Monday, December 1, 2014

Aktiviti Kacau Bubur Asyura Terengganu bersama Che Muda Legacy..... (bulan lepas punya story....)



Assalamualaikum & salam sejahtera semua...




Syukur alhamdulillah keinginanku untuk merasa bubur asyura Terengganu akhirnya menjadi kenyataan.  Dah bertahun2 tak dapat merasa keenakan bubur asyura.  Hidup kat bandar ni.. lebih2 lagi di kawasan perumahan jenis apartment... tidak ada aktiviti seperti dikampung2.  Bila masuk bulan Muharam tekak sentiasa dok mengidamkan asyura.  Tak kiralah asyura versi mana pun... tapi yang pernah MaDiHaA buat versi Kedah & Terengganu.  Dua2 pun menjadi kegemaran MaDiHaA.  Oleh kerana tak tertahan akan godaan melihat asyura dalam facebook yang kawan2 dok tayang pada bulan lalu.  Akhirnya MaDiHaA berpakat untuk kacau asyura dengan adik, sepupu2 & ibu saudara yang ada kat Selangor ni  atau kami gelarkan Che Muda Legacy dalam group WhatsApp (Che Muda tu arwah tokki kami).  Bila kata sepakat diperolehi.. maka hari Ahad 9hb November lepas aktiviti mengacau bubur pun berjaya dibuat.  Oleh kerana kami memang asalnya dari Terengganu... jadi asyura pilihan kami mestilah asyura Terengganu.  Alhamdulillah semua bahan2 berjaya disiapkan dengan cara berkongsi2 bawak sorang sikit.  Lokasi tempat mengacau bubur mestilah di rumah ibu saudaraku Puan Khatijah atau lebih mesra kami semua panggil beliau Sujah (mak saudara bongsu... sebab tu ada perkataan su kat depan namanya..hihi..). 


Oleh kerana berkongsi 5 keluarga.. maka kami pun gandakan kuantiti bahan2 iaitu menggunakan beras sebanyak 2.5kg.  Bahan2 yang lain pun haruslah digandakan juga.   Masa yang diambil untuk mengacau bubur asyura tempohari ialah lebih kurang selama 6 jam lebih!    Phewww!  Walaupun penat.. tetapi seronok.. berkumpul ramai2.. bergilir2 pegang sudip sambil bertukar2 cerita sebab dah lama tak berjumpa... hehe.. 


Selain masak bubur asyura.. mak saudara ada juga masak nasi untuk kami kebetulan Sujah ada masak untuk tempahan.  Special pulak tu ada asam pedas tenggiri, sayur campur, ayam goreng berempah & sambal belacan.   Petang pula hidang bihun goreng disamping MaDiHaA sendiri bawak bekalan muffin pisang coklat chips & sepupu ku Marlida bawa puding roti & cheese tart.  Sepupuku abang Fauzi bawa pulut kuning & kari ayam (wifenya kak Liza yang masakkan).  Kami suruh dia bawak makananan je sebab semua bahan2 untuk bubur kami dah sediakan.. hehe..  Marlida pula tak boleh datang awal.. jadi dia hanya bawa bahan2 untuk topping sebab kalau suruh dia bawak bahan2 lain... lambatlah pula kami boleh mula masak buburnya... Lepas asar baru dia sampai..kihkihkih.. Hmm... Bila dah ramai2 tu... memang kecoh dan gamat sekejap rumah makcik ku... hidang apa saja semua habis. Air sirap tak tau berapa jug habis, air teh o lagi, teh susu lagi... hmmm... seronok!



Ok.. ini resepi asyura versi Terengganu yang kami buat tempohari.  Ikut selera kami memang dah puas hati dengan hasilnya.  Jika suka warna yang lebih gelap boleh gunakan gula nissan.  Asyura versi Terengganu tak begitu manis & kuat sangat rasa rempahnya berbanding asyura versi Kelantan.  Akan tetapi bahan2nya lebih kurang sama.  Cuma versi Kelantan kuantiti rempah & gula dilebihkan sedikit.  Ok... resepi yang dikongsikan resepi yang MaDiHaA dah kecilkan dari kuantiti yang kami buat tempohari. 


