Friday, February 6, 2015

Gulai Ikan Aye / Tongkol



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Rindu dah rasanya nak makan ikan aye atau ikan tongkol ni.  Ikan ni salah satu ikan yang amat disukai.  Kerap jugak suami beli & biasanya MaDiHaA akan rebus dengan asam keping & garam.  Kalau malas nak menggulai, goreng kosong macam tu pun dah cukup sedap.  Tongkol jenis lembut menjadi pilihan MaDiHaA.  Tapi sejak2 lepas pembedahan tempohari, suami dah tak pernah beli lagi sebab MaDiHaA kan masih kena berpantang.  Antara ikan yang belum berani MaDiHaA makan ikan aye & ikan kembong.  Selain tu, sotong, ketam, kerang & udang memang tak berani langsung nak sentuh.  Orang tua2 cakap takut gatal.  Biasanya masa berpantang bersalin pun ikan ni memang wajib dielakkan.  Gatal macamana tu MaDiHaA kurang pastilah.. tapi bila orang tua berpesan macam tu.. kita ikutkan ajelah kan.  Jangan berani2 nak langgar pantang & pesanan orang tua.  Buruk padahnya nanti... hihi... 

Oklah ini lagi satu resepi tertunggak yang dah lama MaDiHaA masak.  Resepi ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam.  Memang sedap & kena betul dengan selera MaDiHaA... Terima kasih Kak Nor.. Lama betul kak Nor sepi & tak update blog... rindu betul dengan masakan kak Nor...


GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang) resipi : K.Nor@SecubitGaram
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna  
Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi (MaDiHaA letak cili besar sbb kehabisan stok cili padi)
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan. ** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)

No comments:

Post a Comment