Wednesday, February 15, 2017

Ayam Goreng Berempah Mamak Penang

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi ayam goreng berempah mamak yang sangat2 sedap.   Dah banyak kali juga MaDiHaA goreng ayam ni kat rumah & baru hari ni sempat nak update ke blog.  Anak2 semua suka & MaDiHaA sendiri pun memang suka ayam digoreng berempah macam ni.  Kepada peminat ayam goreng mamak bolehlah mencuba resepi ni yer. Bahan2 pun mudah saja & insyaAllah pasti puas hati.

Resepi ni MaDiHaA ambil dari blog mamak haji & MaDiHaA ucapkan berbanyak terima kasih pada mamak haji yang sudi berkongsi resepi rahsia yang sedap ni.  Minta izin untuk kongsi di blog MaDiHaA pula ye supaya lebih ramai lagi dapat menikmati kesedapan ayam goreng mamak di rumah masing2. 


AYAM GORENG BEREMPAH MAMAK PENANG
Resepi : Balannambiar
Bahan-Bahan:
Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).
  • 4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu besar Tepung jagung.
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus. (MaDiHaA guna serbuk cili)
  • 3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
  • 3 Tangkai daun kari dipotong halus.
  • 1 Kg.  Minyak untuk goreng.
  • Garam Secukup untuk dirasa.
Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan tos kering. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.
2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.
4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.

Selamat mencuba!

7 comments:

  1. Sedap ni. Rugi kalau tak cuba.

    ReplyDelete
  2. Anak-anak suka makan ni tapi maknya tak pernah buat lagi hehehe...

    ReplyDelete
  3. ptt la rangup mcm2 campuran tepung nya...

    tp kan kalu dpt mkn yg akak dh siap2 grg msti lg sedap hahahahh

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete