Tuesday, January 10, 2017

Lepat Ubi Kayu

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Baru2 ni buat lepat ubi kayu dengan ibu tersayang.  Dah lama tak buat kuih2 lama ni. Kebetulan ma datang rumah bawak ubi kayu, projek pun menjadi lah. Tak sangka pula anak2 semua suka kuih orang2 lama ni. Elokla tu.. jangan dok eksen sangat tak reti nak makan kuih2 melayu. Kita ni asal usul orang Melayu patut bangga dengan kuih2 tradisi macam ni. Jangan asyik dok bangga dengan makanan2 barat je. Tak salah kalau suka makanan barat, tapi makanan tradisional kita jangan dilupakan.

Jom kita buat lepat ubi kayu. Sedap layan waktu minum petang maupun waktu sarapan.



Lepat Ubi Kayu

Bahan2
3 cawan ubi kayu yang diparut
1 cawan kelapa parut muda
1/2 sudu teh garam
120 ml santan pekat (MaDiHaA guna santan kotak je)
1 1/2 cawan gula merah serbuk ~ gula ni tak perlu dimasak sebab ia dah sedia serbuk (ikut manis yang disukai, boleh tambah jika suka manis ~ boleh rasa manisnya sebelum dibungkus ye)
2 sudu besar tepong pulut
2 sudu besar tepong gandum
Daun pisang secukupnya, dilayur supaya lembut

Cara menyediakan
1. Ubi yang diparut tadi dimasukkan ke dalam kain muslin atau kain bersih. Punjutkan kain tadi & perah ubi supaya air ubi keluar. Buang air agak2 je jangan sampai kering kontang pula ye. Air perahan tadi dibiarkan sebentar supaya pati ubi mendap ke bawah. Bila dah nampak pati ubi di bawah, tuangkan airnya & ambil pati ubi tadi dan campurkan ke dalam ubi kayu parut tadi.
2. Satukan kelapa parut muda, gula, garam, santan pekat, gula merah serbuk, tepong pulut & tepong gandum ke dalam parutan ubi kayu tadi. Digaul sebati.
3.Bila dah sebati, bolehlah dibungkus lepat tadi sehingga habis & kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Sedia dihidangkan.



Selamat mencuba!

6 comments:

  1. Assalam kak, Ya Allah, lama giler tak makan lepat ubi

    ReplyDelete
  2. ya Allah kak... sedapnya

    ssh btl nk jumpayg sedap lepat ubi skrg nih...
    ni mmg peberet dana, almaklum la org kampung

    ReplyDelete
  3. Bagus..recipe ringkas dan sedap..tk

    ReplyDelete
  4. Selalu ikut resepi dlm ni kebsnyakkan kueh tak jadi,bg lah respi yg betul ,mcm buat bingka ubi ada yg campur tepung ada yg tidak jadi keliru ,bila buat hampeh kok jadi

    ReplyDelete
  5. Puan Ratna,kenapa adunan saya buat jadi kering?memang begitukah ?
    ke kena bubuh air Ubi kayu yang diasingkan tadi?

    ReplyDelete
  6. then bagaimana nak buat biar adunan dia jadi coklat gelap?saya buat pucat je...

    ReplyDelete