Assalamualaikum & salam sejahtera...
Minta maaf sebab masukkan resepi ulangan je. Sebenarnya dah
beberapa kali buat kek buah kukus yang marbeles ni. Memang tak rugi
mencuba sebab hasilnya memang puas hati. MaDiHaA buat sekali lagi kek ni masa
buat makan2 untuk sepupu tempohari. Bila dah siap potong-potong dan susun
cantik2… jadi rajinlah nak ambik gambar.
Sebab nak hidang kat tetamu, MaDiHaA buat 1 ½ adunan & gunakan loyang
empat segi saiz 9 inci. Kalau buat 1 adunan boleh gunakan loyang saiz 7” atau 8”.
Jom kita semak resepi...
KEK BUAH
KUKUS
Resepi :
Chef Zubaidah Chepa(buku Steamed Cake terbitan One Publisher)Sumber : Hanamemories
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey
Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - MaDiHaA tambah 10 biji ceri merah
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* ~ MaDiHaA guna 1 3/4 sudu kecil
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla
1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas
perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan
buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*. Masukkan ke dalam
adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga
sebati. Bolehlah panaskan periuk kukusan dengan air yang mencukupi.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang
dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk
kayu juga.
4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter
keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium
foil.
5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang
diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj) ~ MaDiHaA kukus 3 jam. Nota MaDiHaA :
Jika perlu menambah air dalam periuk kukusan... sila gunakan air panas untuk
mengelakkan proses memasak kek terbantut.
6. Sejukkan sebelum dipotong. (Pastikan kek benar2 sejuk
seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika
dipotong). Setelah masak.. MaDiHaA terus keluarkan kek dari periuk
kukusan & biarkan kek berada dalam loyangnya dan sejukkan di bawah
tudung saji. Petang keesokkannya barulah dipotong.
Nampak cantik elok kek tu Madihah..
ReplyDeleteMadihah jual 1kg berpa ye..
Lama tak skodeng.....bestnya kek.....seru tak sampai2 nak buat sendiri hehehe.....
ReplyDeleteTerbaek kek buah ni kan kak madihaA
ReplyDeleteNmpk sedap sangat kek buah tu..
ReplyDeleteSy fizah.kuih yg kaler hijau tu mcm sdp lembut je kak madiha.apa nama kuih tu
ReplyDeleteFaizah'pejot Pejot : yang warna hijau tu puding kiwi... resepi akak dah letak dlm entry yang sebelumnya... semak entry terdahulu ye...
ReplyDeletenampak sangat sedap kuenya , ijin copy resepnya !! Jelly Gamat Luxor
ReplyDeleteAssalamualaikum Madihaa. Nak tny, bahan² yg ada tanda * tu, maksudnya apa ye?
ReplyDeleteTerima kasih sbb sudi share resepi :-)