Inilah dia juadah yang MaDiHaA buat sebelum terhasilnya kuih Serimuka Tiga Rasa tempohari. Waktu Lina pg update Sira Labu... terus tergoda. Terus tanyakan pada Lina agak-agak.. boleh tak masak guna pemanggang ajaib? Tentu lebih cepat empuk labu nya tu kan... jimat gas.. hehehe... Bila Lina kata rasanya boleh.. teruslah cari labu kat pasar malam.. hehe..
Teringat-ingat kesedapan sira labu yang dimakan waktu di rumah makcik hubby di Raub. Pertama kali makan walaupun sebenarnya dah acap kali juga nampak ia terjual di bazar Ramadhan di bandar Raub setiap kali singgah waktu pulang ke kampong. Tak sangka ianya begitu sedap! Tidaklah begitu manis.. mungkin ikut citarasa orang yang membuatnya juga. Dengar kata kalau di Kelantan.. sira labu dibuat memang manis... semanis cekmek2 yang ada di sana jugalah kot.. hehe... Jollo doh... gewe-gewe dari Kelate comey2 belako... hehe.. tiba2 tukar sleng.. ;-)
Sira labu merupakan sajian pencuci mulut yang popular di Kelantan.. dengar khabar kerap dibuat waktu kenduri kendara. MaDiHaA kurang pasti jika ianya masih dipraktikkan sehingga sekarang sebab MaDiHaA tak pernah menghadiri sebarang kenduri di Kelantan. Orang Kelantan bolehlah berkongsi ye.. Sebenarnya sira labu boleh saja dinikmati bila2 masa.. untuk berbuka puasa pun sesuai. Memang sedap..! Jika suka manis.. boleh tambah lagi kuantiti gulanya ye... MaDiHaA ikut saja resepi Lina & gunakan gula merah timbang campur gula perang & hasil sira labu yang MaDiHaA buat jadi agak gelap sedikit... tapi sedap! Alin boleh habiskan lebih dari 2 juring! Tak sangka dia suka.. hehe..
Nampak hitam sangat tu bukan sebab hangus.. tapi sebab serabut2 ditengah2 labu MaDiHaA biarkan tanpa dikorek hingga bersih jadi serabut2 tu menyerap air gula jadi ia nampak gelap.. hehee
Terima kasih Lina berkongsi cara nak buat sira labu ni... MaDiHaA ni nama je bapa mertua orang Kelantan.. tapi dulu taknak belajar dengan pak mertua.. sekarang pak mertua dah takde.. kan dah rugi.. hehe...
Resipi : Lina pg
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan:
1/2 biji labu
3 sb gula merah
3 sb gula perang/gula pasir
3 helai daun pandan
Air kapur
Bahan-bahan:
1/2 biji labu
3 sb gula merah
3 sb gula perang/gula pasir
3 helai daun pandan
Air kapur
Cara-Cara:
Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
Cuci bersih dan toskan labu
Susun labu ke dalam periuk (MaDiHaA guna pemanggang ajaib) dan taburkan gula merah dan juga gula perang. Sukatan gula terpulang kepada citarasa. Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil selama 1 jam atau sehingga labu empuk. (guna pemanggang ajaib masak lebih kurang 30 minit saja)
Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan air semasa proses memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula
Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
Cuci bersih dan toskan labu
Susun labu ke dalam periuk (MaDiHaA guna pemanggang ajaib) dan taburkan gula merah dan juga gula perang. Sukatan gula terpulang kepada citarasa. Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil selama 1 jam atau sehingga labu empuk. (guna pemanggang ajaib masak lebih kurang 30 minit saja)
Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan air semasa proses memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula
I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude@My Kitchen Snippets.
Selamat mencuba!
salam kak mmg sdp sheila pun suka sira labuni...selain sira pisang, sira ubi kayu...lama x buat..kena cari labu Kat MATAHARI lah...
ReplyDeleteMesti sedap nih! Lemak-lemak manis gitu.
ReplyDeletewaaa. tak penah rasa ni lagi.. sebab bukan penggemar labu.. hehehe ;)
ReplyDeleteassalam kak MadihaA..guna pemanggang ajaib mesti lagi sedap kan?sebab wap tak keluar..rasa suma masih kekal di situ..terima kasih sudi menggunakan resepi saya
ReplyDeleteMemang lah sedap sira labu ni especially dengan gula merah lagi. I dah bookmarked ni nak buat bulan depan. Terima kasih Ratna for your support in this MFF event.
ReplyDeletehi kak ratna, hari itu i nampak kak nor buat labu ini, i pun nak cuba..so coming by to read your post tengok cara kak ratna masak. Labu pun sudah beli, hope jadi!
ReplyDeleteassalamualaikum kak..
ReplyDeletedah banyak kali gak tengok sira labu.. cam akak lah... tapi mmg blom penah beli.. sbb tak pandai makan kotttt!!.. tapi lepas akak cakap mmg sedap.. nanti wajib gak cuba ni... tapi mak pesan lepas setahun kot baru makan labu.. simpan dulu lah keinginan ni.. nanti lepas besday fiyya setahun, baru nani buat + nak belasah laksa sama.. hehehehehe
yeaayyy...kat umah ada sbiji labu yg nyaris nak mati beragan, boleh try ni nanti...thank you Ratna....
ReplyDeletesukanya kita....!
kalo kat kelantan sira labu ni menu wajib masa kenduri kahwin. sedap ni. saya suka.
ReplyDeletesira labu...nampak sedap sangat ni...
ReplyDeletesalam Madihaa, akak belum pernah makan lagi sira labu api dah dpt agak mmg manis sngt ni kan, biasa lah orang kelantan suka yg manis2 sebab tulah orang nya pun manis jugak kan betul lah tu kan,,,
ReplyDeletedana tak penah rasa tp selalu tgk mak mertua bt utk anak2nyer, dia selalu sira ngn gula putih... nampak kilat je bile dh msk...
ReplyDeletedana tak minat manis2 sbb tu tak penah rasa kalu dia msk pun hehehe
sedapnyaaaaaaaaaa... mesti lemak manis labu tu melekat dengan manisnya gula merah tukan...
ReplyDeleteuwaaaa!!! baru tgk kak nor tayang sira labuuu akk pulak tayang.. sedapnyerr!! aritu tun buat, gi letak air, langsung x menjadi.. huk huk.. dek pung masa mama buat dok penoh nok tengok.. huhu.. pastu dh xjadi dgn penuh sedih hati tun purikan semua labu, simpang nk wat kuih. huhu..
ReplyDeleteErmmm lah akak sira labu nie nampak mengancam sgt2 rasa cam nk mintak 1 je hehehhe :)
ReplyDeletesedapnya nampak tu, sy suka sira ni mcm sira ubi kayu tu kan
ReplyDeletebolehlah nanti try he heee
kak...kita pernah rasa..jiran bagi sbb dia org pantai timur
ReplyDeletewah pekat likat sira labu tu kak..nmpk sedap..sngkan ade pmanggang ajaib tu..
ReplyDelete