resepi asal untuk loyang saiz 10".. jadi dapatlah buat 8 lapisan) Ketepikan.
3. Tuang air dalam periuk, masukkan
gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang
santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.
4. Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan
satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam
bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit
air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.
5. Cedok 200ml agar2 lagi dan
gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang
perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit
sebelum proses seterusnya. (MaDiHaA cakar2 sedikit permukaan lapisan yang dah mengeras sikit tu sebelum menuang lapisan seterusnya)
6. Tuang secara berselang seli
sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning,
no.5 = putih dan no.6 = merah. Biar sejuk, kemudian simpan dalam peti sejuk 1 -
2 jam, sebelum dikeluarkan dari acuan.
Jika rasa agak susah & tiada masa nak membuatnya sendiri.. MaDiHaA bersedia menerima tempahan dari anda. Sila buat tempahan awal ye. Puding ini amat sesuai sekali dijadikan buah tangan atau hantaran pertunangan atau perkahwinan.
Selamat mencuba...
Cantik2....100% sama...terbaik la..
ReplyDeleteSuka ngan kaler ni sweettttt jer
cantik menarik tertarik...
ReplyDeleteKak madiha cantiknya puding melelih air liur ermmm
ReplyDeletecantik layer puding akak..nak try jgk la..
ReplyDeleteSo cumilll!!!! Mesti teragak2 nk mkn ni...sayang....anak dara sulung kitapun da blk semlm... Jln jammed....lmbat ambik diamuncung aje dia nunggu lama kt lcct....
ReplyDeleteMemang cantik. Sweet colours too...
ReplyDeletebetul..memang cantik...
ReplyDeletesuka kalernya warna warni...
sangat kreatif..nak cuba buat jugak la nanti..
ReplyDeleteassalamualaikum kak...
ReplyDeletecanteknya.. sama rata je semua... bila tengok sagu tu jernih2 cam berlian.. bila sebut pasal berlian.. teringat smlm.. abang haikal cakap adik fiyya cam berlian... kenapa adik fiyya cam berlian pulak.. terus nani tanya haikal.. abang haikal jawab.. ye la ma.. sebab adik fiyya bulat cam batu.. tapi comel cam berlian.. erkkk.. pernah ke haikal tengok berlian... hihihi clever boy betul la... nak sejukkan hati mama ni.. bodek kuat..
Sweetnyer warnanya..
ReplyDeletememang cantik sgt kak kejadian pusing nih...
ReplyDeleteAssalam madihah,patut la akk tgk sama ngan yg linapg punya, rupa2nya inspirasi kaler dari blog dia, cantik sangat nampak tu
ReplyDeleteCantik sgt kejadiannya Ratna....akak penah buat masa awal2 berblog dulu, dah lupa dah rasanya....apa kata hantar separuh loyang kat akak..hehe
ReplyDeleteCantiknya kaler kaler! Geram!
ReplyDeleteCantek puding sagu ni...tapi Rahel tak reti buat..huhu.
ReplyDeletecantik!! tp tun jenih yg kurang penyabar bab nk melayer2 nih, lagi2 sbb nk tunggu sejuk tiap lapisan tu. huhu
ReplyDeletecantiknya kak.... meriahnya kala...sedapnyerrr
ReplyDeletenk cuba buat la..nampak cantik...ttunya sedap... sejuk jer rasa bila masuk ke tekak...lebih2 lagi di musim panas ni...:)
ReplyDeleteok..dh tau dh nk but apa cuti ni...mintak2 le menjadik!
ReplyDeletecantik la kak madihaa..tp kena kumpul kekuatan klu nk cuba nie kan..mesti sedap nie..
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletesy pun lama duk simpan resepi tp tak buat2 lg hu huuu
suker tgk kalernya
lg satu sagu memang feberetlahh
Cantik nyer puding nie Kak Madihaa musti sedap kan isk isk isk makan sejuk2 best nie..
ReplyDeletecantiknyaaaaa....
ReplyDeleteYa Allah sangat cantik dan menarik...Kalau saya buat agak nya lain jadinya
ReplyDeletewhoaa...puding caler maler yg canteks!
ReplyDeletedpt makan masa agar2 ni baru keluar dari peti sejuk....aii, sejuk jer tekak...
ReplyDeleteWt kan sy satu, hehe..