Assalamualaikum & salam sejahtera...
Tiap kali en. suami beli sotong, mulalah kering idea tak tau nak masak apa. Kalau ikut selera anak2, dorang suka masak sambal tumis je. Tapi tekak kita pulak dah rasa jemu. Nak goreng tepong malas pulak nak kerjakan sebab sotong kali ni saiznya tak besar sangat. Pastu selak2 buku resepi Chef Hanieliza... nampak resepi mudah Sotong Masak Lada Hitam ni. Kira on ajelah walaupun ada bahan yang tak cukup iaitu buah tomato.
Boleh tahan juga sedap sotong dimasak lada hitam ni ye. Tak terfikir pulak boleh masak macam ni. Apa2pun.. terima kasih kak Liza untuk resepi.
SOTONG MASAK LADA HITAM
Sumber : Chef Hanieliza (buku Senangnya Masak Makanan Laut)
Bahan2
500 gm sotong sederhana besar (dipotong kecil)
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang
1 biji tomato - dibelah 6
Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)
Bahan Tumis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris (akak letak 1 lg cili hijau)
Cara Memasak
- Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
- Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lad hitam, kacau sebentar.
- Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan.
Selamat mencuba!
Nampak sedap tu Madihah..
ReplyDeleteBoleh akak cuba nanti..
Tq share resepi..