Takde hati nak update resepi bagai sekarang ni bila mengenangkan nasib mangsa2 banjir. Kasihan sungguh lihat kesusahan mereka. Entah apalah yang mereka makan. Tidor beramai2 dalam pusat pemindahan banjir tu. Banyak kemusnahan berlaku bila ditimpa musibah banjir ni. Moga mereka semua tabah melalui dugaan ini. Ma & adik yang MaDiHaA risaukan tempohari pun masih lagi terkandas tak dapat meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampong. Hari pertama perjalanan mereka.. terkandas selepas Sg. Ular nak naik ke LPT sejak pukul 3 petang sebab jalan dinaiki air. Bermalam ma, adik & anaknya di dalam kereta dalam keadaan hujan lebat tak berhenti malam tu. Senasib juga dengan semua mangsa2 yang terkandas... semua bermalam di tepi hiway. Esoknya oleh kerana hujan hanya renyai2.. mereka mengambil keputusan untuk ubah haluan memandangkan nak terus melalui LPT tiada tanda2 air surut.. maka.. mereka beranikan diri untuk melalui Balok. Ingatkan boleh lepas.. rupanya sangkut juga di Bandar Kuantan. Tapi kali ni nasib agak baik sebab ma dapat menyewa hotel berhampiran stesen bas lama Kuantan berhampiran KFC kat sana. Dapatlah mereka bersihkan diri & merehatkan diri setelah seharian berada dalam kereta. Hari ni.. nampaknya ma masih belum dapat teruskan perjalanan sebab jalan masih ditutup dibeberapa tempat. Jalan yang runtuh atau rebih di KM75 yang menghubungkan Kuantan - Muadzah Shah pun belum lagi siap dibaiki. MaDiHaA dah telefon Balai Polis Paloh Hinai & menurut mereka.. kontraktor mengatakan mungkin mengambil masa selama 2, 3 hari lagi utk memulihkan jalan tersebut. Nampaknya.. ma & adik terpaksalah tidor di Kuantan lagi utk beberapa hari ini. Mujurlah ma ada sorang kawan yang tinggal di Tg. Lumpur yang mempelawa ma supaya tidor kat rumah dia. Jadi jimatlah sikit tak perlu menyewa hotel. Syukur kepada mu ya Allah kerana memudahkan urusan ma di sana..
Oklah oleh kerana tiada mood untuk berkongsi resepi buat masa ini.. hari ni MaDiHaA kongsikan gambar2 tempahan yang lalu untuk tatapan tetamu Dapur MaDiHaA. Terima kasih semua yang masih sudi melawat blog MaDiHaA ye. Terima kasih pada semua follower baru yang kian bertambah dari sehari ke sehari. Terima kasih juga pada customer yang terus memberikan sokongan bisnes kecil MaDiHaA ni.
Tempahan pulut kuning berhias. Minta buat ikut design yang terdahulu. MaDiHaA hanya tukar beberapa bahan agar nampak ada sedikit kelainan & masih tetap menarik dipandang mata. Alhamdulillah customer suka & katanya ramai yg puji cantik. Terima kasih Nadia..
Ini pula tempahan dari Yana iaitu 118 pack sandwich telur. Awal pagi sebelum subuh lagi Yana dah datang collect. Terima kasih yana...
Ini pula ulangan tempahaan apam polkadot dari jiran berdekatan rumah. Terima kasih Ani tak jemu2 tempah apam.
Ok.. itu saja untuk hari ini.. jumpa lagi.
Cantik pulut kuning ni...cukup elegent gitew..
ReplyDeletekak madihaA..muncung burung tu wat ngan apa..menarik la..
sedih mengenangkan nasib mangsa banjir...moga bantuan yang diterima dapat meringankan beban...
ReplyDeletecantiklah pulut kuning tu akak...kalau nur tak sabar nak makan ni...murah rezeki akak hendaknya..
Innalillahi wainnailaihirajiuun. Sorry to hear about ur mom. kita org patut balik terengganu esok, tapi terpaksa batalkan hasrat kita org sebab jalan rosak teruk from jabor to kt. tak berani nak balik takut terkandas pulak mana2. take care!
ReplyDelete