Monday, September 15, 2014

Roti Jala Berinti

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Hari ni pasti ramai yang bercuti kan.. maklumlah sempena cuti sekolah.. ambil cuti hari ni sehari dapat cuti 4 hari sebab esok cuti hari Malaysia.  Bolehlah bawa anak jalan2.  Mesti seronok anak2.  MaDiHa nampaknya bekerja macam biasa.  Kena berjimat cermat dengan cuti sebab nak standby untuk suami bila dia masuk hospital nanti.  Cuti hanya tinggal beberapa hari je... jadi tak bolehlah boros sangat... hehe...

Oklah.. takmau bebel banyak2.. hari ni sekadar kongsi resepi yang biasa2 je.  Salah satu juadah berbuka masa bulan puasa tempohari.  Teringin pulak nak makan roti jala yang digulung dengan inti.  Biasa tu cicah dengan kari.. tapi kali ni gulung dengan inti ala2 inti karipap.  Anak2 memang suka kalau kuih2 savoury macam ni.




Roti Jala Berinti
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan2 Inti
250 gm kentang ~ kupas & potong dadu
1 biji lobak merah ~ kupas & potong dadu

200 gm isi ayam ~ didadu 
1 1/2 sudu besar udang kering ~ rendam air panas & tumbuk 
1 biji bawang besar ~ potong dadu  
2 ulas bawang putih ~ dihiris 
3 sudu besar rempah kari ayam /daging 
1 sudu kecil serbuk cili  
garam & serbuk perasa secukupnya  
1 sudu besar gula  
minyak secukupnya (tak perlu banyak) 
air secukupnya 

Cara menyediakan inti 
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar & bawang putih hingga wangi.  Masukkan rempah kari, serbuk cili & udang kering & kacau rata.  Masukkan ayam & biarkan ayam masak. 
2. Masukkan kentang, lobak merah & air sehingga ubian tersebut tenggelam & lebihkan sikit airnya kira2 1 cm dari paras ubian tadi.  Biar mendidih & sesekali dikacau supaya empuk rata.  
3. Bila mendidih bolehlah masukkan gula, garam & serbuk perasa secukup rasa. Sentiasa kacau inti apabila hampir kering supaya inti tidak berkerak & hangit. Biar hingga betul2 kering. Matikan api & sejukkan sebentar. 



Bahan2 Roti Jala  
3 cawan tepung gandum 
3 ½ cawan air 
1 biji telur  
sedikit pewarna kuning  
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan 
1 sudu kecil rata garam  
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara2nya 
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.  
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali. 
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .  
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan.  Ulang proses yang sama & sementara itu.. gulung roti jala dengan inti yang disediakan tadi. 
5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang ) 
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. assalamualaikum kak..
    nani pun keje.. ingat nak cuti balik kg.. tapi suami pula yg tak dpt cuti.. jadi kitroang dua2 keje.. sok cuti nak bawa anak2 gi mandi pool je.. :) roti jala ni fev mr mama.. kalau buat seharian tak sentuh nasi dah.. heheh

    ReplyDelete
  2. Fuhhhh lama xmai dapur maya sis ratna nie hehhehehhe terliuq tgk roti jala pebret d5 nie sekali mkn 6 bijik pun boleh sedapppp.....

    ReplyDelete
  3. Tq resepi sedap ni lama tak buat,, kena dengan teh o panas...angin sepoi2..fuhhh

    ReplyDelete