Assalamualaikum & salam Syawal....
MaDiHaA kongsikan resepi kuih belimbing yang dibuat untuk berbuka 18 Ramadan yang lalu ye. Komen dari en. hubby yg bukan penggemar kuih manis.. katanya sedap kuih ni.. tak muak & tak manis sangat. Hmm.. bagi MaDiHaA.. kuih ni memang sedap juga.. tidaklah selembut cream puff atau segebu donut kentang.. tapi bila makan tu.. memang rasa nak lagi.. Sedap garing2 kat luar & lembut kat dalam, walau rasanya agak 'simple' tapi ada terselit rasa sedapnya tersendiri.. hehe..
Sebenarnya.. kuih ni MaDiHaA dah beberapa kali juga merasa tapi bukan air tangan sendiri.. tapi mak sedara (ma Ida Marlida) yang rajin buat. Memang sedaplah.. cuma tak berani nak cuba buat bila takde acuan yang sesuai. Timbul idea nak guna piping bag bila MaDiHaA ada beli nozel bintang saiz besar tak lama dulu.. so.. alhamdulillah walaupun takde acuan yang sesuai.. menjadi gak kuih belimbing ni.. hehe.. kalau nak tengok acuan kuih belimbing ni boleh tengok kat blog Kak Nor Secubit Garam kat SINI ye.
Sebenarnya.. kuih ni MaDiHaA dah beberapa kali juga merasa tapi bukan air tangan sendiri.. tapi mak sedara (ma Ida Marlida) yang rajin buat. Memang sedaplah.. cuma tak berani nak cuba buat bila takde acuan yang sesuai. Timbul idea nak guna piping bag bila MaDiHaA ada beli nozel bintang saiz besar tak lama dulu.. so.. alhamdulillah walaupun takde acuan yang sesuai.. menjadi gak kuih belimbing ni.. hehe.. kalau nak tengok acuan kuih belimbing ni boleh tengok kat blog Kak Nor Secubit Garam kat SINI ye.
Jika ada yang nak mencuba.. bolehlah salin resepi kat bawah ye. Resepi MaDiHaA ambil dari blog Tun Telani yang telah dikongsi oleh Hana. Rasanya dah pernah salin resepi ni dulu dari Hana.. tapi belum sampai seru orang kata. Bila nampak Tun kongsi kat blognya baru2 ni.. terus rasa nak buat. Terima kasih ye buat kedua2nya.. akak share resepi kat sini pula..
Kuih Belimbing
Resepi: Hana Memories
Sumber: Tun Telani & MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan
Sumber: Tun Telani & MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 biji telur
- 1 sudu makan marjerin/butter
- 1 sudu makan gula
- esen vanilla
Cara-cara
- Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
- Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu. - tun guna mixer mata cangkuk (MaDiHaA guna senduk kayu)
- Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td. (MaDiHaA buat 3 adunan, kemudian masukkan adunan dalam mixer & putar menggunakan mixer mata K (K beater) semasa mencampurkan dengan telur.)
- Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm. - tun picit sampai habis dulu baru goreng (MaDiHaA gunakan 3 lapis piping bag [sebab adunan ni lebih keras berbanding adunan creampuff] dengan nozel bintang saiz besar & picit dulu sampai habis kemudian potong 5 cm & barulah digoreng)
- Goreng hingga kekuningan dan angkat.
- Taburkan gula. Sedia utk dmakan! - tun gaul dlm gula ising (ikut mcm tun gaul gula ising)
kuih belimbing tu makan celup coklat sedap jugak, kan? kuih belimbing saya pulak lain sikit, hehe
ReplyDeleteselamat hari saya Ratna, maaf kalau ada tersilap dan salah ya...
tengok gaya macam churros la kak ratna.. ni makan dip dengan coklat sedap ni..
ReplyDeletesalam kak madihaa.. tun pun guna piping bag, wat 2 lapis je, mmg aft half adunan kene tukar sbb pecah. haha.. suka sgt mkn kuih belimbing nii.. dulu masa kecik2 selalu beli org jual tepi jalan, skrg dh susah nk cari.
ReplyDeleteLebih kurang macam buat creampuff kan.. salut gula + serbuk cinamon lg sedap ni
ReplyDeletekalau cicih dengan coklat sedap kan kak...
ReplyDeletememang macam belimbing...
mcm chuross neh .. guna mata besar sikit .. terus jadik churros .. huhu
ReplyDeleteWah... rajin sungguh Madiha ni... akak buat tiga jenis jer kuih yg lain semua kuih tunjuk jer :D
ReplyDeleteooo picit dulu baru goreng ye.. ingat tadi camne magic nya leh pendek2 lak.. hmmm.. ok ok kak.. mekasih share.. nampak menarik tongkat sakti ni..
ReplyDeleteteringin sy nak mencuba kuih belimbing ni, kalau org lelaki suka maknanya memang sedap rasanya tu.. kannn...
ReplyDeleteNampak sedap kak ratna
ReplyDeletepernah jugak buat dulu sekali tapi tak menjadi... rasa nak cuba lagi je bila tgk akak punya ni
ReplyDeleteselamat hari raya madiha
ReplyDeletewah nampak sedap kueh belimbing tu
Ermm xpenah jumpe kuih nie macam menarik je sedap ek akak :)
ReplyDeleterasa dia tak mcm kuih lidah kucing tu ke, kak??
ReplyDeletekelihatannya sangat enak sekali masakannya !!
ReplyDeleteObat Tradisional Tuntaskan Kista Ginjal
Kenapa kuih saya buat tidak rangup atau pecah..
ReplyDeleteKenapa kuih saya buat selalu pecah dan tidak rangup..
ReplyDelete