Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bersua lagi kita. Didoakan semoga semua yang singgah di blog MaDiHaA ni dikurniakan kesihatan yang baik2 sentiasa ye. Musim hujan ni sesetengah tempat sudah pun dilanda banjir. Moga semuanya selamat & dalam lindunganNYA selalu hendaknya.
Warna asli dari daun pandan...
Baru ni MaDiHaA rajinkan diri godek kuih bingka pandan atau kuih bakar. Tekak dah lama teringin nak makan bingka yang buat sendiri. Memandangkan anak2 sedang bercuti sekolah & semua ada berkumpul kat rumah, elok sangatlah dibuat sekarang ni. Boleh juga buat kudap2 untuk dorang kat rumah bila rasa lapar. Pagi2 lepas solat subuh biasanya MaDiHaA akan masak siap2 sarapan pagi (selain dari kuih) sebelum tinggalkan dorang kat rumah. Kot habis makanan yang MaDiHaA masak tu, dah pesan kat si kakak masak le apa2 yang patut untuk adik2. Kakak pun dah boleh harap, pandai dah nak masak yang mudah2 tu. Adik2 pun bukannya jenis yang cerewet pun. Apa yang dimasak dorang makan je. Janji kenyang. Kuih pulak buat tambah2 kudap2 bila lapar waktu petang.
Ada bawak daun pandan balik dari kampong tempohari, tu yang menjadi projek bingka ni... masa bakar harum satu rumah baunya.... suam2 lagi anak2 dah minta dipotong... alhamdulillah di atas rezeki mu ya Allah...
Bingka
Pandan / Kuih Bakar
Resepi : MaDiHaA aka RatnaBahan2
10 helai daun pandan ~ hiris halus & blend dengan 1 cawan air ~ perah ambil pati jadikan 1 cawan
3 cawan santan dari sebiji kelapa parut (jumlah cecair iaitu santan & jus pandan = 4 cawan)
4 - 5 biji telur gred A (kalau telur kecik.. buh 6 biji)
1 3/4 cawan gula pasir
3 cawan tepung gandum
secubit garam
Bijan
Cara
1. Masukkan telur, gula & garam dalam satu bekas & kacau guna whisker hingga rata.
2. Terus masukkan santan & jus pandan dan kacau lagi hingga gula larut.
3. Masukkan tepung gandum secawan demi secawan dan kacau hingga rata.
4. Panaskan oven 175 - 180C & lengserkan keseluruhan dalaman acuan berlubang dengan 3 sudu besar minyak masak. (boleh juga guna acuan lain... tp masa membakar agak2lah yer..
5. Tapis adunan ke dalam bekas lain dan tuangkan ke dalam acuan.
6. Bakar guna api bawah selama 30 minit kemudian keluarkan kuih dan tabur bijan dan sambung bakar lagi dengan api atas & bawah selama 35 - 40 minit lagi atau sehingga masak.
7. Sejukkan terlebih dulu sebelum memotong.
Selamat mencuba!
Aduh! Sedapnya kuih bakar...ni hujan2 ni memang best makan sambil sembang2, tapi saya nak bahagian kerak banyak2 ye madiha!
ReplyDeletesedapnya.. sy singgah sini untuk kali pertama :)
ReplyDeletesedapnyaaa kuih bakar niee...azue kalau masak kann..suka yg bahagian hangus2 tu kak....ygtepung tgh2 tu biasa nya org lain makan..hahahhaa
ReplyDeleteSedapnya kuih ni.
ReplyDelete