Wednesday, April 24, 2013

Ikan Tongkol Goreng Lada Hitam

Assalamualaikum & selamat pagi semua...


Pagi ni MaDiHaA kongsi resepi lauk pula ye.... macam dah lama je tak kongsi lauk pauk.. hehe...  Macam biasa resepi yang dah berminggu-minggu dimasak..  Inilah dia resepi adaptasi dari resepi Ayam Goreng Lada Hitam yang Yatie kongsikan tempohari.  MaDiHaA dah buat versi ayam & memang sedap ditekak kami sekeluarga.  Disebabkan berkenan sangat dengan resepi ni... kali ni MaDiHaA tukar bahan asasnya kepada ikan & dicampur dengan kacang panjang pula.. Harap Yatie tak marah ye pandai2 akak olah resepi Yatie ni & akak mintak halal ye kongsi resepi kat sini pulak. 

Resepi kali ni MaDiHaA buat agak berkuah sedikit berbanding waktu masak ayam tempohari yang agak kering.  Jadi bila berkuah.. bolehlah tambahkan sedikit garam untuk dapatkan sos yang secukup rasa. Itupun jika perlulah ye.. Jadi sebelum tambah garam.. rasalah dulu samada perlu tambah garam atau tak...
Ok kat bawah ni resepinya yang telah MaDiHaA olah sedikit...


Ikan Tongkol Goreng Lada Hitam

Adaptasi dari resepi Ayam Goreng Lada Hitam : Yatie Memories

Olahan : MaDiHaA aka Ratna


Bahan-Bahan

  • 6 keping ikan tongkol saiz besar ~ dibersihkan
  • 5 urat kacang panjang ~ dikerat pendek
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak masak secukupnya
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam yg dikisar kasar
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1 tangkai cili hijau*(*potong serong)
  • Daun sup secukupnya-hiris halus (MaDiHaA tak letak)
  • 2 biji tomato- belah 4
  • 1 labu bawang besar-potong bulat


Bahan Hiris

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia


Bahan Sos

  • 3 sudu besar kicap jalen manis
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram (MaDiHaA tambah ini)
  • 1 cawan air
  • Garam sekiranya perlu


Cara Menyediakannya.

  1. Ikan digaul bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng sehingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
  4. Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah & air. Masukkan ikan & kacang panjang. Gaul rata.
  5. Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok...matikan api dan bolehlah di angkan dan hidangkan.
  6. Taburkan dngn hirisan daun sup. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

14 comments:

  1. terliur tengok Ikan Tongkol Goreng Lada Hitam ni...nanti nak try la kak...

    ReplyDelete
  2. Jangan takut, Kak Madiha. kak Yatie mesti tak marah Kak Madiha membega2 resepi, yg dia marah kalau Kak Madiha tak bagi saya rasa lauk Kak Madiha ni sebab sy ni kiranya macam PA Kak Yatie jugaklah, kikikiki...

    walaupun dah berminggu lauk ni nampak masih segar. Entah2 lauk hari ni tak, Kak Madiha takut sy dtg bawa pingganlah ni.. kan.. kan...

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa...saya suka...saya suka...saya suka!!

    ReplyDelete
  4. salam k.diha.....hehe baru semalam kita buat daging masak lada hitam. btw serius tak reti masak ikan tongkol selain gulai mcm nasi dagang & sambal. blh dipertimbang resepi ni ;)

    ReplyDelete
  5. sedapnya campur dengan kacang panjang...
    semalam makan masak lemak ikan tongkol + nenas...

    ReplyDelete
  6. Adef..ngencs betul ikan aya masak lada itam..ikan aya ada tu tp dok plan nk wat singge haha....nx time bleh try wat camni.Kalau ikan tenggiri pun okey kot wat camni

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak..
    jap gi nak gi tesco cari stok ikan... kalau ada si tongkol nak sambal sekor gak.. sbb nak wat tongkol goreng simbah bawang dan cili api.. lepas tu lain hari leh try yg ni lak.. mekasih share... sedappp ni..

    ReplyDelete
  8. Assalam
    sedap isi ikan tongkol ni kan
    kakak ipar selalu beli

    ReplyDelete
  9. Salam kak madihaa.. sedap lauk nih.. tun jarang2 beli ikan tongkol, hasben tun xbape makan, dia cuma makan ikan tongkol kalau wat gulai utk nasi dagang tu je..

    ReplyDelete
  10. wah ikan tongkol masak macam ni sedap ni, kak Noor jarang masak ikan campur kacang gini boleh try nnt Madihaa, nak kena copy lah resepi ni lagiii

    ReplyDelete
  11. lum penah zila guna ikan tongkol masak gini..wanna try too

    ReplyDelete
  12. mesti sedap yerk... suka ler sebabnyer der ikan ngan sayur sekali so tak yahler masak lauk sayur... jimat masa..

    ReplyDelete
  13. assalam kak, dah cuba dah. alhamdulillah mak puji sedap. tapi ika guna ikan tenggiri. tq kak

    ReplyDelete
  14. Assalam.. saya memg tercari2 reseki lain pada yg lain utk ikan selain kari sambal tumis.. terima kasih utk resepi..

    Sila la melawat blog saya vitaminfawanies.blogspot.com

    Utk dptkan info tentang vitamin shaklee.

    ReplyDelete