Tuesday, January 28, 2014

Apam Polkadot, Ladybug & Karipap Tempahan... alhamdulillah...

Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Setelah sebulan menutup tempahan untuk sementara waktu bagi menumpukan persiapan persekolahan anak-anak & beriadah bersama keluarga semasa cuti sekolah yang lalu... MaDiHaA dihujani dengan permintaan atau tempahan apam polkadot & apam ladybug dari peminat2nya yang masih setia.  Syukur alhamdulillah... masih ada peminat rupanya apam beraneka filling ni.  Terima kasih pada semua customer yang order  & yang mengulang tempahan ya. 



Apam polkadot atau ladybug ni memang sesuai sangat dihidangkan untuk majlis harijadi anak2 sebab ianya comel!  Sesuai juga dijadikan buah tangan bila nak pulang ke kampong atau ke rumah sahabat handai atau keluarga terdekat.  Tak kurang juga yang minta untuk dijadikan hantaran pertunangan.  Syukur alhamdulillah.. dulunya apam inilah yang paling malas sekali MaDiHaA nak mencuba resepinya semasa di awal kemunculan kerana memikirkan betapa cerewetnya nak buat dot-dot tu... tak sangka pula sekarang ianya menjadi salah satu punca pendapatan sampingan MaDiHaA.  Walaupun untung tak seberapa & kerjanya remeh.. MaDiHaA tetap bersyukur dengan rezeki dariNYA.  MaDiHaA tak pandai nak buat dessert2 hebat macam orang lain.. jadi kita buatlah apa yang kita mampu.  Bak kata orang.. ukur baju di badan sendiri.. Ehh! sesuai ke peribahasa ni..?  Belasah ajelah.. hehehe...


Pelbagai warna & aneka filling menjadi pilihan customer.  MaDiHaA ikut saja permintaan mereka.  Buat masa sekarang.. filling coklat mendapat sambutan hangat selain blueberry & strawberry.


Corak ladybug yang paling mendapat sambutan kerana ianya sangat comel!


Buat apam polkadot atau ladybug ini ada cabarannya yang tersendiri.  Adunan mesti dipukul sehingga betul2 gebu kalau tidak.. apam tak berapa nak membukit.  Semasa mengukus pula kena pandai jaga apinya tak boleh terlalu kuat & tak boleh terlalu kecil.  Jika tak betul apinya.. apam boleh rosak.  Rosak dalam ertikata tak elok untuk dijual.  Untuk makan sendiri memang tak jadi masalah.  Kalau api kuat apam boleh merekah & kembang setaman, api tersilap kecil apam akan mendap pula.  Kalau jadi macam tu.. jawapnya kenalah bancuh adunan yang baru.... tapi kadang kala jika waktu dah suntuk sebab buat dah lewat malam.. terpaksalah MaDiHaA bagi juga ke customer jika ada merekah sikit2 macam apam kat atas tu.  Harap customer tak marah ye... harap halalkan apa yang terkurang.


Dari peminat ladybug... walau untuk makan2 je... masih nak kan corak ladybug yang comel ni.. hehehe... Terima kasih Kak Maz yang rajin menempah.  Rajin pula tolong tempahkan untuk rakan2 sepejabat.  Bukan setakat tolong tempah (call/sms) tapi siap tolong ambilkan & bawakan ke pejabatnya sebab kebetulan rupa2nya.. Kak Maz tinggal setempat dengan rumah MaDiHaA cuma blok apartment je lain2...  TQ very much kak...


Kat atas ni pula tempahan dari Puan Nik untuk majlis di rumahnya.  125 apam polkadot, 125 apam ladybug & 100 baby polkadot.  Untuk baby polkadot tiada inti di dalamnya.  Terima kasih Nik sudi order dengan akak.  

Ini apam polkadot saiz biasa yang MaDiHaA jual...

dan ini pula baby polkadot.  Nampak macam sama je saiznya kan..? Tapi sebenarnya saiznya sangat berbeza... sila lihat gambar di bawah..

Perbezaan saiz apam polkadot saiz normal yang MaDiHaA jual & saiz baby... 

Kat sini lebih jelas lagi saiznya.... MaDiHaA bandingkan dengan telur ayam gred A.  
Dengan ini.. MaDiHaA buka tempahan apam baby polkadot jika ada yang sukakan apam saiz baby ni ye.  Minimum order 100 biji.  Jika berminat bolehlah call atau sms MaDiHaA nombor telefon yang tertera di sebelah kanan blog ini.


Dan terakhir.. produk baru MaDiHaA.. 100 biji karipap kentang order dari customer.  Jika ada yang nak mencuba.. sila2lah ye.  


NOTA MaDiHaA: Kepada yang berminat membuat tempahan... sila order awal sekurang2nya 4 ~ 5 hari untuk tempahan kuih muih.  Untuk tempahan pulut kuning pula.. sila tempah seawal 2 minggu.  

Terima kasih!

11 comments:

  1. banyaknye tempahan kak.. syukur murah rezeki yer.. :)
    apam pokodot tu sangatlah kemas kak.. garisan2 ladybird tu punya la kemas.. cantek sesedap rasa.. pandai akak.. lembut tangan yer mendeko..

    ReplyDelete
  2. adehhh...sedap plk tengok..meleleh air liur..

    ReplyDelete
  3. salam kak madihaa..

    cantik dan comel apam yang aneka warna tu..syukur alhamdulillah..murah rezeki akak..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...akak ade kepakaran di dapur...dpt juga menjana pendapatan....cantik jek hasil air tangan akak...kemas kak...

    ReplyDelete
  5. comel2 apam tu. kalau dekat bleh order

    ReplyDelete
  6. comey n cute mute apam polkadot nih...bekenan ngan ladybird pink tuh...

    ReplyDelete
  7. Cute sungguh apam polkadot tu kak..saya minat betul.Produk terbaru dari dapur akak tu pun nampak best..kalau la dkt mmg dah lama tempah ni

    ReplyDelete
  8. Salam sis,resepi2 sis sume best2 la..mnyelerakan!
    btw,sy bloger baru..sudi2 la singgah.. http://ayielifememory.blogspot.com/
    :)

    ReplyDelete
  9. Saya x jumpa no phone utk order..boleh sms sy tak 013-3303901

    ReplyDelete
  10. Saya pn tak jmpa ..boleh sms 0172699186..nak tanya details tempahan..mekasih

    ReplyDelete
  11. Saya berminat nak order .. saya x jmpe no telefon .. ni no saya 0178753976

    ReplyDelete