Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hari ni MaDiHaA nak share resepi orang kampong pula ye. Jeruk maman namanya. Ada yang pernah makan? Atau ada yang tak pernah tau atau tak pernah dengar? hihi... Rasanya kalau asal dari kampong tentu pernah tengok kan? Maaflah tak dapat nak tunjuk maman sebelum dijeruk sebab jeruk ni ma MaDiHaA yang buat. Ini salah satu sayur kegemaran MaDiHaA. Kalau jumpa jeruk maman ni, terbau je dah boleh buat kecur air liur. Baru2 ni balik kampong, ma MaDiHaA dah siap2 buatkan sebekas besar jeruk maman untuk anakandanya yang nak pulang ke kampong. Dia tahu anaknya memang suka makan tu yang dia siap2 petik maman yg ditanam kat tepi rumah. Terima kasih ma susah payah buatkan semua ni untuk anakmu. Anak dah tua2 macam ni pun ma tetap layan macam anak kecik lagi... sayang ma ketat-ketat... hihi...
Jeruk Maman
Bahan2
3 ikat maman atau secukupnya
Air masak secukupnya
Garam secukup rasa (jangan masin sangat)
1 senduk nasi sejuk
Cara menyediakan
1. Maman disiang ambil daun & bahagian tangkai2nya yang lembut sahaja. Cuci bersih & toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Masukkan air masak agak2 tenggelam maman tu.
3. Masukkan garam agak2 ye & nasi sejuk diperoikan. Kacau2 sikit. Tutup bekas & peram sebaiknya 2 malam sebelum dimakan bersama nasi. Boleh juga masukkan cili padi dalam jeruk maman & masa nak makan picitkan cili tadi. Boleh juga hidang dengan ikan bakar. Selepas beberapa malam dijeruk, jika nak bagi tahan lama, simpan jeruk maman dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
camne rasanya ye kak... dan tak penah mkn, jumpa pun mcm tak penah kot
ReplyDeleteasben sy suka makan ni...hehehe
ReplyDeletesedapnya kat umah kaknoor ada tanam tapi kurang menjadi
ReplyDeletekalau tak boleh jugak buat jeruk macam ni sedapppnya
buat masak lemak pedas sedap ni...
ReplyDeleteDah lama cari resepi jeruk maman ni Madihah..
ReplyDeleteTerima kasih share ye..
Nanti akak nak buat pulak :)
Masak lemak jeruk maman dengan daging salai..
Emmm sedapnya :)
lieya penah mkn yg rendang maman yg dah kering kan tu je kak....mcm basah2 mcm ni tak penah lagi.... tingin nak makan yg di masak dgn daging salai tu...baru pior nogori kan kak....
ReplyDeleteSaya tak pernah jumpa jeruk maman. Jakun betul kan madiha he he hee...
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2017 ye Madiha. Senyum-senyum selalu!