Assalamualaikum & salam sejahtera.....
Menyempurnakan hajat anak2 yang suka sangat makan spagetti ni... masakkan la jugak walaupun ayahnya tak suka sangat dengan masakan ni... Kalau masak spagetti ni.. anak2 memang suka sangat.. boleh makan berulang2... memang tak membazir..
Sebenarnya dah lama dah masak ni... dah lupa dah bila.. rasanya masak masa kakak Dini balik bercuti kot... sebab seingat MaDiHaA.. masa masak ni dulu memang kakaknya ada sama.. punyalah lama kan.. masa dok belek2 folder.. nampak gambar ni masih ada dalam folder kiv... hmm.. pos jelah hari ni...
Spagetti Bolognese
Resepi : MaDiHaA
a.k.a Ratna
Bahan-bahan
500 gm
spagetti
2 sudu besar
minyak zaitun/minyak masak biasa
1 sudu kecil
garam
air
secukupnya
3 sudu besar
minyak zaitun untuk menggaul selepas spagetti direbus
Bahan Sos
1 biji
bawang besar ~ didadu
3 ulas
bawang putih ~ didadu
1 sudu kecil
serbuk paprika
400 gm
daging kisar ~ dicerai2/ dihancur2kan sebab ia berbuku dlm bungkusan tu
3 cawan air
1 kiub
ayam/lembu/1 sudu kecil Tumix (salah satu je)
1 tin sos
spagetti prego tradisional
2 biji
tomato ranum saiz BESAR ~ didadu
1 ~ 2 batang
celery ~ didadu halus
1 tin
cendawan butang ~ dihiris
1/2 batang carrot
~ disagat
2 helai bay
leaves
½ sudu kecil
oregano
½ sudu kecil
serbuk lada hitam
2 sudu besar
sos cili
3 sudu besar
sos tomato
Garam
secukup rasa
Sedikit minyak
& sedikit butter untuk menumis
Bahan
tambahan
Serbuk
parmesan cheese secukupnya
Cara
menyediakan
1. Dalam
periuk yang sesuai rebus spagetti bersama semua bahan lain hingga lembut.
Toskan sebentar kemudian gaulkan dengan beberapa sudu minyak zaitun lalu
gaulkan. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan
sedikit minyak & butter kemudian masukkan bawang putih & bawang besar.
Kacau2 hingga wangi & nampak layu. Masukkan serbuk paprika & kacau
lagi.
3. Masukkan
daging kisar & kacau rata sehingga berubah warna. Masukkan sos spagetti
& air didihkan sebentar hingga daging masak.
4. Tambahkan
tomato, celery & cendawan. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam, tomato
puri/sos tomato, sos cili, bay leaves & oregano. Biar mendidih kemudian
masukkan carrot yang disagat. Biar kuah agak pekat sedikit. Akhir sekali
perasakan dengan garam secukupnya.
5. Hidangkan
spagetti dengan sosnya & taburkan dengan serbuk parmesan cheese semasa
menghidang.
salam kak...ke sini nak tukar ngan spaghetti chicken ball saya:)
ReplyDeletekegemaran anak saya nie :)
ReplyDeletedini skrg dok asrama ke kak
ReplyDeletewow! nyam2x.... beshhhh nyaaaaa
ReplyDeletesedapnya spagetti..
ReplyDeleteKak selain mee goreng kicap...spegeti bolognise ni peberet mia...mmg byk die boleh makan heheehh
ReplyDeleteSalam..samalah kita en suami pun tak suka spagheti ni nak masak pun kena fikir 2 3 kali pasal malas nak buat mcm2 jenis hidangan.
ReplyDeleteSedapnya....teringat lak spageti kat restoran pizza hut...
ReplyDeletelama sungguh tak buat spagetti ...sedapnya
ReplyDeleteSalam kak madihaa... dh lama betul tun xwat spagetti bolognese.. duk try mcm2 resepi resepi, tp bolognese ni tetap dihati.
ReplyDeletefeberat anak dara saya...sedapnyaaaaaaaaa
ReplyDeleteDah lama tak makan spageti ... apa lagi nak membuatnya kak ratna... hantar sepinggan boleh ehe :)
ReplyDeletewow sedap tu, mmng kegemaran anak2 Yatie juga spaghetti bolognese ni....tapi Hamka suka yg prego gitewww je, dia takmo yg ada daging segala....lagi mudahkan...kalau kitaorang layan yg ada daging mcm ni...sedapkan...
ReplyDeletespaghetti sedap tapi tekak melayu ni tak leh makan byk hehehe
ReplyDeleteadui.. pebret ni.. sedapnya..
ReplyDeleteWah, best nih! PH pun minat sangat dengan spaghetti bolognese. Boleh bahang dua pinggan :)
ReplyDeletesiap .. sok saya buat ! ekke ;)
ReplyDelete