Inilah menu sarapan kegemaran keluarga kami. Buat selalu pun tak jemu2. Apatah lagi jemput2 ni walau dibiarkan hingga ke petang pun ianya tetap lembut. Bila tiba bulan puasa... kadang2 MaDiHaA buat juga jemput2 ni sebab en. suami lebih suka berbuka dengan kuih2 savoury berbanding kuih manis ataupun nasi. Mula2 kawin dulu hairan juga kenapa en. suami bila berbuka taknak makan nasi. Sebab kalau ikut family MaDiHaA berbuka puasa wajib minum air berais, jamah kuih manis sikit lepas tu terus makan nasi. Tapi bila dah lama hidup bersama dengan suami ni... dah fahamlah macamana selera en. suami. Berbuka wajib dengan air teh o panas. Jadi MaDiHaA dan anak2 pun terikut2 cara en. suami.. berbuka puasa memang jarang2 sentuh nasi putih. Kami berbuka umpama kami bersarapan pagi gitu... cuma bezanya.. kadang kala ada tambahan dengan kuih muih manis. Itupun sebab ikutkan keinginan tekak MaDiHaA sendiri. hehe..
Balik kampong baru ni pun sempat MaDiHaA bancuh sebesen besar adunan jemput2 ni. Belum sempat MaDiHaA gorengkan, tup tup pakcik yang sama2 ikut kami balik kampong rupanya dah memborong & bawa balik sarapan pagi untuk kami semua. Rupanya lepas dia habis solat subuh di masjid terus dia meronda cari sarapan ala kampong kat kampong MaDiHaA. MaDiHaA hanya goreng jemput2 sekuali je la lepaskan kempunan mak yang nak merasa. Selebihnya bancuhan disimpan dalam peti sejuk & adik goreng keesokkannya bila kami dah balik ke Raub. Adik siap wassap lagi puji jemput2 tu sedap. Motif MaDiHaA cerita ni sebab nak bagitau untuk ibu2 bekerja macam MaDihaA yang nak sediakan sarapan pagi untuk anak2 & suami nak sekolah & kerja tu bolehlah siapkan adunan jemput2 ni sebelah malamnya & simpan dalam peti sejuk. Esok pagi2 tinggal gorengkan aje... Kan senang kerja tu..
Jom tengok resepi!
JEMPUT2 NASI IKAN BILIS BERSAYUR
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-Bahan
- 2 cwn nasi sejuk
- 2 cwn air
- 1 biji bwg besar ~ didadu
- 1/2 cwn atau segengam ikan bilis yang siap dibersihkan
- 2 1/2 cwn tepung gandum
- 1 mangkuk sederhana hirisan halus kubis (boleh ganti dengan taugeh atau campuran apa2 sayur yang dirasakan sesuai)
- sedikit garam
- Minyak untuk mengoreng
- Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis & kisar sebati. Tuangkan bahan kisar ke dalam sebuah bekas mengadun.
- Masukkan tepung gandum, garam & kobis ke dlm bekas berisi bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
- Panaskan minyak dan goreng adunan sebiji2 menggunakan sudu ke dalam minyak panas hingga garing kedua2 belah.
- Sedia dihidangkan dengan sos kegemaran.
1st time wana dengar jemput2 nasi tapi menarik ni kak.. :)
ReplyDelete1st time juga tengok resepi jemput2 nasi dan bilis.. boleh try ni.....
ReplyDeleteSalam kak madihaa.. husben tun peminat jemput2 ikan bilis.. bila xde idea nk bekfes ape, tiap2 kali tanya dia nk bekfes ape mmg dia ckp jemput2 ikan bilis.. hehe
ReplyDeleteArini sy cbe buat. . Tp melekat kat kuali ...Npe ek ?😭😭😭
ReplyDelete