Monday, September 22, 2014

Sambal Tempoyak Daun

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pertama kali MaDiHaA makan sambal Tempoyak Daun ni masa bertandang ke rumah kakak angkat kakak ipar di Felda Bukit Damar, Pahang.  Bila sekali merasa terus jatuh cinta.  Maka tertanya2lah apa ramuannya.  Kakak tu pun berkongsilah ramuan serta daun2 kayu yang boleh dicampurkan dalam sambal tersebut.  Antara yang wajib ada mestilah pucuk ubi, petai, ikan bilis, daun kunyit.  Tambahan sekiranya mudah dijumpai adalah pucuk2 kayu umpamanya daun pucuk ara, pucuk labu, daun kadok dan macam2 lagi jenis pucuk yang MaDiHaA sendiri pun dah lupa sebab dah lama sangat.

Kalau tak silap MaDiHaA sambal ni asalnya dari Negeri Sembilan.  Tapi tak taulah macamana ianya boleh popular kat Pahang juga.. hehe.. Mungkin sebab dalam Felda tu dah bercampur orang2 dari pelbagai negeri.. jadi masing2 bertukar2 resepi.. sebab tu kat Pahang pun boleh jumpa sambal yang sedap ni.. 

Oleh kerana tempohari MaDiHaA bawa balik petai & juga pucuk ubi dari kampong, maka memang dah berangan2 nak masak Sambal Tempoyak Daun ni.  Rindu sangat sebab dah lama tak makan.  Sebenarnya sambal ni ada banyak nama antaranya sambal daun, tempoyak daun kayu, sambal tempoyak daun dan macam2 lagi sebutannya.  Tak kisahlah tu kan.. yang penting ianya benda yang sama je.

Oklah ini sambal versi MaDiHaA guna apa yang ada je... kalau nak sambal yang original.. memang tak merasalah kan.. mana nak dicari kesemua daun2 yang khabarnya perlu ada 44 jenis daun tu.. wahh.. jenuh makcik nak cari.. hehe...


Sambal Tempoyak Daun
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
250 gm pucuk ubi yang telah direbus empuk ~ sejukkan & dihiris nipis
1 cawan isi petai yang dibelah dua
1 cawan ikan bilis yang siap dikopek bersih
2 helai daun kunyit ~ buang tulang belakang & dihiris nipis2
5 helai daun kadok ~ dihiris nipis2
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
garam & gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus
2 batang serai dihiris
1 inci kunyit hidup
1/3 cawan cili padi
4 - 5 sudu besar tempoyak baru (tempoyak yang tak masam) nak lebihkan pun boleh

Cara menyediakan
1. Jerang bahan kisar bersama santan, air, ikan bilis & petai sehingga mendidih sambil dikacau2.
2. Bila mendidih, bolehlah masukkan pucuk ubi rebus yang siap dihiris, daun kunyit, daun kadok, asam keping serta garam & gula secukup rasa.
3. Kacau rata sehingga sambal agak pekat.  Pastikan ianya secukup rasa. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama nasi panas2 disamping lauk kegemaran masing2.

Selamat mencuba!

7 comments:

  1. selalu jugak dengar tapi tak tahu cemana ruppany,, sekrg baru kutahu, hehehe

    ReplyDelete
  2. Famili MIL selalu buat lauk ni dan berselera nmpk diorng anak beranak makan...compom sedap tu.. k.gee tak makan tempoyak so tengok ajelah... hihi

    ReplyDelete
  3. 1st time cuba mkn ni dkt umh mmber...woww.teringt smpai sudah.. Try buat sendiri plak.tp xsama..huhuh

    ReplyDelete
  4. assalam diha..terus teringin nak buat..tunggu hari sabtu la..dapat beli semua bahan..acik pun tak guna banyak..pucuk ubi..pucuk labu..daun kunyit..petai..serai dan bilis..tempoyak kena banyak..pedaskan sikit..berair mata kan diha..sebab tempoyak ada manis..lega sikit..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Lauk yg merbahaya ni kak..mau bertambah tambah nasi dpt mkn lauk mcm nii hehee sedapnyaa petai kegemaranku..tambah pulak tempoyak+pucuk2 tuu..alahai sedapnyaa

    ReplyDelete