Thursday, March 10, 2016

Kari Kepala Ikan Ala Mamak.... terbaikkkk...

Assalamualaikum & salam sejahtera..
 
 
Lama tak masak kari ala mamak untuk hidangan keluarga.  Biasa kalau ada ikan yang sesuai barulah rajin nak masak kari mamak ni.  Kalau ikan kecik2... lebih suka digoreng je.  Alhamdulillah ada rezeki dapat masak kepala ikan tenggiri iaitu kepala ikan lebihan masak untuk tempahan. Isi masak untuk tempahan, kepala & ekor untuk tuan rumah.. hehe.. berselera makan dibuatnya.. syukur alhamdulillah di atas rezeki dari Mu ya Allah... Ni kalau makan kat restoren, tak tau berapa puluh la kena cas ni kan.  Yelah ikan tenggiri segar ni memang boleh tahan juga harganya.  Tak mampu laa.... masak sendiri jelah lebih jimat..

Penggemar kari kepala ikan... bolehlah cuba masak sendiri pula lepas ni... resepi ni antara yang terbaik pernah MaDiHaA cuba... Jangan ragu2 nak mencubanya ye...
 
 
 
KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK

Bahan2
2 ketul kepala ikan tenggiri yg siap dipotong (nak guna kepala ikan lain pun boleh)
5 sudu besar rempah kari ikan
1 1/2 sudu besar serbuk cili

Bahan2 Kisar (bahan kisar ni dicampur dengan serbuk kari & serbuk cili)
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam yg dikisar halus

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

2 tangkai daun kari (Jangan leraikan)
1 sudu kecil sedikit halba campur 
1 sudu kecil biji sawi
2 sudu besar (jangan mumbung sgt) asam jawa berbiji (+ air ambil jusnya)
garam & gula secukup rasa
air secukupnya utk kuah (jangan byk sgt / sikit sgt.. agak2)

Bahan Rampai
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHaA guna bendi je)
Cili hijau jika suka
Buah tomato  jika suka

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur & biji sawi. Setelah agak layu masukkan bahan mesin yang dicampur serbuk kari & serbuk cili.  Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Jika guna terung bulat, masukkan terung bulat dahulu biar agak lembut kemudian baru masukkan ikan & sayuran lain. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.
 
Selamat mencuba!

6 comments:

  1. Salam akak...
    kari ala mamak..sedapnya rasa

    ReplyDelete
  2. Sedap tu Madihah..
    Dah lama akak tak masak kari kepala ikan ni..
    terlior pulak tengok kari madiha ni :)

    ReplyDelete
  3. Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

    Aaron
    aarongrey112 gmail.com

    ReplyDelete
  4. sedapnya kari ikan ala mamak ni kak, tgk kepala ikan tu pun mmg puas hati la,besauuu

    ReplyDelete
  5. What a delicious recipe!! Before I have not visited your site but now am decited that regular visit site!! coz of great recipes!
    I also have a food blog but still didn't try dis type of recipe.thanks for sharing!!
    http://hungerszone.com/

    ReplyDelete
  6. Salam kak,
    Sy xtau nak contact akak mcm mana. Tapi sy teringin nk buat tempahankuih homemade.Now pregnant 7 month. Sggup byr berapa pun😢. Sy nk bt tempahan roti jala, talam berlauk n bingka labu. Please contact sy if akk bole buat ye 0189744776

    ReplyDelete