Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bersua lagi kita... Jika 2 minggu lepas cuaca sejuk melampau2.. sekarang ni cuaca panas dah kembali semula. Anak nak mandi pagi pun dah ok... tak menggigil2 dah... jemuran pun.. kering je sokmo.. Biasalah kan.. ibu bekerja macam MaDiHaA yang tinggal kat aparment.. jemur baju waktu malam.. jemur pulak dekat yard je.. tak kena matahari sepenuhnya.. harapkan bahang panas & angin yang bertiup je. Kalau cuaca lembab memang tak kering kain baju yg agak tebal walaupun semua kain baju basuh dengan mesin basuh. Sekarang ni alhamdulillah.. tiap2 hari kain kering. Cuma.. yang kesiannya.. ada sesetengah tempat ada masalah air pulak.. Semoga masalah air tidak berpanjangan. Kalau lama sangat tak hujan risau juga ada gangguan bekalan air kat Selangor ni. Setakat ni.. kat rumah MaDiHaA belum pernah lagi sampai air kena bercatu. Moga di masa akan datang pun takdelah masalah air ni.. risau sangat bila dah akad janji dengan customer untuk siapkan tempahan lebih2 bila dah ambil deposit.. tiba2 air pula takde. Minta dijauhkanlah...
Oklah.. perkongsian resepi kali ni MaDiHaA mencuba resepi dari blogger masak2 terkenal dari Sedenak... siapa lagi kalau bukan Mat Gebu.. Terima kasih Mat. Sebenarnya MaDiHaA biasa juga masak asam pedas menggunakan ayam. Cuma malas sangat nak salin resepi. Masa masak main campak2 je bahan2 tak bersukat. Jadi payah la nak kongsi resepi kan. Kali ni sajalah nak ikut resepi orang Johor pulak... tapi kali ni resepi asam pedas ala nyonya pulak. Kalau dah namanya asam pedas... memang sedaplah di tekak MaDiHaA hehehe... Nampaknya.. sehari je lauk ikan.. pastu ayam ayam ayam.. hihi...
Terima kasih Mat kongsi resepi.. akak share sini pulak ye...
Asam Pedas Ayam Ala Nyonya
Resepi : Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna
BAHAN-BAHANNYA
:-)
800 gram
ayam, potong ikut suka (MaDiHaA guna 1/2 ekor ayam yg dibuang kulit)1 biji terung bulat (takde stok.. so MaDiHaA tak letak)
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut (MaDiHaA tak letak ni sbb husband tak suka... seteru dia..)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ayam (optional)
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
CARA
MEMBUATNYA :-)
1. Ayam dicuci, kemudian gaul dengan
sedikit tepung (anggaran 1 camca besar) dan perap 10 minit, kemudian cuci
kembali hingga bersih dan toskan. Terung dikupas sedikit kulitnya, belah 6 dan
rendam dalam air yang dicampur sedikit garam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk,
tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis
hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah
pes asam jawa dan kacau sebati. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam
kecut.
3. Tuang air secukupnya (hingga ayam
tenggelam). Kacau dan biar mendidih. Tambah daun limau purut, lada hitam kisar
dan terung (toskan) dan kiub pati ayam (kalau guna), kacau rata dan biar hingga
ayam empuk.
4. Perasakan dengan garam secukupnya
dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...
bestnya asam pedas
ReplyDeletehirup2 best
kak madiha...semua jenis asam pedas umi suka...nak semangkuk...
ReplyDeletenampak sedap asam pedas tu kak..lagi pedas lagi terangkat rasa..hihi..
ReplyDeleteassalam kak...
ReplyDeletewow... masak ayam camni pun sedap gak... wangi bunga kantan tu kan... kot2 cukup bahan nanti boleh la buat lak.. hmmm thanks akak share resepi.. :)
ya Allah kak..sedapnye...lieya suke ayam asam pedas nie....lagi2 tgk tomato kecit2 tu cantik tersusun kat dlm pinggan hah...teliur tgk oit kak .....kene buat weekend ni kak...thanks kak bg idea nak masak ape weekend nie heheheeheh
ReplyDelete