Thursday, May 21, 2015

Kurma Telur



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni kongsi resepi hujung bulan plak yer.  Hehehe.. Kadang sampai dah tak tau nak masak lauk apa. Kadang2 bosan juga dengan lauk yang sama je... so tukar ke menu telur pulaklah.  Mudah & murah...


KURMA TELUR

Resepi : MaDiHaA aka Ratna



Bahan2
5 biji telor rebus ~ dikupas & digoreng sekejap
2 biji ubi kentang ~ dikupas & potong 4
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
3 sudu besar rempah kurma ~ campur sikit air jadikan pes
2 cawan santan sederhana pekat
2 biji cili hijau dibelah dua atau 6 biji cili padi
Tomato jika suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis



Rempah tumisan
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga



Cara menyediakan

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang & biar hingga wangi. Masukkan pes kurma & kacau rata hingga naik minyak.
  2. Masukkan santan, kentang, garam & gula. Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak.
  3. Masukkan asam gelugur, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar & cili padi. Masak sekejap & akhir sekali masukkan tomato. Kacau2 kejap bolehlah matikan api & hidang.
Selamat memasak!

13 comments:

  1. husbnd sy cukup suka kalu telur rebus ni dimasak kari.. kurma belum pernah lagi, mungkin dia suka juga kalau sy masak mcm ni. betul tu kak.. mudha dan murah tapi terbaekkk!!

    ReplyDelete
  2. ni masakan wajib lieya kak kalo ade kenduri kawin sebab dpt telur rebus byk haahahahaha.... tak pun buat kari...tapi tu laa hubby lieya tak laju sgt makan telur rebus nieh...kalo telur mata die laju laaaa...

    ReplyDelete
  3. Resepi "murah" tapi ada classs hihi..
    lama dah tak makan...
    memang sedap, tapi,kolestrol macam tinggi ja..hihi...



    Jom kawal kolestrol dengan PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    ReplyDelete
  4. assalam
    apakhabar kmadiha
    rinduunya.
    nak jln2 tgk resepi
    lauk kegemaran suami dan si sarah
    masakkurma

    ReplyDelete
  5. Thanks for the resepi.Simple tp menyelerakan.Arini kite masak kurma jom :-)

    ReplyDelete
  6. Thanks for the resepi.Simple tp menyelerakan.Arini kite masak kurma jom :-)

    ReplyDelete
  7. Masak simple2 ni sedap kena dgn nasi panasπŸ˜‹

    ReplyDelete
  8. Good artcile, but it would be better if in future you can share more about this subject. Keep posting. There are so many fun and exciting things to do and experience around the world that I thought I'd put together a list of my favourite Things to do for all travelers ...

    ReplyDelete