Wednesday, January 20, 2016

Kerutup Daging

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Satu lagi resepi dari chef tersohor iaitu Chef Wan yang sempat MaDiHaA cuba. Ini pun dah lama juga MaDiHaA cuba... tunggu masa je untuk ditaip ke blog.  Alang2 ada masa sikit ni cepat2 kita share dalam blog.  Resepi terbaik eloklah kita kongsi2kan supaya boleh kawan2 yang lain pula mencubanya. Mungkin ada yang belum sempat membeli buku Chef Wan ni kan.

Resepi kerutup daging ni saling tak tumpah macam resepi rendang daging.  Cuma ada tambahan rempah2 kasar tu.. Sedap hidang dengan nasi berperisa atau nasi putih.  Makan dengan pulut kuning pun sedap.

Silalah mencuba jika berkesempatan ye.. Hari ni MaDiHaA rajinkan diri taip masuk blog untuk perkongsian bersama...




Kerutup Daging
Resepi : Chef Wan (dari buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan)
Dicuba & dikongsi oleh MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
25 ml minyak masak
3 helai daun pandan, koyak dan simpulkan
1 kg daging tanpa lemak dihiris
750 ml santan dari 1 biji kelapa
2 keping asam keping
1 sudu makan gula
55 g kerisik
1 helai daun kunyit dihiris halus
garam secukup rasa

Bahan Rempah Ratus
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis

Bahan Pes Rempah
20 - 30 biji cili kering dibuang biji & direndam (MaDiHaA rebus)
200 gm bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh jintan putih
15 - 20 biji lada hitam

Cara Menyediakan
  1. Satukan bahan pes rempah ke dalam pengisar dan kisar halus.
  2. panaskan minyak dan tumiskan rempah ratus dan daun pandan hingga naik bau wangi. Masukkan pes rempah kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan masakkan hingga daging mengecut. Masukkan santan dan asam keping. Renehkan hingga kuah pekat.
  4. Masukkan pula garam, gula, kerisik dan daun kunyit. Buang daun pandan dan asam keping tadi. Hidang panas bersama nasi.
 Selamat mencuba!

5 comments:

  1. best ni sbb semua rempah kita adun sendiri lebih original kan madihaa boleh try resepi ni nnt

    ReplyDelete
  2. aduh kak...masuk sini plak ari kamis....menduga betul iman org puase nie heheheeheh.... seb baik takde daging dlm esbok kalo tak balik ni dah masak resepi ni...leh bebuka makan daging kerutup versi akak...tapi rasenye balik ni lieya maska nasi lemak jek la kak...berbuka nasi lemak ajek laaaa....

    ReplyDelete
  3. hmmm msti sedap nih... bau semerbak sbb banyak rempah...

    ReplyDelete