ASYURA TERENGGANU
Resepi : MaDiHaA aka Ratna


Bahan-bahannya:  
1 kg beras ~ dicuci bersih
Air secukupnya untuk kembangkan beras
500 gm ikan selayang/sardin ~ direbus & ambil isinya
800 gm daging ~ dipotong dadu sederhana kecil
1 ekor ayam ~ buang kulit ambil bahagian isinya sahaja ~ dipotong dadu sederhana kecil
500 g bawang merah ~ dijadikan bawang goreng
700 gm gula pasir/gula perang (kalau guna gula perang boleh lebihkan sikit)
1 kg santan pekat
 
1 cawan kacang hijau ~ direndam semalaman
2 cawan kacang buah pinggang (kidney bean) ~ direndam semalaman
500 gm ubi keledek ~ potong dadu kasar
1 biji kelapa dijadikan kerisek
1 sudu kecil lada hitam yang siap dikisar
6 sudu besar rempah asyura (rempah khas) ~ dicampur air jadikan pes
garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus
500 gm bawang besar
5 btg serai 5 cm halia 5 ulas bawang putih

Topping/Hiasan

Sambal kelapa (sangai kelapa parut + isi ikan rebus + lada hitam, garam & gula)
Crepe telur (adun tepong, air, telur & garam spt kuih dadar tetapi lebihkan kuantiti telur ye. Kemudian bolehlah dibuat crepe telur. Gulung & hiris crepe.
Agar2 warna warni (masak serbuk agar2 & sedikit gula. Tambah pewarna kesukaan & bekukan dlm bekas berasingan)
 





Cara Menyediakan  
1. Kembangkan atau jerang beras bersama daging, ayam, isi ikan (dilerai2kan), kacang buah pinggang dan kacang hijau dengan air secukupnya sehingga kembang & lembut. Sesekali dikacau supaya tidak hangit.
2. Masukkan bahan2 yang dikisar halus & sesekali dikacau biar sehingga ia memekat.  
3. Masukkan ketulan keledek, pes rempah, kerisek, bawang goreng dan santan.
4. Masukkan garam dan gula dan kacau sehingga rata dan benar2 pekat. (Jika kurang pekat ia tidak boleh mengeras & tak boleh dipotong). Boleh cuba letak seseduk kecil dalam piring dan lihat teksturnya bila sejuk samada mengeras atau masih lembik. Jika masih lembik teruskan lagi mengacau sehingga benar2 pekat)  
6. Bila cukup pekat.. bolehlah tuangkan dalam loyang atau bekas kecil. Taburkan dengan topping.  
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan  

SELAMAT MENCUBA!

13 comments:

  1. sedaplah bubur asyura ni kak. dah pernah rasa.

    ReplyDelete
  2. sedapnyer.... dana dh penah cube semua versi bbr asyura, masa dana belajar kt jengka tu baru tau beza bbr asyura pantai timur, selatan n utara... bbr asyura kt johor dia mcm bbr lambuk tp banyak bahan lg tp rasa pedas n berempah... kalu pantai timur agak manis skit tp ttp berempah... utara pun lalin skit kan... tp dana suke sume nyer

    ReplyDelete
  3. rindunya bubur Asyura Terengganu.. dulu-dulu masa arwah mak ada kalau musim asyura nih nanti ramai la sedara mara cari dia.. acara wajib stiap tahun gotong royong buat asyura kat rumah.. arwah dah 6 tahun tak ada.. 6 tahun la tak merasa makan bubur asyura..

    ReplyDelete
  4. SAlam Singgah

    Jika sudi follow blog saya ye..tq

    http://teratakcassia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Pertama kali tengok.
    Belum pernah ada chance nak cuba merasa.

    ReplyDelete
  6. Nak tanya sukatan 1kg beras tu boleh dapat berapa polistrin/kontena?

    ReplyDelete
  7. Nak tanya sukatan 1kg beras tu boleh dapat berapa polistrin/kontena?

    ReplyDelete
  8. Ku Haniza : akak tak pasti dapat berapa bekas sebab yang akak buat tu 2.5kg beras. Jadi Ku boleh agak sendiri gambar hasil yg siap masak yang akak buat tu dari 2.5kg.. jika 1kg bermakna kurang dari separuh dr gambar yg akak tunjuk tu kot...

    ReplyDelete
  9. Rempah asyura tu beli kat mana ye?

    ReplyDelete
  10. Rempah asyura tu beli kat mana ye?

    ReplyDelete
  11. Ati Rahmat : rempah asyura rasanya hanya jual di Kelantan/Terengganu. Selalunya kat pasar2 dorang jual.

    ReplyDelete