Assalamualaikum & salam sejahtera...
Apa khabar semua? Harap semua baik2 saja ye. Ok.. just quick update hari ni.. kejar masa.. takleh nak celoteh panjang2. Hari ni kongsi resepi nasi tomato yang dimasak sempena menyambut kepulangan anakanda dari asrama minggu lepas. Ayahnya je jemput dengan bas sebab Selasa tu adik2 masih sekolah. Petang Rabu baru mereka balik ke PJ.
Resepi ambil dari blog Mat Gebu. Ikut bahan2 mana yang ada kat rumah je. Terima Mat utk resepinya ye...
NASI
TOMATO
MAT GEBU
BAHAN-BAHANNYA
:-)
4 cawan
besar basmathi, cuci dan rendam 30 minit (cm guna Basmathi Moghul)5 cawan air rebusan ayam (MaDiHaA guna air biasa je)
3/4 cawan susu sejat
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
2 biji tomato merah*(*dikisar halus)
1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar tomato sos
1 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar penuh minyak sapi
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN
TUMIS :-)
1 batang
kayu manis1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
BAHAN
HIASAN :-)
Hirisan
daun supHirisan daun bawang
Kismis secukupnya
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali,
masukkan bahan tumis dan daun pandan, tumis hingga harum, tambah bahan kisar
halus dan masak hingga terbit minyak. Tambah sos tomato dan tomato puree, kacau
rata dan masak sekejap. Masukkan beras, gaul rata dan goreng selama 1 minit
sambil terus dikacau. Matikan api.2. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuang air rebusan ayam dan susu sejat. Tambah garam secukup rasa dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Taburkan kismis dan sedikit bawang goreng atas nasi. Biar hingga nasi betul2 masak.
3. Matikan suis periuk nasi (tujuan untuk mengelakkan nasi terlalu berkerak), gemburkan nasi dengan chop stick. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan rendang ayam.
Selamat mencuba!
Assalamualaikum madihaa, nampak sedap nasi tomato tu, akak baru dpt request dari anak2 uk nk mkan nasi tomato boleh lah ikut resepi madihaa ni ya ..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDh lama xmkn ns tomato..terliur la plak tgk ns akak..sedappnyee
ReplyDelete