Friday, May 30, 2014

Kerabu Mangga

Assalamualaikum... bersua lagi...


Hari ni rajin sikit... so MaDiHaA masukkan resepi Kerabu Mangga buat tatapan semua..  Dapat 4 biji mangga muda dari rumah adik baru2 ni... maka dikerabukan la 2 biji sebelum ia rosak atau lembek... selera pun memang nak makan yang masam2 je sekarang ni... hihihi...


Kerabu Mangga
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 biji mangga muda saiz besar
5 biji cili padi ~ hiris
4 ulas bawang merah/ 1 biji bawang besar ~ hiris
2 sudu besar udang kering ~ rendam & tumbuk halus
1 biji limau nipis ambil jusnya
1/2 cawan kacang goreng ~ ditumbuk kasar
sos ikan secukup rasa
gula secukup rasa

Cara menyediakan
1. Mangga dikupas & sagat kasar (MaDiHaA pula tu guna sagat halus sebab tak jumpa mata sagat yg kasar hari tu.. )
2. Gaulkan mangga dengan semua bahan sehingga secukup rasa.  Hidangkan segera.  Bolah asingkan sedikit kacang tumbuk tu & tabur semasa menghidang.



Selamat mencuba

5 comments:

  1. Sedapnya kerabu mangga..selalu tunjuk jer kat kedai siam hihiiii..susah gak nk dapat mangga yg sesuai..kalau beli kang lembik lak..tak cedap huhuu

    ReplyDelete
  2. sedapnya kerabu mangga, terliur :)

    ReplyDelete
  3. as salam madihaa, nampak sedapnya kerabu tu meratah memang habis sepinggan tu..

    ReplyDelete
  4. faveret kalau makan kedai tomyam thai mesti order

    ReplyDelete
  5. Salam kak madihaa... ramai org tunjuk kerabu mangga smp tun pon terliur.. tp tun suka wat colek je, bila wat kerabu makan ngan nasik x kena pula ngan tekak ni.

    ReplyDelete