Wednesday, February 19, 2014

Kek Coklat Kukus Moist untuk birthday Haziq & majlis tahlil...



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Deko seadanya... buat kat kampong.. semua bahan kek & bahan deko bawak dari PJ.. itu je yang ada dalam simpanan.. belasah jelah.. hihi..

Rindu weh sehari tak berblog.. hehe.. Nak buat macamana... dah sebati.. dulu sebati dengan Fotopages.. sekarang dengan blog pulak.. Tapi kadang tu kekeringan idea jugak nak berblog ni.. terutama bila poket kering.. idea pun keringlah. Sebab setiap apa yang kita nak hidang dalam blog ni memerlukan duit sebagai modal. Eh! betul apa.. kalau takde duit macamana nak memasak? Kalau tak masak macamana nak update resepi dalam blog? heheheee...

Ok ok.. dah cukuplah membebel.  Kali ni nak kongsi resepi kek coklat yang teramat sedap di tekak MaDiHaA.. yang ni memang betul2 sedap & moist.. tak syak lagi.  Boleh kot nak stick dengan resepi ni kalau ada yang nak order kek coklat. hehehe..  Memang tak mengecewakan... Alhamdulillah terima kasih para sahabat yang berkongsi resepi ni... MaDiHaA ambil dari blog Yatie. Resepi asalnya tak pasti pula dari siapa.. Resepi ganache simple tu dari Kak Nor Secubit Garam.  Memang mudah sangat resepi kek & ganache ni..
Majlis tahlil hanya jemput ahli keluarga saja.. Itupun dah penuh rumah sebab mertua adik beradiknya ramai... jadi anak saudara (sepupu suami) pun ramailah.. cucu2 sedara lagi.. memang meriah!

MaDiHaA buat kek ini masa pulang ke kampong mertua cuti raya Cina hari tu.  Kebetulan husband nak buat majlis tahlil keluarga.. teruslah MaDiHaA buat sekali kek sempena ulang tahun kelahiran anak teruna MaDiHaA yang ke 8 tahun. MaDiHaA buat terus 2 biji kek sebab ahli keluarga kami ramai.. kalau buat sebiji nanti ada pula yang tak dapat rasa.. hihi.. Menu kami malam tu simple aje.  Kami masak mee kari untuk hidangan utama.  Pencuci mulut pula MaDiHaA buat 2 loyang serimuka & seloyang puding marble pelangi selain 2 biji kek coklat yang dipotong selepas majlis tahlil.  Tahlil diketuai oleh sepupu en. hubby (berbaju oren dalam gambar) yang kebetulan boleh di anggap macam ustad (kat kampong memang orang panggil dia ustad.. muda lagi.. hihi..) sebab dia dulu pun belajar kat sekolah agama.  Kerja pun dengan JAIP bahagian Pusat Zakat... pernah jadi imam masjid kat kampong mertua.  Jadi dia jelah orang yang paling layak dalam ramai2 sepupu yang sekolah agama tu.. kalau takde dia.. barulah jatuh ke adik hubby yang nombor 7.. hehehe.. adik beradik suami semua pun habis sekolah agama belaka.. antara yakin dengan tidak aje nak ketuai tahlil... hehe..

Yang ni... dah curah ganache... paipkan pulak dengan coklat filling lebihan inti apam polkadot... bertambah2 sodap!

 

Ok dah jom kita tengok resepi kek coklat marbeles ni. 
KEK COKLAT KUKUS MOIST

Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )

  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder

Cara-cara

1.     Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.

2.     Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.

3.     Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

4.     Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.



GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(MaDiHaA buat 2 adunan terus utk 2 biji kek di atas.. yg satu cover penuh.. satu lagi cover sebahagian)

Bahan-Bahan

  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair (MaDiHaA lebihkan sikit je lagi)
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:

1.     Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.

2.     Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.

3.     Masukkan.minyak dan kacau.

4.     Biarkan seketika baru dicurah atas kek


*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..


 Sangat2 moist & teramat sedap!

Selamat mencuba! Kalau malas nak buat.. silalah order dengan MaDiHaA ye.. hehe..

9 comments:

  1. Akak anak beranak tak jemu makan kek coklat ni... dah teringin pulak bila tengok kek madiha ni...

    Kalau keluarga dah ramai, bila berkumpul memang penuh lah kan Madihah :)

    ReplyDelete
  2. Assalam
    Wowww coklat he hee sedapppp
    Kalu bw blk kg laju je habis kan
    Samalah kak blk kg hari tu pun wat tahlil, insyaallah bln 3 ni blk kg wat tahlil lg

    ReplyDelete
  3. Kak madiha, umi memang guna resepi ni kalau ada oerder kek coklat..cuma ganache je..resepi lain

    ReplyDelete
  4. seronok kumpul ramai2... makan kek coklat besday lagi.. sedap ni.. alhamdullillah..
    Selamat hari lahir haziq.. :)

    ReplyDelete
  5. lama x buat kek coklat
    resepi saya biasa2 je
    x hebat pun, janji sedap hihi

    ReplyDelete
  6. Happy bday Haziq.semoga jd anak yg soleh.Dah lama mengidam nk buat kek sedap ni tp kena tunggu anak anak blk sb knah bertiga je di rumah ni.
    Nnt knah nk try resipi Madiha ni.Nampak lelehan coklat tu dah berair mulut ni hehe

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Happy belated birthday Haziq! Semuga dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa. Kek coklat mmg all time favourite anak anak akak, tambah2 ada lelehan cekelat, wallahhh

    ReplyDelete