Wednesday, January 22, 2014

Easy Banana Muffins



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Baru2 ni nampak MamaFaMi pos resepi Mafin Pisang Mudah atau Easy Banana Muffins... terus terberkenan nak buat juga.  Lagipun.. kat rumah memang ada baki beberapa biji pisang berangan yang adik bagi iaitu pisang yang dibawa balik dari kampong.  Masa MaDiHaA ambil pisang tu kat rumah adik waktu ambil baju sekolah tempahan yang adik jahit, pisang tu masih hijau.. Bila dah masak.. sedap pula dimakan mentah hingga tak terlintas pun nak dibuat kuih atau kek.  Tapi bila pisang dah last2 tu.. dah kurang laku sebab terlampau masak sangat... jadi berbakilah beberapa biji.  Tu yang dapat dibuat muffin ni... Kebetulan hari MaDiHaA buat muffin ni esoknya anak dara dari asrama nak balik.. dapatlah juga dia merasa & dapat bawa balik ke asrama sebiji yang gedabak ni.. hehe.. Kenyang tau dapat sebiji ni sebab saiz muffin ni agak besar juga..
 Terima kasih mama kongsi resepi mudah ni ye.  Rasanya pun not bad... sedap!  Kalau dah 'antu pisang' memanglah apa2 berkaitan pisang tak pernah nak kata tak sedap... hihi...  Muffin ni muffin yang sihat sebab ada whole wheat flour di dalamnya... kaya serat u all!  kebetulan MaDiHaA memang ada stok tepong tu... kalau u all takde tepong tu boleh je gantikan dengan tepong gandum macam MamaFaMi buat.. pun jadi jugak..
 Kalau ada pisang tak terusik tu.. apakata olah jadikan muffin pulak.. jom cuba!

EASY BANANA MUFFINS Posted by MamaFaMi
Source : Easter Bunny via
Allrecipes
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna
Ingredients :
3/4 cup all-purpose flour
3/4 cup whole wheat flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
4 bananas, mashed
1/2 cup castor sugar (MaDiHaA used 1/4 cup)
1/4 cup brown sugar
1/3 cup canola oil
1 egg
Vanilla essence (I added) (MaDiHaA added too..)

Method :
1. Preheat oven to 170 C. Arrange the papercups on a baking tray.
2. Sift the dry ingredients into a bowl. I sifted trice. Set aside.
3. Mix bananas, white and brown sugar, canola oil, vanilla essence and egg together in a separate large bowl.
4. Fold in the dry ingredients into the banana mixture until just incorporated. Scoop batter into prepared muffin cups, 3/4 full.
5. Sprinkle with some chocolate chips.
6. Bake in the preheated oven until muffins spring back when lightly tapped in the middle, 20 to 25 minutes.

Selamat mencuba!

p/s: Sorry malas nak translate ke BM. 

8 comments:

  1. Ahai...ramainya orang post menu pisang hari ini... musim pisang kot... sedapnya muffin boleh lah k.gee cuba pulak nanti...

    ReplyDelete
  2. Muffin lama dh zila x buat..klu tpung gndum pun jd elok jgk ke kak..salin resepi lh.

    ReplyDelete
  3. salam k.diha…..kami tgh dok bersejuk hujan tak berhenti ni. bila tgk muffin akak terliurnye……terasa lapar le plok

    ReplyDelete
  4. Betul easy muffin tu Madiha.. nak jugak akak mencubanya ;)

    ReplyDelete
  5. nampak sedap..besar2 plak tu..sekali makan pasti dh kenyang^^
    boleh nk try lepas ni

    ReplyDelete
  6. ermmm mai sini semangat memasak tu bertambah2...sedapnyer...nak try jugek...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum madihaa..Uj pun ada pisang yang masih blum terusik lagi..teruja pulak nk buat...tksih diatas resepi

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tuan Tanah...

    Tu la kan, kalau ada wheat flour, boleh jadi muffin sihat. Mama hari tu, tak ada wheat flour, tapi jadi muffin sihat gak...sihat makan! Hahahaha....

    ReplyDelete