Hari ni MaDiHaA nak kongsi satu lagi resepi yang terhasil dari kerak roti lebihan buat sandwich tempohari. Seperti yang kawan2 sedia maklum.. MaDiHaA memang tak suka bab2 pembaziran. Walaupun ianya hanyalah kerak roti.. tapi kerak roti tu kan masih boleh dimakan. Apa lagi ianya dalam kuantiti yang banyak. Memang terasa sayang nak dibuang. Tak baik membazir.. membazir itu sangat dimurkai Allah s.w.t. sebaliknya amat disukai oleh syaitan! Jika kita membazir umpama kita ini sahabat syaitan!
Akan tetapi missi MaDiHaA nak menghabiskan kerak roti kali ini sangat terbatas disebabkan MaDiHaA tak boleh nak buat kuih-muih yang dikongsi oleh rakan2 kerana boleh dikatakan kesemua resepi berasaskan roti semuanya menggunakan telur. MaDiHaA masih belum benarkan anak bujang yang bersunat hari tu ambil makanan yang mengandungi telur. Biarlah luka bersunat dia tu betul2 baik dulu. Memanglah ia dah nampak baik.. tapi masih ada parut muda orang kata. Mungkin tunggu lagi seminggu.. lepas ni nanti barulah benarkan dia makan telur. Alhamdulillah selepas seminggu bersunat hari tu dia dah boleh pakai seluar.. Alhamdulillah.. pengalaman pertama menjaga anak bersunat.. anak teruna pun.. itulah satu2nya.. hehe...
Oklah.. jom semak resepi ni. Manalah tau kan kot2 kawan2 ada roti yang dah nak luput tarikh tu.. tak tau nak dibuat apa.. bolehlah mencuba resepi ni. Jika tak cukup sukatan yang MaDiHaA buat ni.. boleh buat setengah adunan je. Adunan yang MaDiHaA buat ni dapat agak banyak juga.. lebih kurang 3 - 4 kali menggoreng. Biarlah buat banyak2 sikit.. sebab anak2 kat rumah tu bila berkumpul nak pula musim2 hujan ni.. asyik lapar je memanjang.
Jemput-Jemput Kerak Roti
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
2 cawan tepong gandum
2 1/2 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
400 gm kerak roti (nak guna roti pun boleh.. kes MaDiHaA ni sebab nak perabiskan kerak roti lebihan buat sandwich tempahan hari tu ~ tak nak dibazirkan)
5 batang filamen ketam (crab stick) ~ dihiris nipis
2 biji cili hijau ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
sejuring kobis ~ dihiris halus
Minyak masak secukupnya
Cara menyediakan
1. Bancuhkan tepong gandum dengan air & garam sehingga larut & tidak berbintil2. Masukkan kerak roti & rendam selama 5 minit sehingga roti mengembang. Jika guna roti.. koyak2kan roti & rendam hingga kembang.
2. Campurkan dengan kesemua bahan lain seperti hirisan filamen ketam, cili hijau, hirisan kobis & bawang besar. Gaulkan sehingga rata.
3. Panaskan minyak masak. Gorenglah bancuhan jemput2 tadi sehingga garing kedua2 belah. Angkat & toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda.
Selamat mencuba!
Naaak..!!!
ReplyDeletekak, sy ni tak bleh tengok jemput2, kecur habis2an, hahaha
ReplyDeletesedapnya. makan panas2 time hujan ni memang syok la
ReplyDeleteTgk pon dh tau sure rangup n sdap kak.kat umh sy klo jns jmput2 nih sure laku.
ReplyDeletesedap...ni...mesti sedap.....nampak cabai potong dlm tu..kalo tergigit, pergh!! sedap!!! huhu..
ReplyDeletewahhh..hujan2 pekena dengan jemput2..sungguh3 sesuai hehe..
ReplyDeletemesti sedap nih kan kak.... rangup2 gitu... akak pakar msti boleh je nk olah roti tuh jd makanan yg sedap
ReplyDelete