Assalamualaikum & salam sejahtera....
KEEP PRAYING FOR MH370....
Bila air takde... banyak kerja terbengkalai.. Nak membasuh tak boleh, nak mandi pun kena jimat2... nak masak kena yang ringkas2 saja. Mujur dalam peti sejuk dah siap dibersihkan segala lauk2 basah. Tinggal defrost & masak saja.
Menu mudah tak perlu nak masak banyak2 jenis lauk... yang penting sedap & mengenyangkan semua rakyat dalam rumahku. Alhamdulillah...
Bihun Goreng Seafood
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 paket bihun (400 gm) ~ rendam sehingga lembut dan toskan
200 gm udang ~ buang kepala & kulit
200 gm sotong ~ dihiris
1 mangkuk hirisan kubis
1 mangkuk potongan kubis bunga (cauliflower)
¼ biji cili capsicum merah ~ didadu1 paket bihun (400 gm) ~ rendam sehingga lembut dan toskan
200 gm udang ~ buang kepala & kulit
200 gm sotong ~ dihiris
1 mangkuk hirisan kubis
1 mangkuk potongan kubis bunga (cauliflower)
¼ biji cili capsicum hijau ~ didadu
1 cawan air
minyak secukupnya
3 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih* (tumbuk bahan2 bertanda*)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar & bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan
udang & sotong. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa..
(boleh rasa sikit samada dah cukup garam) kacau rata.
3. Masukkan sayuran (kecuali cili capsicum) kacau & biar sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata. Akhir sekali masukkan cili capsicum & kacau sebentar.
4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili & juga tauhu goreng.

Selamat memasak...
buat breakfast sedap ni
ReplyDeletefai sejak dah ada Adam ni masak yg simple2 je kak.. sume main campak2 je. hehe..
ReplyDelete