Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi Daging Pekasam dengan kaedah yang mudah sangat. Resepi ni dikongsi oleh sahabat MaDiHaA iaitu bekas kawan sekolah kat dalam whatsapp group sekolah. Terima kasih sangat2 pada Mahpuzah yang sudi kongsi cara2 buat pekasam yang mudah sangat2 ni. Tak perlu tunggu lama, semalaman pun dah boleh dimasak.
Sebenarnya sebelum MaDiHaA cuba buat pekasam daging ni, dah banyak kali juga MaDiHaA nampak orang menjual pekasam daging ni secara online. Tapi MaDiHaA tak pernah beli pun. Terasa ralat pulak nak beli dengan harga yang ditawarkan tetapi kuantitinya hanya dapat tak seberapa. Nak buat makan sekeluarga pun tak cukup. Dasar kedekut kan? hehehe... Bila dah dapat resepi ni cepat2 buat sendiri. Sesuai sangatlah kita buat untuk masak waktu sahur. Sangat menyelerakan.
Ok jom kita tengok macamana cara membuatnya. MaDiHaA bagi sukatan agak2 je ye. Ikut citarasa sendiri je tau.
Daging Pekasam Homemade (cara mudah)
Bahan2
700 gm daging ~ dihiris nipis & lebar
3 sudu besar garam halus
2 biji lemon
Cara menyediakan
1. Daging dibersihkan & hiris nipis & lebar. Cuci & tos kering.
2. Susun selapis hirisan daging di dalam bekas yang sesuai yang mempunyai penutup. Taburkan dengan garam sedikit2.
3. Lemon dihiris untuk ambil jusnya. Kemudian perahkan jus lemon di atas lapisan daging tadi. Susun lagi selapis hirisan daging & tabur lagi garam. Kemudian perahkan lagi lemon di atas daging. Hirisan lemon yang diperah tu lapiskan sekali atas daging tadi. Kemudian lapiskan lagi dengan baki hirisan daging. Tabur garam & perah lemon. Buatlah sehingga habis.
4.Akhir sekali susunkan hirisan lemon yang masih berbaki di atas daging yang terakhir. Tutup bekas & simpan dalam peti sejuk bahagian bawah (bukan dekat sejuk beku tu).
5. Selepas semalaman atau pun 2 malam kita sudah boleh gunakan daging pekasam untuk dimasak.
Daging Pekasam Goreng
Bahan2
Daging pekasam
Bawang besar atau bawang merah
Cili padi
Cara
1. Ambil daging sebanyak mana yang kita suka. Hiriskan supaya menjadi hirisan daging lebih kecil supaya mudah nak makan. Cuci sekadar perlu & tos.
2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Bila panas masukkan daging. Kacau daging hingga rata & daging akan mengeluarkan air. Biarkan sehingga air daging kering kemudian goreng daging pekasam hingga bertukar jadi warna gelap.
3. Akhir sekali masukkan bawang & cili padi hiris. Gaul rata hingga layu. Bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba!
selepas 2 malam diperap

betul kak, rasa tak berbaloi nak beli online.
ReplyDeletedahlah mahal, dgn kos posnya lagi.
sy prnah beli yg tak guna pos, bolehlah.. RM6 dppt secoet, kita makan pun tak banyak.
Nnti sy try cara ni, daging pun ada kat rumah tu, hehehe.
maceh tau!
Terlebih garam plk pekasam daging sya... Aduh.. Gagal lah.. Hhhhhh
ReplyDeleteKalau letak beras sangai tu bleh kn ?
ReplyDelete