Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bz sikit lately ni. Jom MaDiHaA kongsikan resepi Laksam. Menu pantai timur Terengganu & Kelantan yang sangat popular di sana. Dah lama juga MaDiHaA tak membuatnya. Inilah menu yang MaDiHaA sempat sediakan masa pak saudara dari Terengganu & mak saudara dari PJ, serta sepupu2 datang bertandang di rumah MaDiHaA. Sebenarnya.. dah 2 kali buat gara2 tak puas makan. Masa buat kali pertama tak sempat nak ambik gambar yang proper pun.. hihi.. Kali kedua.. buat lagi masa semua sepupu2 datang berkunjung ke rumah. Kali ni baru sempat ambik gambar.. Tapi masih tak sempat nak ambik gambar yg siap hidang dalam pinggan.. yang terhidang kat meja je yg sempat ambik gambar.. haha.. Walaupun cerewet sikit & agak ambil masa menyediakan... tapi berbaloi2 sebab semua tetamu suka.. hihi...
Laksam
Bahan bahan laksam
3 cawan
tepung beras (seeloknya guna cap 3 gajah/ 5 gajah)1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
Cara menyediakan
1.Bancuh semua tepung dengan air hingga rata. Kemudian tapiskan.
2. (kaedah microwave) Sapu minyak pada pinggan, tuangkan sedikit adunan tadi dlm pinggan, dan masukan dlm microwave selama 2minit pada suhu 900w. Bila dah masak tunggu sejuk sebentar baru gulung.
3. (kaedah periuk pengukus) Pastikan panaskan dulu kukusan. Sapu minyak masak pada tutup periuk. Masukkan dalam kukusan. Tuangkan adunan & kukus selama 10 minit.

4. Bila dah masak, sejukkan sekejap kemudian, gunakan pisau plastik & kuis2 laksam dari tepi & gulung perlahan2 menggunakan pisau tadi & letakkan dalam pinggan lain.
5. Boleh terus sambung mengukus dengan menyapu minyak pada tutup periuk tadi tanpa perlu dicuci walaupun ada kesan2 tepong yang melekat. Ulangi cara yang sama sehingga adunan habis.
Bahan-Bahan Ulam & Sambal
Timun -potong halus memanjang
kacang panjang - potong halus
Daun kesum - hiris halus digaul bersama kacang panjang
taugeh - buang ekor & cuci bersih
limau nipis
Untuk sambal boleh guna cili kering blend halus (campur air masak sikit je ye) atau boleh juga gunakan cili padi tumbuk halus (Nak tumbuk campur belacan sekali pun boleh)
Bahan Untuk Kuah
6 ekor Ikan selayang - rebus + garam & asam keping
1 biji kelapa - ambil santan secukupnya
3 keping asam keping
5 ulas bawang merah

1 hiris halia
Sedikit lada hitam tumbuk
Garam secukup rasa
Cara menyediakan
1. Ikan diambil isinya sahaja dan blend dengan bawang & halia.
2.Campurkan semua bahan2 di atas dan masak atas api sampai mendidih dan pekat.
Cara menghidang
Cara menyediakan
1. Ikan diambil isinya sahaja dan blend dengan bawang & halia.
2.Campurkan semua bahan2 di atas dan masak atas api sampai mendidih dan pekat.
Cara menghidang
Potong laksam pendek2. Taburkan ulam2an, perah limau, curahkan kuah dan
bubuh sambal belacan. Gaul rata & sedia untuk dinikmati. Jika kurang masin, boleh taburkan sedikit garam ikut selera masing2. Jika suka belacan lebih.. boleh tambah belacan & ratakan belacan dalam kuahnya.
Selamat mencuba!
terliur la kak,peberet Liza ni..
ReplyDeletefeveret !!!
ReplyDeletepeberet....tp dana tak rajin bt laksam.... mkn ngn mee lidi atau laksa mee je kak
ReplyDeletekeliatannya sangat enak kuenya !!
ReplyDeleteTerapi Obat TBC